April 21, 2014

Pembantu gerai makan cedera dibelasah 40 individu

IPOH - Seorang pembantu gerai makan cedera di kepala dan badan akibat dibelasah sekumpulan 40 individu dalam kejadian di Jalan Sultan Abdul Jalil, di sini, awal pagi semalam.

Pembantu gerai berusia 32 tahun itu terpaksa menanggung kesakitan kerana dipercayai dipukul menggunakan rotan dan besi.

Difahamkan, rayuan mangsa untuk dilepaskan juga tidak diendahkan kumpulan berkenaan yang bertindak semakin ganas dengan memijak perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa tidak mampu melarikan diri kerana kumpulan itu terlalu ramai.

Bagaimanapun katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam berhubung kejadian tersebut.

"Mangsa hanya kenal empat suspek yang memukulnya namun tidak mengetahui punca sebenar dia dipukul kumpulan itu," katanya.

 SINAR HARIAN 21 April 2014

0 comments:

Post a Comment