July 31, 2012

Mayat bayi lelaki ditemui di Salak Jaya



KUALA LUMPUR — Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, mayat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan itu.

"Bayi tidak berpakaian itu masih mempunyai tali pusat dan ditemui dalam keadaan mengiring di tebing longkang itu,” katanya ketika ditemui Bernama.

Mohan berkata, mayat bayi berkulit cerah itu dipercayai diletakkan di lokasi itu dalam tempoh 24 jam lepas dan bukan akibat dihanyutkan arus sungai berdekatan.

"Kami meminta sesiapa yang tahu atau melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. — BERNAMA

31 Jul 2012



Mayat bayi ditemui dalam longkang

KUALA LUMPUR 31 Julai - Seorang warga emas yang sedang bersenam terkejut menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dalam longkang besar tidak jauh dari rumahnya di Taman Salak Jaya di sini.

Difahamkan, lelaki itu sedang bersenam di sekeliling kawasan perumahan sebelum berhenti di jambatan atas longkang tersebut dan ternampak sekujur tubuh menyerupai bayi, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sebaik sahaja mengenal pasti objek yang tersangkut di tebing longkang itu mayat bayi, lelaki itu segera memberitahu beberapa penduduk sebelum mereka menghubungi Balai Polis Salak Selatan Baru.

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, bayi itu dipercayai dibuang sebaik sahaja dilahirkan dan cukup sifat serta masih bertali pusat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis percaya kejadian berlaku dalam tempoh sekitar 24 jam sebelum mayat itu ditemui.

Utusan 1 Ogos 2012

Pelajar maut motosikal rempuh kereta



KUANTAN - Seorang pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah di sini maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Felda Lepar Hilir 4 dekat sini malam tadi.
 
Muhammad Amirul Ermey Anuar, 17, dari Felda Lepar Hilir 4, Gambang mati ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gambang.
 
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah berkata dalam kejadian 11.30 malam itu pemandu kereta terbabit yang datang dari arah Felda Hilir 4 sedang membelok ke kanan untuk masuk ke rumahnya.

"Ketika membelok ke simpang kanan, keretanya dirempuh motosikal yang ditunggangi mangsa yang datang dari arah bertentangan.
 
"Berdasarkan siasatan awal, motosikal mangsa tiada lampu dan kawasan itu juga agak gelap," katanya di sini hari ini.
 
Mohd Rizal berkata mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gambang untuk rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan pada 1.30 pagi tadi.
 
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

31 Jul 2012

Sekeluarga nyaris maut


Dua kenderaan remuk di bahagian hadapan setelah bertembung di Kilometer 130, Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth lebih kurang jam 10.50 malam kelmarin.

BAGAN SERAI - Dua pemandu dan tiga penumpang dua kenderaan nyaris maut selepas kereta Perodua Kembara serta Viva yang mereka naiki bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 130, Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Kampung Sungai Rawa di sini, lewat malam kelmarin.

Saksi kejadian, Mokhtar Ahmad, 42, berkata, pemandu Viva mengalami kecederaan parah di bahagian kaki setelah tersepit di dalam keretanya manakala anak perempuannya berusia 10 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan.

Menurutnya, isteri dan adik pemandu Viva berkenaan pula mengalami kecederaan ringan manakala pemandu  Kembara tidak cedera.

"Kemalangan berlaku lebih kurang jam 10.50 malam selepas Kembara yang datang dari arah Parit Buntar menuju ke Taiping, dikatakan terbabas setelah melanggar beberapa kon  penghadang jalan di Kilometer 130 yang sedang menjalani kerja membaik pulih.

"Ketika itu, datang Viva dari arah bertentangan dan cuba mengelak, tetapi gagal disebabkan terdapat longkang di bahagian kiri jalan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Kata Mokhtar, ketika kejadian dia berada di kedai makan berhampiran kawasan kemalangan dan terus bergegas selepas melihat kemalangan tersebut.

Jelasnya, dengan bantuan penduduk kampung, empat daripada mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu berjaya dikeluarkan.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar dengan bantuan ambulans dan berikutan kemalangan itu, lokasi yang sama mencatatkan tiga kemalangan dalam tempoh sehari.

"Faktor kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan pihak kontraktor menyediakan ciri-ciri keselamatan dan papan amaran perlu diletakkan di sepanjang jalan yang sedang dinaik taraf sejauh 100 meter demi keselamatan pengguna," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat turut menggesa pihak berkuasa tempatan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan di sepanjang jalan yang sedang dinaik taraf bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Saya percaya perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab dan saya akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Tindakan Daerah dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sinar Harian 31 Jul 2012

Satria Neo WWW 1 tak terlibat nahas



KERETA Proton Satria Neo yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Yong Peng, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menafikan bahawa kereta Proton Satria Neo milik ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menggunakan nombor pendaftaran WWW 1 terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, Tunku Ismail menjelaskan, kereta yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Yong Peng sekitar pukul 12.30 tengah hari pada Sabtu lalu itu sebenarnya ialah kereta jenis dan warna yang hampir sama tetapi bukan kereta milik Sultan Johor.

Kosmo 31 Jul 2012

Rentung di lebuh raya


Keadaan lori dua tan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kilometer 281 Lebuh Raya Utara Selatan, semalam.

NILAI – Seorang pemandu lori hadapi saat mencemaskan apabila kenderaan dipandunya terbakar di Kilometer 281 Lebuh Raya Utara - Selatan , di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Ranjit Singh, 28, dan kelindannya, S Logiswaran, 25, dalam perjalanan dari Kapar, Selangor ke kawasan perindustrian Senawang untuk menghantar muatan kotak dan kertas.

Ranjit berkata, pada awalnya dia terhidu bau asap dan melihat api sebelum menyedari kotak fius di bahagian enjin depan terbakar.

“Disebabkan khuatir, saya terus memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan bahagian kiri lebuh raya sebelum cuba memadamkan api," katanya.

Menurutnya, dia dan kelindan bertungkus-lumus cuba memadamkan api berkenaan menggunakan bajunya, bagaimanapun api mula marak begitu pantas.

"Kebakaran mungkin disebabkan litar pintas. Kami terpaksa beredar jauh dari lori sebab takut meletup. Ketika itu pun,  sudah ada bunyi letupan kecil," katanya.

Menurut Ranjit, dia hanya mampu melihat api terus membakar lorinya ketika menunggu anggota bomba dan penyelamat tiba.

Sementara itu, Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, dua jentera membabitkan 15 anggota termasuk pegawai dari Seremban 2
dan Nilai bergegas ke tempat kejadian kira-kira 8 pagi untuk memadamkan api.

“Ketika bomba tiba, lori itu sudah hampir 100 peratus terbakar. Bagaimanapun kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 9.15 pagi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sinar Harian 31 Jul 2012

Penoreh sayu beraya tanpa kaki


ZULFITRI (kanan) dan Saad (dua dari kanan) berbual dengan Suaid selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus, Jitra semalam.

JITRA - Sayu hati seorang penoreh getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus di sini yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sebelah kaki apabila terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis yang ditanggungnya selama 15 tahun.

Suaid Mat Kasa, 54, hilang kaki kanan dari paras betis akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan pada 28 Jun lalu.

Menurutnya, dia menitiskan air mata apabila dimaklumkan oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bahawa jangkitan kuman itu semakin merebak dan bagi mengelak ia bertambah serius kaki itu perlu dipotong.

"Saya berasa sedih, namun terpaksa menerima takdir Tuhan. Pada mulanya amat terasa kehilangan kaki kerana sebelum ini mampu bergerak dengan bebas tetapi kali ini pergerakan terbatas.

"Tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan termasuk menyara keluarga dengan menoreh getah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Kosmo 31 Jul 2012

Isteri hilang hampir seminggu


Asiah Mat Lazim, 53 yang hilang dari rumah sejak seminggu yang lalu

KOTA BHARU- Di saat insan lain bergembira dapat berbuka puasa bersama keluarga, seorang warga emas, Mat Noor Yusoff, berduka selepas isterinya menghilangkan diri hampir seminggu.

Mat Noor, 77, menyedari kehilangan Asiah Mat Lazim, 53,   selepas isterinya yang mengalami masalah mental keluar rumah sejak Rabu lalu dan tidak pulang sehingga semalam.

Mat Noor berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari dia pulang ke rumahnya yang terletak di Taman Seri, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa dan ketika itu melihat isterinya kelam kabut memakai baju kurung berwarna hijau.

“Disebabkan keletihan saya terlelap dan setelah sedar dari tidur saya mendapati Asiah tiada di rumah. Dia keluar tanpa memberitahu saya.

“Saya bimbang keselamatannya kerana dia tidak sihat. Macam-macam boleh berlaku di luar sana, lagipun dengan keadaannya saya rasa dia tidak berupaya menguruskan dirinya,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian semalam.

Mat Noor berkata, sebelum ini isterinya pernah keluar rumah tanpa memberitahunya terlebih dahulu tetapi dia pulang semula dengan selamat.

“Sejak Rabu lalu, saya bersama anak-anak mencarinya di hospital dan kawasan sekitar tetapi gagal menemuinya dan kemudiannya kami membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu,” katanya.

Mat Noor berharap, sesiapa melihat isterinya itu yang  mempunyai tanda tahi lalat di sebelah kiri pada mukanya dan berkulit cerah boleh menghubungi anaknya, Asri di talian, 019-9305020.

Sinar Harian 31 Jul 2012

Help find biological parents of five-year-old


Have you seen my parents?: Richard holding a picture of himself as an 18- month-old toddler together with Chong at Wisma MCA.

KUALA LUMPUR: Five years have passed since Richard was abandoned to the care of a babysitter, but efforts to locate his biological parents remain futile.

The five-year-old, whose birth certificate shows only his first name “Richard”, date and place of birth and gender, was an 18-month-old toddler when he was brought to a babysitter identified only as Ah Moi in October 2008 by a man who claimed to be a friend of the boy's father.

The man, called Charlie, had promised Ah Moi RM400 to look after Richard for a week, but disappeared after that.

Richard has since been living under the care of the Ti-Ratana Welfare Society.

Appealing to members of the public to come forward with any information on Richard's parents, MCA Public Services and Complaints Services Department Datuk Seri Michael Chong said that identifying the biological parents would ease the process of finding adoptive parents for Richard.

“Right now, Richard is stateless and does not have an identity.

“However, if no one comes forward, we will proceed to arrange for him to be adopted with the approval of the Ti-Ratana home, which has acted as his guardian for the past five years,” he told reporters at Wisma MCA yesterday.

Richard, who was also present at the press conference, is a playful and cheeky boy.

However, when asked if he knew his last name or who his parents were, he could only answer softly, “I don't know”.

Anyone with any information on Richard's parents or their whereabouts can contact MCA Public Services and Complaints Services Department at 03-2203 3888.

The Star 31 Jul 2012

Disabled man gives back to community with free ice kacang


Sweet treat: Faudzi spreading the Ramadan cheer by giving away ice kacang to motorists.

KUALA TERENGGANU: While most traders are cashing in on Ramadan, one-legged ice kacang seller Faudzi Muhamad gives away the tasty dessert for free.

The 46-year-old Faudzi takes the opportunity during the fasting month to thank his customers for their support.

He said that life was more than chasing wealth and one must find ways to give back to society.

“The fasting month is challenging especially for the people here as the humidity is higher because it is close to the sea. The perfect solution is to have my ice kacang for buka puasa.”

Faudzi's stall is located along Jalan Sultan Zainal Abidin here.

“Due to my disability, I would set up a table at the side of the street near my stall and pass the ice kacang to passing motorists.

“It gives me a great sense of fulfilment to see the joy on their faces when they receive the ice kacang,” he said.

Faudzi, who lost his right leg in a motorcycle accident in 1995, said giving away the dessert was the least he could do for his customers.

“They have given me so much by supporting my business,” he said.

He also believed that disability is not a stumbling block to achieving success.

“Whatever we do, it must come from the heart ... the effort and desire must be sincere.

“I never considered losing a leg a disability. Instead, I saw it as an extra push to succeed,” he said.

The Star 31 Jul 2012

Hidung retak disepak senior



BUKIT MERTAJAM: Hanya kerana tidak sengaja menjatuhkan motosikal rakan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di sini, retak tulang hidung ditendang seorang pelajar senior dalam kejadian di tingkat bawah blok bangunan sekolah berkenaan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pelajar terbabit, U Thiagu, 15, berkata, dia dikelilingi sekumpulan pelajar senior tingkatan empat dan lima ketika baru turun dari kelas.

Menurutnya, belum sempat dia bertanya, seorang pelajar senior menendang hidungnya menyebabkannya berdarah.

“Sejurus hidung berdarah, saya meluru ke tandas. Seorang pelajar tingkatan lima yang terkejut melihat keadaan saya membawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan sebelum saya memaklumkan kejadian kepada bapa,” katanya.

Dipercayai, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati selepas mangsa secara tidak sengaja menjatuhkan motosikal pelajar sebayanya ketika berjalan bersama seorang lagi rakan untuk menunggu bas, jam 1.10 tengah hari, sehari sebelumnya.

Mangsa dikatakan tidak sedar beg digalasnya tersangkut pada bahagian pemegang motosikal berkenaan sebelum terjatuh.

“Saya tidak tahu kenapa dia (senior) tendang saya sedangkan saya tidak buat salah apa-apa terhadapnya.

“Ketika kejadian, pemilik motosikal yang saya jatuhkan itu ada bersama, tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Saya sangka hal saya dengan pelajar itu selesai kerana kami mencapai kata sepakat melupakan hal itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Batu Mukim 11, di sini.

Sementara itu, bapa Thiagu, K Uthayakumar, 47, berkata, dia ke sekolah sejurus menerima panggilan daripada anak bongsunya berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, dia kecewa apabila guru disiplin memberitahu kejadian berlaku di luar kawasan sekolah dan meminta membuat laporan polis jika tidak berpuas hati.

myMetro 31 Jul 2012

Pengsan dibelasah lepas minta maaf



KUALA LUMPUR: Niat baik seorang pemandu van yang mahu memohon maaf selepas terlanggar seorang penunggang motosikal bertukar tragedi apabila dia dibelasah hingga pengsan.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun melanggar belakang motosikal lelaki berkenaan kerana tidak perasan disebabkan lampu belakang motosikal itu tidak berfungsi.

