1 SYAWAL 1435H

1 SYAWAL 1435H

2MM

TERIMA KASIH

Pengantin mangsa along berantai


Putrajaya: Inai di jarinya masih merah, tetapi seorang wanita yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga nekad mengelar tangan kirinya untuk mencabut nyawa sendiri.

Bukan disebabkan kerenah suami, tetapi gara-gara tindakan wanita berkenaan meminjam wang cuma RM1,000 daripada ceti haram untuk menguruskan majlis perkahwinannya.

Ini berikutan dia bukan saja dijerat along terbabit sehingga terpaksa membayar sehingga 60 kali ganda, malah tidak tahan kerana diganggu tanpa mengira masa, sejak dua minggu lalu.

Tindakan nekad itu dilakukan awal pagi Isnin lalu, selepas dia diganggu lebih 20 along berantai yang mengenakan kadar bunga tidak masuk akal antara 35 hingga 60 peratus, mengakibatkan dia tidak mampu melunaskan bayaran pinjaman itu.

Mujur ketika kejadian, ahli keluarga di rumah menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku di dalam bilik dan terus membawanya ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan segera.

myMetro 27 Okt 2013


Kenakan bunga tinggi kepada Bumiputera

Kuala Lumpur: Sindiket along didapati mengamalkan sentimen perkauman apabila mengenakan faedah lebih tinggi kepada peminjam Bumiputera hingga mencecah 100 peratus daripada jumlah pinjaman.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, trend berkenaan dikesannya berdasarkan aduan diterima daripada mangsa Bumiputera.

“Saya hairan apabila banyak kes membabitkan peminjam dari kalangan Bumiputera dikehendaki membayar bunga sehingga 100 peratus daripada jumlah pinjaman.

“Namun, saya tidak tahu mengapa along bertindak demikian dan apabila ditanya, mereka enggan menjawab. Yang pasti, along bertindak sesuka hati kerana undang-undang di tangan mereka,” katanya.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad mengenai perbuatan seorang wanita mengelar tangannya selepas tertekan dengan tindakan along mengenakan faedah tidak masuk akal hingga mencecah 60 peratus, sedangkan pinjaman untuk menguruskan majlis perkahwinannya hanya RM1,000.

Menurutnya, peminjam yang cuba membunuh diri selepas tidak tahan diganggu along sebenarnya hanya merumitkan lagi keadaan apabila along akan memburu keluarga mereka pula.

“Banyak kali saya nasihatkan orang ramai supaya jangan pinjam wang daripada along kerana mereka zalim. Namun, kerana inginkan wang dengan jalan mudah, peminjam tidak hiraukan nasihat dan akhirnya menerima padah,” katanya.

myMetro 27 Okt 2013

No comments:

Post a Comment