November 3, 2013

Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba serang polis di Semporna


SEMPORNA: Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dalam kejadian berasingan di kawasan perumahan Semporna Central dan pekan Semporna, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3 dan 6 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota polis menjalankan operasi cegah jenayah di kawasan terbabit.

Dalam kejadian pertama, polis cuba menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan mencurigakan, namun suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau rambo dan cuba menyerang polis menyebabkan dia ditembak di bahu.

Kira-kira tiga jam kemudian, seorang lelaki dipercayai rakan suspek pertama yang dalam usahanya melarikan diri, cuba menyerang polis dengan gunting menyebabkan dia ditembak di betis.

Kedua-dua suspek ditahan sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

Berita Harian 3 Nov 2013

0 comments:

Post a Comment