Mangsa yang menyedari kemalangan itu kemudian turun dari van dan meminta maaf kepada lelaki berkenaan yang tidak cedera.

Bagaimanapun, lelaki itu yang bengang kerana dilanggar memecahkan cermin hadapan kenderaan mangsa sebelum memukulnya dengan rantai kunci.

Menurut sumber, mangsa yang tidak sempat memberi penjelasan dan berbincang mengenai kejadian itu diserang bertubi-tubi hingga tidak sedarkan diri.

“Mangsa bukan saja dipukul dengan rantai kunci malah turut ditumbuk dan disepak lelaki berkenaan,” katanya.

Katanya, sebaik mangsa pengsan, lelaki itu melarikan diri meninggalkan mangsa terbaring di tepi jalan.

“Mangsa ditemui abang iparnya selepas tidak tiba di rumah seperti biasa sebelum dihantar ke hospital dengan sebuah ambulans,” katanya.

Mangsa mengalami kecederaan serius di muka, kepala, tangan dan dada.

Katanya, mangsa dirawat di Hospital Selayang sebelum membuat laporan di pondok polis hospital itu.

myMetro 31 Jul 2012

Puluhan motosikal hangus angkara mercun



GOMBAK: Angkara mercun, sebuah stor simpanan kenderaan Pondok Polis Selayang Baru terbakar mengakibatkan puluhan motosikal dan kereta terbakar dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu disedari seorang anggota polis bertugas pada kira-kira jam 5.45 petang apabila terlihat asap tebal keluar dari stor berkenaan.

Menurutnya, anggota terbabit kemudian terus ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapati kebakaran berlaku di kawasan letak motosikal dan motokar.

“Anggota itu segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak memaklumkan kejadian itu sebelum anggota bertugas menghubungi Balai Bomba Selayang.

“Bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran itu sepenuhnya dalam sejam. Hasil pemeriksaan dianggarkan lebih 70 motosikal, dua kereta dan sebuah van musnah terbakar,” katanya.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati punca kebakaran disyaki perbuatan bermain mercun dan bunga api oleh pihak bertanggungjawab di kawasan luar pagar.

“Selain itu terdapat bazar Ramadan berhampiran stor terbabit malah rumput di dalam kawasan itu juga kering kerana baru dipotong dan disembur racun.

“Pemeriksaan awal forensik bomba mendapati tiada unsur khianat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

myMetro 31 Jul 2012

Belasah mentua kerana anak



AMPANG: Seorang menantu tergamak membelasah ibu mentuanya dengan kayu mop hanya kerana perselisihan faham kecil berkaitan anaknya berusia setahun ketika ingin berbuka puasa di Taman Cheras Indah, dekat sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, punca pertengkaran bermula apabila wanita berusia 64 tahun itu mengambil cucu lelakinya duduk bersama di meja makan menyebabkan menantu lelakinya berusia 20-an tidak berpuas hati kerana ketika itu dia ingin menyuap ayam panggang kepada anaknya itu.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang baru pulang ke rumah kira-kira jam 7.20 malam itu turut membawa ayam panggang yang dibeli di bazar Ramadan sebelum meminta isterinya menghidangkannya di meja makan.

Menurutnya, mangsa ketika itu sedang bermain dengan cucunya kemudian menuju ke meja makan untuk berbuka sambil meriba kanak-kanak terbabit.

Katanya, menantunya itu kemudian meminta menyerahkan anaknya itu kerana ingin menyuapkan ayam panggang.

“Bagaimanapun, mangsa meminta izin menyuapkan sendiri ayam panggang itu menyebabkan keadaan sedikit tegang selepas menantunya tidak berpuas hati dan terus memarahi mentuanya.

“Terkejut dengan tindakan biadab itu, mangsa cuba menegur sebaliknya menantunya hilang pertimbangan terus merampas anaknya secara kasar sebelum memaki-hamun mangsa,” katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, mangsa dipukul di kepala dengan kayu mop yang diambil dari dapur hingga cedera ringan sebelum dileraikan anak perempuannya.

“Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

myMetro 31 Jul 2012

Dua beradik ditelan ombak



KUDAT: Kegembiraan lima remaja mandi-manda di Pantai Tindakon Dazang, dekat sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka yang juga adik- beradik lemas dihanyutkan ombak, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mayat Jaidi Injau, 24, ditemui ahli keluarga, jam 9.30 malam pada hari kejadian, manakala adiknya, Wilson, 14, ditemui pasukan penyelamat, jam 7.44 pagi, kelmarin.

Difahamkan, dua beradik itu bersama tiga lagi sepupu mereka ke pantai itu untuk mandi sebelum dihanyutkan ombak menyebabkan kelima-lima mereka lemas, manakala tiga lagi sepupu dapat menyelamatkan diri sebelum meminta bantuan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Mustama Oyong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.03 petang dan tiba di tempat kejadian sejam kemudian.

“Pihak kami memulakan operasi menyelamat pada jam 4.04 petang dan seramai tiga anggota diarahkan ke pantai ini bagi mencari mangsa yang hilang selain turut dibantu ahli keluarga mangsa.

myMetro 31 Jul 2012

Teacher claims he was assaulted during rally



KUALA LUMPUR: A teacher alleged that he was kicked and punched by police after he and a group of Bersih 3.0 supporters left a hotel on Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Goh Ban Huat, 48, said that he was buying two bottles of water when police began spraying tear gas and water cannon at about 3pm on April 28.

“As a result, many of us ran into the hotel nearby but police rushed in and shouted, “Catch them, catch all of them,” he said at the Suhakam inquiry into the Bersih 3.0 rally.

Goh said he left the hotel and was kicked and punched and brought by police to Dataran Merdeka and later sent to the Jalan Semarak Police Training Centre (Pulapol) before being released.

He said he did not realise that he had a black and blue bruise on the left side of his abdomen until he went home that night.

Asked by Suhakam vice-chairman Datuk Dr Khaw Lake Tee if he had made a police report, Goh said “no”.

Asked by ACP Jamaludin Abdul Rahman if he had attended a rally against the law, Goh agreed.

Another witness, fast food outlet assistant manager Nasir Abdul Ghani, 39, said none of the customers were wearing the yellow Bersih T-shirt.

He said that police had entered the restaurant along Jalan Silang after they opened for business at 7pm and later left without detaining anyone.

Nasir said a policeman raised his voice at one of the customers but claimed that he did not hear the conversation or know the names of the officers.

The Star 31 Jul 2012

Baby girl left untended after dad dies of heart attack



AMPANG: AN 18-month baby girl in Taman Cempaka, Ampang went without food and water for more than 10 hours after her father suffered a fatal heart attack on Friday morning.

It was reported that the baby's mother had gone to work at about 8.30am and was shocked to find her husband dead in the bathroom when she returned in the evening.

The 36-year-old father worked at a moneychanger's and usually went to work after sending his daughter to a babysitter's house nearby, Tamil Nesan reported.

The babysitter had assumed that the father was on leave and was looking after his daughter when he did not bring the girl in the morning.

Her mother rushed the baby to Hospital Kuala Lumpur where she has been admitted in a serious condition.

The Star 31 Jul 2012

Pengetua wanita bergelut dengan peragut



KOTA BHARU – Seorang wanita yang juga pengetua sebuah sekolah berusia 51 tahun serta membawa senaskhah al-Quran ketika keluar membeli belah di kedai buku di sini terselamat dari diragut apabila dia dibantu orang ramai dalam  kejadian di Jalan Maju di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa memegang al-Quran di tangan kanannya sementara beg tangan digalas di bahu kiri.

Dia yang berjalan menuju ke tempat letak kereta tidak jauh dari kedai buku itu  bagaimanapun dihampiri dua lelaki sebelum pemboncengnya meragut beg tangan wanita itu.

Ketua Polis Daerah, Asistan Komisioner Azham Othman berkata, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek menyebabkan lelaki berusia 21 tahun itu terjatuh dari motosikal dinaiki.

“Orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian membantu mangsa dan menahan suspek, bagaimanapun rakannya itu berjaya melarikan diri dengan memecut motosikal jenis Yamaha 125Z.

“Beg tangan mangsa selamat dan dia hanya mengalami luka kecil di pergelangan tangan dan siku,” katanya kepada Sinar Harian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Azham berkata, suspek yang berasal dari Pasir Pekan, Tumpat kini ditahan reman manakala rakannya diminta tampil untuk membantu
siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana meragut,” katanya.

Sinar Harian 31 Jul 2012

Libas ibu kerana RM10



KUALA BERANG - Seorang penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Nibong tergamak melibas ibu kandungnya menggunakan sebilah sabit hanya kerana duit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam 22 Julai lalu, ibu malang berusia 54 tahun itu diselamatkan suaminya, seorang petani berumur 57 tahun dengan terus membawanya bergegas keluar dari rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, suspek dipercayai secara tiba-tiba naik berang lalu terus mengamuk setelah hasratnya untuk mendapatkan wang daripada bapanya tidak dapat dipenuhi.

“Terdahulu, suspek meminta duit daripada bapanya dan diberikan sebanyak RM40, tetapi dia tidak berpuas hati lalu meminta lagi RM10. Bapanya tidak dapat tunaikan kehendaknya kerana tidak mempunyai duit dan secara tiba-tiba suspek naik angin.

“Suspek mengamuk dengan mengambil sebilah sabit pemotong buah kelapa sawit sepanjang kira-kira dua kaki dari biliknya, dan terus meluru ke bilik ibunya dengan mengancam hendak menetak serta membunuh," katanya.

Mohd Ismail berkata, suspek kemudiannya melibas dan libasannya terkena dinding bilik ibunya.

Bagaimanapun, bapa suspek berjaya membawa isterinya keluar dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Menurutnya, sehari selepas kejadian iaitu kira-kira jam 4.45 petang, suspek berjaya ditahan polis di hadapan Balai Polis Kuala Berang dan keesokan harinya pula suspek membawa polis ke rumahnya kira-kira jam 4.45 petang.

“Ketika tiba di rumahnya, suspek menunjukkan senjata digunakan dalam kejadian yang diletakkan di tepi dinding sebelum dirampas polis. Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Sinar Harian 31 Jul 2012

Remaja lemas lepas bersih tebing



SUNGAI SELISEK - Mayat remaja yang mati lemas selepas mandi berseorangan di Sungai Bernam berjaya ditemui jam 9.30 malam, semalam.

Operasi menyelamat kali kedua yang dilakukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya menemui mayat mangsa selepas percubaan kali pertama gagal.

Mangsa, C Partiban, 16, dikatakan mandi kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas membersihkan kawasan tebing sungai itu bersama beberapa rakan dan penduduk kampung bagi persiapan sambutan Thaipusam 2 Ogos ini.

Bapa mangsa, S Chandran, 50, berkata, ketika kejadian dia berada di tempat kerja di kilang besi Behrang 2020, Perak dekat sini sebelum menerima panggilan rakannya berhubung kejadian itu.

“Saya bergegas pulang dan ketika itu anggota bomba sedang mencari anak saya yang dikatakan tenggelam di lubuk sungai,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saksi kejadian, K Priasamy, 53, berkata, dia cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana turut disedut air.

Menurutnya, dia cuba menarik rambut mangsa tetapi sedutan air di lubuk itu sehingga menenggelamkannya memaksa dia melepaskan rambut mangsa lalu menyelamatkan diri.

“Saya turut tenggelam disedut air jadi saya terpaksa selamatkan diri naik ke tebing.

“Sebelum itu, dua rakan Partibhan sudah cuba menyelamatkannya tapi mereka tidak pandai berenang, jadi mereka mengalah,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian dia menasihati mangsa supaya tidak mandi di sungai berkenaan namun pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Katolik, Tanjung Malim itu tidak mengendahkan tegurannya.

Jelasnya, melihat mangsa mandi dia membaling batu ke sungai sambil menjerit jangan mandi dan ketika itu mangsa dilihat tenggelam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Sinar Harian 31 Jul 2012


Lemas di lubuk ketika mandi


HULU SELANGOR - “Masa saya pulang ke rumah untuk makan tengah hari, dia baru sahaja tiba dari sekolah dan bersiap keluar sambil tersenyum kepada saya, tapi saya tidak fikir apa-apa.

Rupanya itulah senyumannya yang terakhir dapat saya lihat,” kata P Pakamis, 43, ibu kepada C Partiban, 16, remaja yang ditemui mati lemas di Sungai Bernam, petang kelmarin.

Menurut Pakamis, perasaan sedih mengenangkan kembar Partiban meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu masih belum hilang dan kesedihan itu ditambah pula dengan kejadian malang yang berlaku ke atas anak keempatnya itu.

Katanya, ketika dia pulang dari kerja sekitar jam 3.30 petang hari kejadian, anaknya itu tiada di rumah dan dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya, kemungkinan mangsa berada di kuil untuk persiapan Thaipusam.

"Namun saya hairan, kerana kuil sudah siap dan saya fikir dia pasti mahu mandi di sungai berhampiran.

"Tidak lama kemudian, polis datang ke rumah meberitahu anak saya hilang semasa mandi di sungai. Ketika itu saya tidak boleh berfikir apa-apa kecuali menangis sehinggakan orang lain terpaksa memapah saya ke tempat kejadian,"katanya.

Kelmarin, Pakamis setia menunggu di lokasi kejadian ketika usaha mencari anaknya dilakukan anggota bomba dan penyelamat serta penduduk kampung.

Bagaimanapun, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Katolik, Tanjung Malim itu ditemui mati lemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira jam 9.50 malam selepas lima jam usaha mencari dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Slim River.

Menurut saksi, mangsa mandi berseorangan di Sungai Bernam kira-kira jam 4.30 petang kelmarin selepas membersihkan kawasan tebing sungai berkenaan bersama beberapa rakan dan penduduk kampung bagi persiapan sambutan Thaipusam pada 2 Ogos nanti.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan terkapai-kapai dan tenggelam dipercayai disedut pusaran air di lubuk sungai berkenaan memandangkan ketika itu airnya tenang.

Sementara itu, Pakamis berkata, mendiang anaknya adalah seorang yang baik dan pandai berdikari.

"Dia sentiasa ringan tulang dan ketika kejadian mendiang secara sukarela membantu membersihkan kawasan itu bagi memudahkan penganut Hindu menunaikan ibadat pada sambutan Thaipusam,"katanya.

Sinar Harian 1 Ogos 2012

Lelaki parah ditikam gunting



MIRI: Hanya kerana bertanyakan alat pemotong jubin lantai miliknya yang hilang, seorang lelaki nyaris maut ditikam dengan gunting oleh abang iparnya di sebuah rumah di Bandar Baru, Permyjaya, di sini, kelmarin.

Berikutan itu, Aihan Ahmad, 20, mengalami pendarahan teruk di rusuk kiri selain tikaman itu hampir mengenai paru-parunya.

Sebelum kejadian, mangsa cuba bertanya kepada abang iparnya berusia 20-an, mengenai alat pemotong jubin lantainya yang hilang tiga hari lalu, pada jam 11.30 malam.

Menurut Aihan, dia cuba mendapat kepastian daripada abang iparnya mengenai perkara itu dan berharap dapat memulangkan alat berkenaan jika ia ada kaitan dengannya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka pertanyaannya itu mencetuskan pertengkaran sebelum abang iparnya mengeluarkan gunting di dalam poket seluar lalu menyerangnya.

“Ketika itu, saya tidak sempat mengelak menyebabkan rusuk kiri cedera ditikam. Kejadian itu disaksikan isteri, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa berikutan bimbang dicederakan.

“Sejurus kemudian, abang ipar meninggalkan rumah dan saya dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut oleh ahli keluarga yang gempar dengan kejadian itu,” katanya ditemui di hospital itu, di sini, semalam.

Katanya, dia tidak berniat menuduh abang iparnya mencuri alat berkenaan, tetapi sekadar mendapat kepastian.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan dan mendapatkan keterangan daripada mangsa serta isterinya mengenai perkara itu.

“Usaha memburu suspek yang menghilangkan diri sedang dijalankan,” katanya Katanya, setakat ini, mangsa dilaporkan stabil dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan.

myMetro 31 Jul 2012

Mati dipercayai dibelasah anak



KUCHING - Seorang lelaki warga emas yang bertarung nyawa selepas dipercayai dipukul anak lelaki sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak semalam selepas menerima rawatan hampir dua minggu.

Jeni Kaderi, 77, dipercayai bergaduh dengan anaknya yang berusia 41 tahun pada 17 Julai lalu di rumah mereka di Kampung Sinar Bumi Lama di sini sehingga cedera di rusuk, lebam di mata kiri, telinga kanan dan pendarahan di paru-paru kanan.

Bagaimanapun, suspek yang juga dikenali sebagai 'Ribut' pandai memperdayakan jiran-jiran mereka bahawa bapanya cedera selepas terjatuh tangga.

Namun, rahsia itu terbongkar selepas adik perempuannya datang ke rumah tersebut dan menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta anak saudaranya membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad (gambar) berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 1 pagi dan doktor mengesahkan sembilan tulang rusuk kanan mangsa patah.

Serentak dengan itu, polis menahan reman suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo 31 Jul 2012

July 30, 2012

Edar dadah: Pekerja perbandaran dihukum gantung



IPOH – Seorang pekerja am rendah Majlis Perbandaran Kulum, Kedah, hari ini dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah mengedar 655 gram dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Azman Abdul Ghani membuat keputusan itu terhadap Norisman Rozali, 34, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Norisman didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pondok perhentian bas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah, Selama, daerah Larut Matang, kira-kira 120km dari sini, pada pukul 1.45 petang, 16 Mei 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Zainal Azam berkata, keterangan tertuduh tidak boleh dipercayai selain keterangan saksi pembelaan juga bercanggah. – BERNAMA

30 Jul 2012

Hukuman Penjara Ke Atas Rakyat Singapura Kerana Seludup Kanak-Kanak Kekal



PUTRAJAYA: Seorang pemandu teksi warga Singapura dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman empat tahun kerana memperdagang seorang budak lelaki 11 tahun warga China ke Jerman melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sambil menyifatkan pemerdagangan orang sebagai kesalahan serius, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Shariff yang mempengerusikan panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan akhir Ng Gim Teck untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menaikkan tempoh hukuman daripada enam bulan kepada empat tahun penjara.

Ng dihukum penjara enam bulan dan denda RM20,000 jika gagal enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdagang Zhang Xu di kaunter Imigresen, Balai Berlepas, Aras 4, KLIA, Sepang, Selangor pada 7 malam 29 Sept, 2011.

Bagaimanapun, hukuman penjara itu dinaikkan kepada empat tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 November tahun selepas semakan oleh pihak pendakwaan berhubung ketidakcukupan hukuman penjara.

Denda RM20,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan.

Ng membayar denda itu. Bagaimanapun, dia membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan berhubung peningkatan hukuman penjara.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan memberitahu mahkamah bahawa siasatan menunjukkan bahawa Ng berniat memperdagang budak itu ke Jerman melalui KLIA.

Dia ditangkap oleh pegawai Jabatan Imigresen kerana mempunyai pasport palsu Singapura untuk kanak-kanak itu.

Katanya tiada rekod untuk menunjukkan tujuannya menyeludup tetapi kebiasaannya ia adalah untuk tujuan seksual.

Apabila Hakim bertanyakan tujuannya menyeludup kanak-kanak itu, Ng menjawab beliau diminta berbuat demikian oleh rakannya. Farah Ezlin berkata menurut Laporan Tahunan ke-12 Pemerdagangan Orang, Malaysia kini berada di senarai pantau tahap 2 bagi tahun ketiga selepas mendapat pengecualian.

"Kita dapat merangka satu rancangan untuk memerangi pemerdagangan orang. Ini merupakan kali ketiga negara kita berada di senarai pantau tahap 2," katanya.

Farah Ezlin berkata hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam menaikkan tempoh penjara selepas mengambil kira imej negara akan tercemar kerana Malaysia kini berada pada senarai pantau tahap 2.

"Kita dilihat oleh Dunia Barat sebagai tidak serius dalam memerangi perkara ini. Oleh itu, hujah kami bahawa dengan Mahkamah Tinggi menaikkan tempoh hukuman penjara, merupakan satu cara bagi menunjukkan kepada dunia betapa seriusnya kita membanteras keadaan ini.

"Ia penting bagi negara kita untuk mempamerkan pelaksanaan undang-undang yang tegas. Dengan memberi hukuman yang berat, ia akan bertindak sebagai satu hukuman penghalang yang bukan sahaja sebagai satu pengajaran kepada perayu (NG) tetapi juga kepada mana-mana pelaku atau pelaku berpotensi keseluruhannya.

Katanya kesalahan yang dilakukan Ng adalah satu kesalahan serius.

Ng, yang tidak diwakili, memohon mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara dengan menyatakan bahawa dia mempunyai seorang ibu yang sakit. - BERNAMA

30 Jul 2012

Diugut Dengan Jarum Suntikan Sebelum Curi Dua Paket Nescafe



KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja wanita mendakwa ditumbuk manakala pemandu syarikat itu pula diugut dengan jarum suntikan oleh seorang lelaki yang mencuri dua paket Nescafe di sebuah pasar raya di sini, Isnin.

Pekerja berkenaan, Nur Azrin Mustafa, 21, berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, dia berada di kaunter bayaran dan melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Saya kemudian nampak dia masukkan beberapa bungkus Nescafe ke dalam baju namun saya hanya diam dan memaklumkan kepada seorang pemandu pasar raya untuk memantau lelaki itu," katanya ketika ditemui pemberita.

Nur Azrin berkata ketika lelaki itu ingin beredar, pemandu itu menahan dan memeriksa lelaki tersebut dan menemui dua bungkus Nescafe berharga RM21.69 di dalam bajunya.Menurutnya, lelaki itu bertindak agresif dengan menendang pemandu tersebut untuk memboloskan diri.

Nur Azrin berkata dia berjaya memegang baju lelaki itu dan mendakwa ditumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali manakala pemandu itu pula diugut menggunakan sebatang jarum suntikan.

Bagaimanapun, lelaki itu diberkas tidak jauh dari pasar raya tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis. - BERNAMA

30 Jul 2012

Tertuduh Kes Dadah Meninggal Dunia Ketika Pertuduhan Dibaca



MELAKA: Kompleks Mahkamah Melaka gempar apabila seorang tertuduh kes dadah rebah dan meninggal dunia selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret petang Isnin.

Sejurus sebelum kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang itu, mangsa, Fazlie Khamis, 28, dilihat duduk dalam keadaan lemah di tepi kandang tertuduh dengan air liur meleleh dan tidak menunjukkan sebarang reaksi, menyebabkan jurubahasa mahkamah terpaksa membacakan semula pertuduhan terhadapnya.

"Tertuduh kemudian jatuh melutut sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia oleh seorang anggota perubatan yang berada di mahkamah ketika itu," kata seorang saksi yang enggan dikenali ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini.

Fazlie ditahan petang Jumaat lepas di Batu Berendam berhubung kesalahan memiliki 2.5 gram heroin mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk pendakwaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian tersebut dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan buat masa ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Sapiah pula berkata beliau hanya menyedari kejadian itu selepas melihat kakitangan perubatan masuk ke mahkamah majistret berkenaan.

"Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat keadaan Fazlie yang telah rebah lalu segera memangkunya yang ketika itu berada dalam keadaan lemah sebelum dia disahkan meninggal," katanya. - BERNAMA

30 Jul 2012


OKT meninggal dunia dalam kandang tertuduh

Pihak polis membawa keluar jenazah Fazli Khamis dari bangunan mahkamah.

AYER KEROH - Seorang lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan miliki dadah, tumbang lalu menemui ajalnya di dalam kandang tertuduh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Fazli Khamis, 28, yang ketika itu sedang menunggu kes beliau dibicarakan disahkan meninggalkan dunia oleh seorang pegawai perubatan kira-kira 3 petang.

Dia yang dikatakan kelihatan tenang semasa dibawa ke Mahkamah Majistret 1, bagaimanapun dikesan berbuih pada mulutnya sejurus sebelum tumbang.

Mangsa sepatutnya dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana ditangkap memiliki dadah jenis heroin seberat 2.5 gram di kawasan Batu Berendam, 27 Julai lalu.

Berikutan penahanan itu, mangsa telah direman antara 28 Julai dan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah mayat Hospital Melaka, di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman ketika mengesahkan kejadian itu  berkata, polis telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun, katanya, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Sinar Harian 30 Jul 2012


Tertuduh hidap radang abdomen

MELAKA: Kematian seorang lelaki ketika tuduhan memilik dadah dibacakan kepadanya di Mahkamah Majistret di sini, Isnin lalu, diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata laporan bedah siasat mendapati tertuduh mati akibat radang abdomen.

“Punca kematian tertuduh disebabkan radang abdomen akibat ulser duodenum yang bocor.

“Tiada unsur jenayah mengenai kematiannya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan Mahkamah Majistret di sini, gempar apabila seorang lelaki yang dituduh memiliki heroin tiba-tiba melutut di lantai sebelum rebah dan meninggal dunia di pangkuan ibunya ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Sebelum kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tertuduh, Fazlie Khamis, 28, dari Bachang, Batu Berendam, dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan memiliki heroin.

Menurut sumber, tertuduh yang dalam keadaan lemah duduk di bangku di luar kandang pesalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Bagaimanapun selepas beberapa minit pertuduhan dibacakan buat kali kedua, tertuduh yang pada awalnya tidak memberi sebarang reaksi tiba-tiba jatuh melutut dan rebah ke lantai sebelum disahkan meninggal dunia.

myMetro 2 Ogos 2012

Warga Emas Dan Cucu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Musnah Dalam Kebakaran



IPOH: Seorang warga emas dan cucunya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Ulu Kuang di Chemor, di sini Isnin.

Dalam kejadian 12.50 tengahari itu, Rasmah Kadir, 69, turut mengalami lecur pada tapak kaki akibat terpijak bara api yang berselerak di atas lantai ketika cuba menyelamatkan diri.

Menceritakan kejadian kepada pemberita, Rasmah berkata beliau hanya menyedari kebakaran apabila cucunya Mohd Alif Jamal, 6, menjerit memberitahu ternampak api dari bahagian bilik utama rumah.

"Saya menyuruh Alif keluar rumah melalui pintu depan sebab saya cuba nak masuk ke bilik untuk ambil wang tapi tak sempat kerana api mula marak dan saya ikut pintu belakang untuk keluar," katanya.

Rasmah berkata rumahnya itu juga baru sahaja dibaik pulih dengan peruntukan RM16,000 daripada Felcra.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Nasir Mohd Arshad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.52 tengahari dan tiga jentera bersama 15 anggota digegaskan ke lokasi.

"Kebakaran bermula dari sebuah bilik dan api berjaya dikawal empat minit kemudian," katanya.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim turut melawat mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM3,000 kepada mangsa. - BERNAMA

30 Jul 2012

Polis Sahkan Kematian Seorang Pelajar MTD



KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan kematian seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di maktab itu pada Isnin sebagai mati mengejut.

Ketika mengesahkan menerima laporan berhubung kematian seorang pelajar lelaki MTD itu, Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh berkata siasatan awal ke atas mayat pelajar berusia 16 tahun itu tidak menemui sebarang tanda jenayah atau kecederaan fizikal.

"Siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata bedah siasat oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) juga menunjukkan tiada tanda-tanda perlakuan jenayah berlaku yang membawa kepada kematian pelajar tingkatan empat itu.

"Siasatan lanjut masih dibuat dan polis berharap kematian itu tidak dispekulasikan," katanya. -BERNAMA

30 Jul 2012

Ahli Perniagaan Ditembak Mati Ketika Trafik Sedang Sibuk



MIRI: Seorang ahli perniagaan ditembak mati di simpang trafik yang sibuk berhampiran Mega Hotel di sini pada Isnin.

Mangsa, berusia lewat 40-an, berada dalam pacuan empat roda apabila dia ditembak mati oleh penyerang yang berada di atas motosikal pada kira-kira pukul 6 petang ini.

