July 21, 2014

2 lelaki maut, seorang cedera lori terbabas

KUANTAN - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas lori yang dinaiki mereka terbabas di KM9 Jalan Kuantan-Pelabuhan dekat sini hari ini.
 
Dalam kejadian 4.07 petang itu, kedua-dua mangsa adalah penumpang lori iaitu Malek Tawang, 50, dan Muhamad Tarmini Abdullah, 33.
 
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, lori jenis Hino tiga tan yang dinaiki tiga sahabat berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan.
 
"Sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu lori itu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum merempuh sebatang pokok di situ.
 
"Akibat rempuhan itu kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Balok mati di tempat kejadian," katanya.
 
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan manakala pemandu lori terbabit turut dirawat di hospital sama.  - Bernama

21 Julai 2014

0 comments:

Post a Comment