April 20, 2014

Sawan ketika berasmara


Miri: Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami kekejangan di seluruh tubuh.

Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya.

Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya berbuih.

“Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya.

Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan seks.

Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, keadaan lelaki itu stabil dan dibenarkan keluar sehari selepas itu.

myMetro 20 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment