April 17, 2014

Tragedi bola takraw

Ampang: Niat murni membantu rakannya mengambil bola takraw yang terjatuh ke dalam longkang sebalik bertukar tragedi apabila seorang murid sekolah berusia 11 tahun terjatuh sebelum dihanyutkan arus deras berhampiran sebuah sekolah di Kampung Melayu Ampang, di sini.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa murid tahun lima, Khairul Azril Abdul Razak dipercayai tergelincir sebelum dihanyutkan ke Sungai Ampang,

Ibu mangsa, Norliza Zaabah, 50, berkata, anaknya itu ada memberitahu mahu menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah selepas tamat waktu pembelajaran pada jam 1 tengah hari.

“Saya datang ke sekolah sekitar jam 4 petang untuk mengambilnya pulang namun terkejut apabila melihat orang ramai mengerumuni kawasan longkang besar berhampiran. Tambah mengejutkan apabila orang ramai memaklumkan anak saya dihanyutkan arus deras.

“Saya tidak percaya apa yang berlaku kerana saya sempat datang menemuinya di sekolah pada jam 1 tengah hari tadi (semalam),” katanya.

myMetro 17 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment