April 20, 2014

Penyelia maut dirempuh kereta

KEMAMAN: Seorang penyelia tapak pembersihan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 128.3 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku jam 8.45 pagi ketika Rosli Ismail, 54, dalam perjalanan memantau kerja-kerja pembersihan di Kampung Meraga Beris, di sini.

Motosikal mangsa dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan yang memasuki laluannya, menyebabkan lelaki itu tercampak ke atas jalan dan digilis oleh sebuah kereta lain, katanya ketika dihubungi.

Jurucakap polis itu juga berkata mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Pemandu kedua-dua buah kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Deerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - Bernama

20 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment