January 5, 2013

Pelajar trauma dirompak telefon pintar dan RM50


KUCHING: Seorang pelajar yang masih lagi dalam keadaan trauma tampil membuat lapo­ran polis selepas dirompak seorang lelaki sebelum telefon pintarnya dilarikan petang kelmarin.

Menurut sumber, insid­en tersebut berlaku ketika mangsa berjalan seorang diri di belakang sebuah Pejabat Pos Mini di Jalan Tuan Abang Haji Openg sekitar jam 12.15 pagi semalam.

Mangsa, 17, semasa in­siden dikatakan telah ditahan seorang lelaki yang tidak dikenali yang tiba-tiba
men­gacukan pisau ke arahnya dan meminta mangsa meny­erahkan telefon pintar serta wang tunai kepadanya.

Risau akan keselamatan­nya, mangsa kemudian meny­erahkan telefon pintarnya serta wang tunai RM50
ke­pada suspek.

Suspek kemudian terus beredar dari tempat kejadian menggunakan sebuah mo­tosikal.

Anggaran kerugian adalah bernilai RM2,000 dan siasa­tan polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Utusan Borneo 5 Jan 2013

0 comments:

Post a Comment