June 9, 2013

Bumbung masjid rosak

Sejak bulan lalu, Jemaah di Masjid Kelar mengalami kesulitan setiap kali mahu menunaikan solat di masjid.

KELAR – Sejak bulan lalu, Jemaah di Masjid Kelar mengalami kesulitan setiap kali mahu menunaikan solat di masjid.

Ia berikutan kerosakan bumbung di masjid berkenaan dan dikhuatiri akan menyebabkan limpahan air sekiranya hujan.

Setiausaha AJK Masjid, Ab Aziz Ghazali berkata, pelbagai usaha dijalankan bagi meningkatkan tabung masjid termasuklah mengadakan majlis kutipan derma daripada penduduk setempat.

Terbaru katanya, ahli jawatankuasa mengadakan kutipan derma menerusi program bersama Rehab Kist Centre.

“Dalam majlis ini, penduduk menyalurkan sumbangan menerusi program pemeriksaan kesihatan, terapi lintah, fisioterapi dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

“Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membaiki bumbung yang bocor dan menaik taraf kemudahan di masjid ini,” katanya.

Beliau berkata, kerja baik pulih ini akan memudahkan hampir 1,000 penduduk untuk menunaikan solat kelak.

Menurutnya, sekiranya wang mencukupi pihaknya mahu membaiki bumbung sebelum menjelangnya bulan Ramadan.

Bantuan boleh disampaikan kepada Tetuan Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Mukim Kelar melalui akaun Bank Islam, 03027010026226.

Sinar Harian 9 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment