April 20, 2014

Lelaki maut langgar kren

Raghuneswaran maut di tempat kejadian.

Lalu lintas sesak disebabkan kemalangan membabitkan motosikal dan kren di Jalan Baru.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut apabila apabila motosikal yang ditungganginya melanggar  sebuah kren di Jalan Baru berhampiran pusat beli-belah Megamal Pinang awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, S Raghuneswaran, 24, yang berasal dari Taman Sejahtera, Bukit Mertajam maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Jurucakap polis memaklumkan, mangsa sedang menunggang sendirian dari arah Perai menuju ke Bukit Tengah sebelum melanggar kren yang berada di bahagian tengah jalan.

Difahamkan, kren berkenaan sedang digunakan untuk membaik pulih papan tanda iklan di kawasan berkenaan.

Mangsa yang merupakan pekerja kilang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum kejadian terbabit.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 20 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment