August 1, 2014

Abang cari adik kandung

Mohd Firdaus menunjukkan gambar ibu kandungnya, Zainab dan sijil kelahiran penyerahan keluarga angkatnya.

ZAINAB

KUALA LUMPUR  - “Kami terpisah sejak kecil apabila adik diserahkan kepada keluarga angkat sebaik sahaja dilahirkan 23 tahun lalu," demikian menurut seorang lelaki, Mohd Firdaus Abdullah, 26, yang berhasrat menjejaki adik perempuannya untuk dibawa berjumpa ibu kandung mereka, Zainab Abdul Rahman, 48.

Mohd Firdaus berkata, dia bertuah kerana masih dapat berhubung dengan ibu kandung setelah dirinya sendiri diserahkan kepada keluarga angkat sejak lahir dan mengetahuinya ketika berumur 13 tahun.

Bagaimanapun, keluarga angkat adik perempuannya yang dikatakan seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di Kedah, tidak berhubung dengan ibunya.

“Saya tidak tahu di mana mahu cari adik saya. Semasa diserahkan, ibu namakannya Ummi Kalsum, dan kini umurnya sudah 23 tahun.

“Ibu serahkan adik kepada orang lain kerana masa tu dia sakit. Sekarang dia dah sihat tapi tak boleh nak komunikasi dengan baik disebabkan kesan sakit yang dialami dulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Firdaus berkata, dia terdetik mahu mencari adik kandungnya sejak tiga tahun lalu untuk membolehkan mereka sama-sama berkumpul dengan ibu kandung mereka yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.

“Saya berharap sangat dapat berjumpa dengan adik kandung, mungkin ibu kami dah tak dapat ingat lagi kerana tahap kesihatan terjejas disebabkan penyakitnya dulu.

Tapi sekurang-kurangnya adik saya dapat jumpa ibu kandungnya.

“Jika ada sesiapa mengenali ibu saya dan tahu tentang penyerahan adik saya kepada keluarga angkat, diharapkan dapat salurkan maklumat pada saya di talian 017-2964513,” katanya.

Sinar Harian 1 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment