April 20, 2014

Warga Singapura mati lemas di Pahang

KUANTAN - Seorang warga Singapura, mati lemas dalam insiden di Pahang.
 
Wanita warga Singapura itu lemas di perairan berhampiran Taman Laut di Pulau Tioman ketika melakukan aktiviti menyelam pagi semalam.
 
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata mangsa, Sim Qiu Yan, 30, dilaporkan lemas pada kira-kira 11.55 pagi.
 
"Mangsa memasuki perairan Tioman bersama-sama lapan lagi rakan senegaranya yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita pada 17 April lepas.
 
"Mereka kemudian dikatakan menyewa sebuah bot milik syarikat dari Mersing untuk melakukan aktiviti menyelam itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Beliau berkata mayat mangsa ditemui pukul 10 malam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. - Bernama

20 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment