August 30, 2014

4 termasuk dua beradik maut kereta bertembung lori kargo

Foto See Hua Daily News

Foto See Hua Daily News

MIRI: Dua beradik antara empat yang maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori kargo di KM18 Miri-Bintulu jalan pesisir malam semalam.

Kejadian berlaku dekat persimpangan Kampung Beraya Lama.

Kesemua mangsa yang identiti mereka belum dikenalpasti lagi telah dibawake Hospital Miri untuk dibedah siasat. Mereka dianggarkan berusia dalam lingkungan 20an dan 40an.

Sisatan awal menunjukkan kereta yang membawa enam orang itu termasuk pemandu sedang menuju ke Miri dari Bekenu sekitar pukul 7 malam manakala lori terbabit pula datang dari arah bertentangan dalam keadaan hujan lebat.

Siasatan dijalankan oleh polis trafik di lokasi kejadian manakala mangsa-mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Dua penumpang lagi termasuk seorang kanak-kanak terselamat dan juga dihantar ke hospital yang sama untuk permerhatian.

Akibat perlangaran tersebut kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.

Sumber The Borneo Post 30 Ogos 2014


‘Dia pergi lebih awal’

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Miri: “Saya hampir pengsan sebaik menerima panggilan memaklumkan dia maut dalam nahas,” kata Lunggom Minari, 71, bapa kepada Chang, 38, yang terkorban bersama tiga lagi saudaranya dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, berdekatan Kampung Beraya, dekat sini, kelmarin.

Kemalangan berlaku jam 6.45 petang apabila kereta dinaiki enam bersaudara itu dalam perjalanan pulang ke bandar raya ini, selepas menziarahi ahli keluarga mereka di Bekenu, merempuh lori menyebabkan empat daripada mereka terbunuh.

Selain Chang, mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Raymond Maling, 29; adiknya Abit, 20, serta seorang lagi penumpang dikenali sebagai Kamarul berusia 30-an.

Manakala Roslin Nelson, 40-an yang juga isteri Chang, serta lagi mangsa yang belum diketahui identiti, cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian hujan lebat kereta Proton Iswara dipandu Chang memasuki laluan bertentangan lalu bertembung sebuah lori. Pertembungan itu menyebabkan empat daripada mereka tercampak keluar.

Menurut Lunggom, dia tidak menyangka kunjungan anak bersama menantunya di rumahnya Khamis lalu detik pertemuan terakhir buat mereka sekeluarga.

“Saya sedih dan terasa kehilangan selain tidak menyangka dia ‘pergi’ lebih awal daripada kami,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Miri, semalam.

Dalam pada itu, pemandu lori Thien Kui Soon, 53, berkata, dia dalam perjalanan dari Miri ke Mukah untuk menghantar barang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kereta dinaiki mereka tiba-tiba memasuki laluan saya menyebabkan saya tidak sempat menekan brek. Saya cuba mengelak hingga lori dipandu terbabas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Janathon Ringgit ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

myMetro 31 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment