April 20, 2014

Tiga ditemui lemas


FOTO Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Kuantan: Tiga lelaki termasuk seorang pelajar lemas dalam dua kejadian berasingan di Pantai Balok dan Teluk Cempedak, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.20 petang di Pantai Balok, dua lelaki lemas selepas tergelincir dari batu di pantai berkenaan.

Mayat mangsa, Aman Ahamad, 21, dijumpai oleh orang awam yang sejurus kejadian itu manakala rakannya, Wan Mohd Akram Wan Yusof, 25, dijumpai pasukan penyelamat jam 6.20 petang.

Sementara itu di Teluk Cempedak, di sini, seorang remaja berusia 14 tahun lemas ketika mandi bersama tiga rakannya, kira-kira 4 petang tadi.

Chua Ping Heng, 15, lemas selepas gagal berenang berikutan keadaan laut yang dalam.

Mayatnya dijumpai jam 7.15 petang tadi oleh anggota bomba dan penyelamat yang melakukan usaha mencari mayat remaja terbabit selepas menerima laporan daripada orang awam.

myMetro 20 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment