July 21, 2014

Isteri maut, suami cedera dilanggar lari

MIRI: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera apabila motosikal mereka dipercayai dilanggar sebuah kereta di Jalan Gunung Subis, Batu Niah semalam.

Cathrine Kalaw, 44, maut ketika tiba di Klinik Niah manakala suaminya Dinggai Acjai, 42, masih dirawat di Hospital Miri.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Gee berkata polis sedang mengesan pemilik Perodua Myvi tersebut yang ditinggalkan di tepi jalan dalam kemalangan 9 malam itu.

Mangsa dari Rumah Mangun Sungai Sebatuk Suai sedang dalam perjalanan dari Batu Niah ke Sepupuk apabila kemalangan berlaku.

Beliau berkata sejak 1 Jan lalu sehingga semalam, 33 kes kemalangan maut dilapor di Miri. - Bernama

21 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment