July 20, 2014

Mayat lelaki dan motosikalnya ditemui dalam longkang


KOTA SAMARAHAN: Mayat seorang lelaki ditemui berdekatan dengan motosikalnya di dalam longkang yang dipenuhi air berdekatan Kampung Tambey di sini, pagi kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahim Mahmud, 17, ditemui oleh orang awam yang pada mulanya melihat serpihan motosikal mangsa di tempat kejadian sekitar jam 7.15 pagi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota polis yang tiba di lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung insiden tersebut untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Tambirat, Asajaya itu telah meninggal dunia sekurang-kurangnya empat jam sebelum mayatnya ditemui.

Difahamkan, mangsa berkemungkinan lemas selepas motosikalnya dikatakan terbabas ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

Utusan Borneo 19 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment