July 21, 2014

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta di KM88 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (menghala ke Karak) dekat Bentong malam tadi.
 
Mangsa A. Devantaran, 39, dari Taman Hijau, Karak mati semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Karak akibat kecederaan parah yang dialaminya.
 
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian 8.35 malam itu pemandu kereta, Lukman Nur Hakim Md Terasid, 28, bersama isteri dan anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Bentong menghala ke rumahnya di Taman Wijaya, Karak.
 
"Sampai tempat kejadian dipercayai mangsa telah terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau berkata, pemandu dan keluarganya itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. - Bernama

21 Julai 2014

0 comments:

Post a Comment