KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mati lemas ketika berenang di dalam Sungai Kalansanan di Inanam apabila banjir kilat melanda di kawasan rendah sekitar ibu kota di sini semalam.
Mohd Razman Bin Hailil ditemui orang ramai yang berjaya menariknya keluar dari sungai tersebut sekitar pukul 3.30 petang.
Mnagsa dikatakan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth.
Ketua Polis Bandaraya Asisten Komisioner M. Chandra berkata mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh doktor dan keluarganya telah pun dimaklumkan.
Chandra mengingatkan orang ramai supaya tidak berenang di dalam sungai ketika musim hujan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.
Sumber The Borneo Post 28 Aug
Kenapa aku lebih suka cuka Carob berbanding cuka epal !
-
Wife bawak balik Organic Carob Cider Vinegar ke rumah. Katanya dia dapat
ketika hadiri satu bengkel di kementeriannya. Aku cam.. carob ? Apa kemenda
lak n...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment