August 31, 2014

Kain biru balut mayat

Yan: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditemui dalam keadaan terbaring dan diselimuti kain biru di tepi jalan berhampirah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sedaka di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi, mangsa yang berusia 20-an ditemui orang awam melalui jalan berkenaan lalu menghubungi polis.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal tidak menemui kad pengenalan atau dokumen lain milik mangsa.

“Kami percaya mangsa sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dibuang di situ. “Mayat dibawa ke jabatan forensik Hospital Yan (HY) untuk bedah siasat dan kes dianggap sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur jenayah yang ditemui pada badan mayat,” katanya.

myMetro 31 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment