March 4, 2013

9 mengaku Sultan Sulu



Sulu: Di sebalik isu Sabah, orang ramai perlu diberitahu setakat ini sembilan orang mendakwa berhak menjadi ketua dalam Kesultanan Sulu.

Semua mereka adalah saudara-mara Sultan Sulu yang kemudian dikenali sebagai Sultan Sulu dan Sabah.

The Manila Times melaporkan, Sultan Sulu sebenar ialah Muhammad Fuad Abdulla Kiram I atau dikenali dengan nama yang lebih ringkas sebagai Sultan Fuad Kiram.

Menurut penulis rencana itu, Julmunir Jannaral, hujah asas yang digunakan menentukan pewaris sebenar Kesultanan Sulu ialah Undang-Undang Waris kerajaan itu.

“Berdasarkan undang-undang itu, hanya seseorang yang mempunyai pertalian langsung dengan sultan boleh mewarisi semua gelaran, harta, hak tanggungjawab dan kelebihan seorang sultan,” katanya.

myMetro 4 Mac 2013



Businessman: I am the Sultan of North Borneo

LAHAD DATU: A claimant to the North Borneo Sulu Sultanate is disputing the claim of a Sulu armed group that Sabah was their ancestral homeland.

“My family is the rightful owner of the throne,” said the 45-year-old Lahad Datu businessman Datu Abdul Rajak Aliuddin, who has proclaimed himself as the sixth Sultan of North Borneo.

The controversial Rajak has been detained and charged for burning the Sabah flag and raising the North Borneo Sultanate flag with the lion symbol.

He said that the Sulu armed group led by Raja Muda Azzimudie Kiram, the brother of the Philippines based Sulu Sultan Jamalul Kiram, had no right to claim Sabah, which was previously known as North Borneo.

“My father Aliuddin Agas was recognised as the fifth Sultan of North Borneo.

“He was one of those who signed the framework for the Malaysia agreement in 1962,” he said, showing documents to back his claim.

He said the Azzimudie group had no right to use the yellow flag with the lion, which was purportedly raised in Kampung Tanduo after they occupied the village at Felda Sahabat 17 from Feb 9.

Azzimudie and more than 100 of his followers, including gunmen in military fatigues, had demanded that Malaysia recognise them as the Royal Sulu Sultanate Army and that no subject of the Sultan of Sulu be deported as Sabah was their ancestral home.

Rajak told reporters here that the occupation of the village of Tanduo was a sandiwara (acting) for political reasons.

He claimed that after the 1863 Brunei rebellion, North Borneo was made an autonomous sultanate with two other autonomous sultanates of Bolongan covering northern Kalimantan and Sulu in southern Philippines.

He said they were all made autonomous, and individual children of the Sultan were given full control of their respective kingdoms.

Even Pahlawan, Tawi Tawi and Siasi in southern Philippines were under the sultanate of North Borneo, he claimed.

Historically, there were numerous claimants to the Sulu Sultanate.

Over the years, claimants to the throne have produced many documents to the media to back their claims.

Last year in Kota Kinabalu, businessman Datu Mohamad Akjan proclaimed himself as the rightful heir of the Sulu Sultanate and held a ceremony to declare himself as Sultan.

Police questioned Akjan after photos of him as the Sultan of Sulu became public.

The Star 21 Feb 2013



Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar, Kata Kerabat Diraja

KUALA LUMPUR: Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.

"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.

Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.

Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.

Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA

6 Mac 2013


Jamalul Kiram: 'Saya sultan paling miskin di dunia'

MANILA - Tidak seperti keluarga diraja yang lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

“Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.

Pengikut Sultan Sulu ini telah mencetuskan krisis keselamatan terbesar di Malaysia kerana menghantar kira-kira 200 pengikutnya dan sebahagian mereka bersenjata yang diketuai oleh adik beliau sendiri ke Lahad Datu.

Mereka mencetuskan konflik di Malaysia kerana mahu menuntut semula kononnya kawasan itu merupakan hak milik mereka.

Operasi yang dikenali sebagai Op Daulat itu berlarutan lebih seminggu tetapi sehingga kini pengikut Jamalul masih berdegil dan enggan berundur.

Jamalul mendakwa yang Sabah ialah milik Kesultanan Sulu satu masa dahulu dan ia hanya dipajak kepada Malaysia dan mereka membayar sewa tahunan sebanyak AS$1,708 atau lebih RM5,000.

Jamalul yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung juga dengan bangganya menceritakan empayarnya berpangkalan di kepulauan Sulu, selatan Filipina.

“Filipina kemudian dipajak Sabah kepada syarikat British dan pada tahun 1963, Sabah mengambil keputusan untuk menyertai Malaysia,” katanya.

Beliau menambah ketika waktu muda, Jamalul sering mengembara ke Sabah.

“Negeri itu sangat kaya dan setiap kali saya ke sana, saya berasa seperti berada di kampung halaman saya sendiri,” ujarnya.

Sehingga kini, lebih 800,00 rakyat Filipina menetap di Sabah untuk bekerja sejak bertahun-tahun dahulu.

Sinar Harian 8 Mac 2013



Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama

Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star

MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.

“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.

Sinar Harian 5 Mac 2013


Badaruddin pula dakwa dirinya Sultan Sulu sah

MANILA - Di sebalik kesahihan Jamalul Kiram III sebagai waris Kesultanan Sulu, masih ada lagi pihak yang menuntut gelaran Sultan Sulu walaupun setakat ini tiada sebarang bukti untuk mengesahkan perkara itu.

Badaruddin D. Mohammed Bataraza mendakwa beliau sultan sebenar Sulu kerana merupakan anak kepada isteri pertama Sultan Jamalul Alam yang menandatangani perjanjian 1878 untuk memajak Sabah kepada British North Borneo Company.

Menurut dokumen lengkap dihantar kepada Philippine Daily Inquirer, wakil Badaruddin pernah cuba mendapatkan pengiktirafan kerajaan Filipina sejak 25 Julai lalu.

Pihaknya juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sebenar.

Jurucakap Badaruddin, Arturo Sampana berkata yang kononnya sultan yang sudah berusia 74 tahun itu masih lagi bersembunyi tetapi akan mendedahkan dirinya yang sebenar tidak lama lagi untuk bercerita mengenai sejarah dan susur galur keturunannya.

Difahamkan, Badaruddin merupakan putera keempat dari lima orang anak Almarhum Puteri Aishah bersama Datu Mohammad Bataraza.

Aishah pula merupakan puteri kepada Sharifah Zainab atau juga dikenali sebagai Puteri Indok, yang merupakan isteri kepada Sultan Badaruddin II yang memerintah Sulu dari tahun 1881 hingga 1884.

Katanya, Badaruddin II merupakan pengganti kepada Sultan Jamalul Alam selepas meninggal dunia akibat diracun manakala ahli keluarganya yang lain termasuk Aishah berjaya menyembunyikan diri.

Kata beliau, Jamalul Kiram III yang kini dikehendaki Malaysia  merupakan keturunan isteri kedua Jamalul Alam.

“Mengikut tertib Kesultanan Sulu, waris sah memegang tahta hanya dari keturunan isteri pertama sultan,” tambah beliau.

Ujarnya lagi, Badaruddin dan keluarganya tinggal di Sabah pada tahun 1970-an dan kembali ke Filipina pada tahun 2009 tetapi kekal bersembunyi untuk menjamin keselamatan mereka sekeluarga.

Sinar Harian 9 Mac 2013


Lahad Datu: Langkah Mayat Saya Dulu Sebelum Mereka (Warga Filipina) Boleh Menuntut Sabah - Akjan

KOTA KINABALU: Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu yang sebenar meminta komuniti itu untuk tidak memberikan sebarang bantuan kepada kumpulan bersenjata Sulu yang sedang terlibat dalam pertempuran dengan anggota keselamatan Malaysia.

Akjan yang mendakwa sebagai pewaris sah kepada kesultanan Sulu berkata, komuniti Suluk di Sabah harus taat setia kepada Malaysia.

Sambil meminta saki lelaki bersenjata Sulu untuk meletakkan senjata mereka dan menyerah diri tanpa syarat, dia berkata kedegilan mereka hanya akan menyebabkan masalah itu berterusan.

"Saya ingin memberi amaran kepada komuniti Suluk di sini bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Oleh itu, mereka harus sentiasa taat setia kepada Malaysia dan menjadi antara yang pertama untuk tampil ke hadapan dalam mempertahankan negara.

"Lelaki bersenjata Sulu harus berundur tanpa meletakkan sebarang syarat.

"Jika mereka terus berdegil, ia hanya akan membawa banyak masalah kepada diri mereka.

"Jika anda (Tausug dari Filipina) ingin menuntut Sabah, jadi kami, komuniti Suluk dari Sabah, juga boleh membuat tuntutan itu. Namun apa yang perlu dituntut apabila kami kini adalah rakyat Malaysia sementara anda adalah kumpulan dari Republik Filipina sama seperti Jamalul Kiram III," kata Akjan yang ditahan berhubung 'Projek IC'.

“Langkah mayat saya dulu sebelum saya membenarkan rakyat Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian dari negara mereka," katanya.

Akjan yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di Sabah berkata, mereka menyokong pendekatan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengusir keluar kumpulan bersenjata itu.

Dia berharap komuniti lain di Malaysia tidak beranggapan sterotaip terhadap komuniti Suluk di negara ini selepas insiden di Lahad Datu.

"Kami komuniti Suluk Sabah dan Malaysia, sudah berada di sini untuk sekian lama.

"Mustahil bagi kami untuk menjadi sebahagian dari Filipina," katanya.

Akjan turut menuntut permohonan maaf daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kenyataannya yang mengaitkan Umno dalam pencerobohan rakyat asing itu.

mStar 11 Mac 2013

0 comments:

Post a Comment