September 22, 2013

Pekerja kilang maut dalam keadaan sujud digilis lori

TANGGA BATU - Seorang pekerja kilang maut dalam keadaan sujud apabila badannya terlipat selepas dilenyek sebuah lori dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, semalam.

Mangsa, Mohammad Fazri Mohammad Firdaus, 19, yang dalam perjalanan ke tempat kerja menunggang motosikal dipercayai terlebih dahulu bergesel dengan sebuah lori sebelum jatuh terduduk dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi.

Menurut sumber, sebuah lori lain yang melalui kawasan tersebut kemudian dipercayai melanggar mangsa menyebabkan badannya terlipat dua, kepala kemek, isi perut terburai dan pehanya terkoyak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa bekerja di kilang tekstil kira-kira 300 meter dari lokasi kemalangan sebelum kejadian terjatuh sebelum dilanggar kenderaan lain.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal keluar dari simpang Jalan TB2 untuk membelok ke kiri menuju Jalan TB1.

“Mangsa yang dipercayai terjatuh kemudian dilanggar kenderaan lain dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, semalam.

“Pihak kami minta pemilik kenderaan bernombor pendaftaran NCF5565 dan JMJ7814 tampil bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber Sinar Harian dan myMetro 22 Sep 2013

0 comments:

Post a Comment