July 21, 2014

Koyak seluar apek

Segamat: Berang kerana mendapat hasil rompakan tidak seberapa, dua penyamun bertindak memalukan mangsanya dengan mengoyak seluar lelaki warga emas sebelum memukul kepalanya.

Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Tey, 65, dipukul di sebuah dusun di Jalan Muar dekat Labis di sini.

Mangsa mendakwa dia didatangi dua lelaki tidak dikenali ketika sedang memetik manggis di dusun buah-buahannya itu.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit bertanyakan soalan mengapa dia tidak menebang sahaja pokok buahnya itu untuk memudahkan kerja.

“Tiba-tiba salah seorang daripada mereka memukul kepala saya dengan objek keras manakala rakannya merampas telefon bimbit dan bakul berisi buah manggis.

“Mereka juga mengarahkan saya menyerahkan semua wang yang ada di dalam kocek seluar. Namun seorang penjenayah bertindak mengoyak bahagian hadapan seluar saya sebaik saya memberitahu tidak membawa wang,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

myMetro 21 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment