August 1, 2014

2 lelaki berlumuran darah

Shah Alam: Suasana sunyi sebuah tapak pembinaan di Seksyen 13, di sini, gempar apabila penghuninya menemui dua lelaki dalam keadaan berlumuran darah di mana seorang daripadanya disahkan maut, pagi semalam.

Dua lelaki masing-masing berusia 31 tahun itu ditemui antara jarak 300 meter antara satu sama lain dipercayai diserang sekumpulan 10 lelaki menggunakan senjata tumpul dalam kejadian yang dipercayai berlaku jam 6.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, polis menerima panggilan jam 6.44 pagi daripada orang awam yang memaklumkan kejadian sebelum sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian.

myMetro 1 Ogos 2014


0 comments:

Post a Comment