August 30, 2014

Guru disiplin wanita 'naik hantu'

SEBERANG JAYA – Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirotan pada badannya bertalu-talu oleh seorang guru disiplin wanita sehingga mengalami lebam serta bengkak di lengan kanan, kedua-dua belah kaki serta belakang badan.

Nur Aishah Rosdi, 13, yang menuntut di sebuah sekolah menengah kebangsaan berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dipanggil oleh tiga orang guru wanita ke bilik kaunseling sekolah itu selepas waktu kelas, Rabu lalu tanpa mengetahui sebabnya.

“Apabila masuk ke bilik berkenaan, salah seorang guru telah menutup pintu dan langsir hingga menyebabkan saya ketakutan.

“Tiba-tiba seorang guru disiplin bertanya ‘hang buat apa?’ dan saya jawab ‘tak buat apa cikgu’.

“Tanpa menjelaskan apa kesalahan saya, salah seorang guru wanita merotan saya bertalu-talu menggunakan rotan sebesar jari telunjuk sehingga saya menangis kesakitan dan jam tangan saya pecah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo 30 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment