April 10, 2013

Remaja maut digilis lori di Dungun


Keadaan lori dan motosikal terlibat kemalangan manakala mayat mangsa ditutup dengan plastik. Gambar myMetro

DUNGUN - Seorang remaja lelaki maut digilis sebuah lori minyak di Kilometer 93 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Paka di sini pagi tadi.

Mohd Izzat Ismail, 23, dari Kampung Balai Besar yang parah di bahagian kepala dan badan meninggal serta merta di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu mangsa yang menunggang bersendirian dipercayai memotong lori minyak terbabit dari sebelah kiri sebelum motosikalnya melalui jalan yang rosak lalu tercampak ke tengah jalan.

Pemandu lori minyak terbabit, Othman Salleh, 46, berasal dari Kuala Terengganu gagal mengelak sebelum menggilis mangsa.

Ketua Polis Daerah Supt Dahlan Mohd Noor berkata ketika kejadian mangsa, seorang pekerja kontrak, dalam perjalanan ke tempat kerja di kawasan Industri petrokimia di Kerteh.

Pemandu lori terbabit yang dalam perjalanan mengambil bekalan minyak petrol di Gebeng, Kuantan membuat laporan di Ibu Pejabat polis daerah di sini.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” kata Dahlan. - Bernama

9 April 2013

0 comments:

Post a Comment