Dia dipercayai sedang memandu di sepanjang Jalan Permaisuri menuju ke pusat bandar semasa kejadian.

Difahamkan mangsa, seorang lelaki Miri tempatan, telah terlibat dalam pelbagai perniagaan, termasuk hiburan dan kewangan.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong mengesahkan tembakan tetapi enggan memberikan maklumat lanjut.

"Kami sedang menyiasat. Kita kini berada di tempat kejadian," katanya.

Kejadian ini adalah salah satu daripada beberapa kejadian tembakan di negeri ini sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada 11 Januari pemilik pub berusia 41 tahun telah ditembak ketika memasuki kedai pembekal peralatan pejabat di Brooke Drive di Sibu.

Dalam tembakan ala mafia yang berlaku pada siang hari, Lau Leh Ing ditembak 10 kali di belakangnya.
Lau meninggal dunia dalam perjalanan ke pusat pakar swasta.

Pembunuhan Lau berlaku hampir seminggu selepas pembunuhan ngeri seorang ahli perniagaan, dua anaknya dan ibunya.

mStar 30 Jul 2012


Ahli perniagaan mati ditembak

TERKULAI: Seorang kakitangan perubatan memeriksa keadaan mangsa yang sudah terkulai kaku dalam kenderaannya dengan kesan kecederaan di leher dan kepala sebelah kanan dipercayai terkena tembakan tersebut.



MIRI: Seorang ahli perniagaan terkenal maut setelah ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali dipercayai pembunuh upahan dalam kejadian yang berlaku berhampiran lampu isyarat di Jalan Bendahara di sini petang semalam.

Mangsa yang berusia 48 tahun dan memandu seorang diri, maut di tempat kejadian setelah dua das tembakan yang dilepaskan penjenayah ter-babit menembusi cermin keretanya dan mengena bahagian leher serta kepala sebelah kanannya.

Kejadian tembak itu yang berlaku sekitar jam 5.45 petang menggemparkan penduduk di bandar raya Miri apatah lagi ia berlaku ketika waktu puncak, ramai orang balik dari bekerja dan bergegas untuk berbuka puasa.

Sementara ahli keluarga dan rakan-rakan yang dimaklumkan tentang kejadian itu terus bergegas ke tempat kejadian.

Beberapa ahli keluarga mangsa juga dilihat meng- gunakan objek keras untuk memecah cermin belakang ke-reta mangsa bagi memboleh-kan kakitangan perubatan dari Hospital Miri memeriksa keadaan mangsa.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Prado berwarna putih dipercayai sedang berhenti di lampu isyarat terbabit apabila tiba-tiba ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak di-kenali.

Kereta mangsa kemudian ditemui berhenti pada jarak kira-kira 70 meter dari lampu isyarat terbabit dengan mangsa sudah terkulai kaku di tempat duduk pemandu.

Dua kesan tembakan turut kelihatan pada cermin sebelah pemandu.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dengan mempunyai rangkaian perniagaan yang pelbagai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kok Keong ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan      kes itu dan mengklasifikasi-kannya sebagai bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ini merupakan kes tembak maut yang pertama berlaku di Miri setakat ini,” katanya sambil memberitahu, polis akan menjalankan siasatan terperinci dari segenap aspek untuk mengetahui motif sebenar kejadian.

Utusan Borneo 31 Jul 2012

Hidup bertemankan televisyen



Roslan mengisi masa lapangnya dengan bertemankan televisyen.

SIMPANG EMPAT – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan nasib seorang lelaki, di sini yang terpaksa menderita masalah berat badan yang berlebihan.

Roslan Hamad, 41, kini hanya bertemankan televisyen terpaksa menanggung derita kerana turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi hingga kaki sebelah kirinya terpaksa dipotong.

Menurutnya, kali terakhir dia menimbang berat badan ialah pada tahun 2008 iaitu 173 kilogram, namun apa membimbangkannya, dia dapat merasa perubahan dirinya apabila tubuhnya dirasakan makin berat hingga menyukarkannya bergerak.

Katanya, masalah itu bertambah rumit apabila dia terpaksa kehilangan kaki kirinya akibat diabetes beberapa tahun yang lalu.

“Saya kini tidak dapat berjalan seperti insan lain, hanya terperuk di rumah dan televisyen sajalah peneman saya, jika tidak saya tidak tahu apa yang patut dilakukan. Jika hendak mengambil sesuatu, saya terpaksa merangkak kerana saya tidak boleh menggunakan tongkat, ianya tidak dapat menampung berat saya.

“Saya tidak tahu berapa berat saya sekarang, tetapi saya rasa beratnya semakin bertambah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Berjaya, dekat sini.

Menurutnya, sebelum ini belakang lehernya timbul bisul, lama-kelamaan saiznya semakin besar dan bernanah sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pada tahun 2008

Roslan berkata, setelah keadaan lehernya semakin pulih, dia dikhabarkan oleh doktor bahawa dia terpaksa memotong sebelah kakinya akibat diabetes awal tahun 2010.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, walaupun dia mengalami masalah kesihatan, namun masih mampu menjalani ibadah puasa seperti insan lain seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Setakat ini saya masih mampu menguruskan diri sendiri termasuk makan pakai saya, cuma apa yang tidak mampu lakukan sendiri, saya akan meminta bantuan keluarga. Kadang-kala saya berasa bimbang bagaimana keadaan saya pada masa akan datang.

“Siapa yang tidak mahu mempunyai bentuk badan normal, tambahan pula dengan berat yang berlebihan pelbagai penyakit mudah menyerang, namun disebabkan tidak berkemampuan saya terpaksa membatalkan hasrat menurunkan berat badan,” katanya.

Sementara itu, bapanya Hamad Saad, 78, berkata, dia sendiri bimbang dengan masalah berat badan yang menimpa anak bongsunya itu.

Jelasnya, walau bagaimanapun dia berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sudi menyalurkan bantuan kepada
Roslan kerana dia tidak mampu untuk bekerja.

“Saya berterima kasih banyak kepada pihak menyalurkan bantuan, tetapi kalau boleh saya ingin mohon kepada pihak berkaitan agar menambah sedikit bantuan yang diterima.

“Jika saya sendiri hendak membantu, saya sendiri sudah tidak bekerja,” katanya.

Sinar Harian 30 Jul 2012

Anggota tentera nyaris maut kereta terbalik


KEMALANGAN...Anggota Tentera, Mohamad Mikyad Mike dari Kementerian Pertahanan (Mindef) terselamat setelah kereta yang di pandunya dari Zetro menuju ke Taman Permata terbabas selepas melanggar sebuah kereta Toyota Harrier dan terbalik di jalan AU5D/1 Lembah Keramat di sini, Isnin. -Foto BERNAMA

Dugaan Ramadan jaga anak sakit saraf



Norliza bersama anaknya, Mohamad Hairuddin.

JOHOR BAHRU – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah diibaratkan kehidupan surirumah, Nor Darimah Othman, 37, yang mempunyai dua anak disahkan mengalami penyakit saraf sejak lahir dan hanya mampu berbaring sepanjang masa.

Namun, Nor Darimah dan suami sabar melayan kerenah anak kedua mereka, Azree Masree, 17, dan anak kelimanya, Putri Shakeela, 9, selain terpaksa menanggung belanja rawatan hampir RM500 sebulan.

“Suami saya hanya bekerja kontrak dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. Syukur anak sulung sudah bekerja dan membantu serba sedikit. Saya juga turut mengambil tempahan kuih popia simpul sempena Aidilfitri ini, maka bolehlah buat tambah belanja.

“Mereka umpama bayi dan hanya mampu menangis jika lapar atau mahukan sesuatu. Bercakap pun tidak boleh. Ini mungkin ujian kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Ziarah dan Sumbangan Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bersama Ahli

Majlis Zon Tanjung Puteri Resort, Datuk Abu Bakar Rashid di Kampung Pasir Putih, baru-baru ini.

Nasib yang sama turut dipikul Norliza Abas, 38, apabila anak keduanya, Mohamad Hairuddin Yazid, 17, turut disahkan menghidap penyakit saraf kerana jangkitan pada otak sejak lahir.

“Hairuddin hanya bergantung hidup dengan minum susu sahaja. Dia tidak boleh makan nasi atau bubur seperti orang lain. Pernah diberi makan bubur, selepas itu dimasukkan ke hospital kerana dia tak boleh hadam,”  katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, seramai 20 rombongan MPPG bersama jawatankuasa majlis menziarahi 17 keluarga yang kurang berkemampuan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan sebanyak RM500 setiap keluarga dan hamper mengandungi barangan makanan.

Sinar Harian 30 Jul 2012

Siak masjid selamatkan keluarga peniaga dari maut terbakar



Fauzi mencari barangan berharga di hadapan pintu kedainya yang musnah di Kampung Permatang Tok Brain, kelmarin.

SEBERANG PERAI - Tindakan pantas siak Masjid Jamek Permatang Tok Brain memaklumkan kejadian kebakaran melalui pembesar suara awal pagi kelmarin selepas melihat sebuah kedai runcit terbakar berjaya menyelamatkan nyawa pemilik kedai itu dan ahli keluarganya.

Mangsa, Fauzi Jamaluddin, 47,  isteri dan empat anak yang tinggal di belakang kedainya tidak menyedari kebakaran itu sehinggalah dimaklumkan oleh jiran terdekat yang mendengar pengumuman dibuat oleh siak berkenaan.

Fauzi yang lebih dikenali sebagai Halim oleh penduduk di sini berkata, dia hanya terjaga selepas beberapa jiran datang mengetuk rumahnya untuk memaklumkan kedai runcit miliknya yang terletak di simpang tiga kampung berkenaan terbakar.

“Kejadian itu disedari beberapa jiran yang mendengar pengumuman siak berkenaan yang ketika itu dalam perjalanan membuka pintu masjid bagi digunakan jemaah untuk solat Subuh.

“Sebaik terjaga, saya terkejut melihat api dan segera mengejutkan isteri dan empat anak berusia antara 14 hingga  satu tahun setengah segera lari keluar rumah menyelamatkan diri,” katanya.

Fauzi berkata, kedai runcit separuh kayu dan batu yang berusia lebih 14 tahun dan dibina di hadapan rumahnya itu gagal diselamatkan dan mengalami kerugian lebih RM100,000.  

Menurutnya, dia mengucapkan terima kasih kepada siak berkenaan, kerana tanpa bantuannya mungkin mereka sekeluarga akan menjadi mangsa dalam kebakaran itu.

Premis kedainya dengan masjid berkenaan hanya berjarak lebih kurang 200 meter sahaja.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda, Penolong Penguasa, Zainor Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jaml 5.21 pagi kelmarin.

Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba Kuala Muda, Kepala Batas dan satu jentera sukarela dari Sungai Puyu bersama 30 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Pihak kita dapat mengawal api dari merebak dan memadamnya setengah jam kemudian, kerana api marak berikutan premis ini sebahagian besarnya terdiri dari kayu dan papan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk menemu bual siak berkenaan tidak kesampaian apabila dimaklumkan oleh keluarganya dia keluar daerah kerana mempunyai urusan.

Sinar Harian 30 Jul 2012

Penganggur Didakwa Cedera Wanita Dengan Parang



KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mencederakan seorang wanita warga emas berusia 63 tahun dengan menggunakan sebilah parang, minggu lepas.

Chong Wai Wen, 34, dari Cheras didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Lee Chin di hadapan Restoran Kopitiam, Taman Miharja Cheras pada 3 petang, 24 Julai lepas.

Chong, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tiada jaminan ditetapkan Majistret Zaki Asyraf Zubir kerana penjamin tertuduh tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

30 Jul 2012

Pois Tahan Lelaki Dakwa Dirinya Diculik



JOHOR BAHARU: Polis menahan seorang lelaki yang memeras bapanya dengan mendakwa dirinya telah diculik dan meminta wang tebusan RM3,000, dua minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah sepasang suami isteri di Taman Cahaya Masai di sini, kurang dari tempoh 24 jam selepas polis menerima laporan daripada bapanya bahawa anaknya telah diculik, 17 Julai lepas.

"Bapa mangsa yang berumur 61 tahun dalam laporannya mengadu menerima satu panggilan telefon pada pukul 9.50 malam 17 Julai lepas daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Ah Long yang mengatakan anaknya berada dalam tahanan dan meminta wang RM3,000 untuk dilepaskan.

"Hasil siasatan lanjut, polis kemudian pergi ke rumah pasangan suami isteri terbabit lalu menemui anak pengadu yang sedang bersembunyi di rumah itu dan mendapati dia mengadakan-adakan cerita bahawa telah diculik," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Zainuddin berkata polis merampas telefon bimbit yang dipercayai telah digunakan untuk melakukan pemerasan itu dan siasatan lanjut mendapati dia melakukan jenayah itu bagi mendapatkan wang kerana menghadapi masalah hutang.

Beliau berkata lelaki itu yang pernah ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian wang di sebuah restoran kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Dalam kes lain, Zainuddin berkata pihaknya turut menahan seorang remaja lelaki yang melakukan pemerasan terhadap abang bekas kekasihnya dengan meminta wang RM5,000, Jumaat lepas.

Beliau berkata remaja berumur 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.05 pagi di kawasan Taman Kim Teng di sini selepas polis menerima satu laporan daripada lelaki berumur 24 tahun yang mengadu menerima satu panggilan telefon di rumahnya di Stulang Laut di sin, kira-kira pukul 12.25 tengah hari, 24 Julai lepas.

"Pengadu menyatakan diminta menyerahkan RM5,000 sekiranya ingin mendapatkan kad memori yang didakwa remaja itu ada menyimpan klip video adik perempuan pengadu. Sekiranya pengadu gagal menyerahkan wang itu, suspek mengugut untuk menyebarkan klip video berkenaan yang boleh menjatuhkan maruah adik pengadu dan keluarganya," katanya.

Zainuddin berkata ekoran penahanan itu, polis merampas satu telefon bimbit pintar bersama kad SIM yang dipercayai boleh membantu siasatan kes tersebut.

Remaja berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah dan dia kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan. -BERNAMA

30 Jul 2012

Polis tahan wanita berhubung kes baling bahan letupan



NIBONG TEBAL - Polis percaya berjaya menyelesaikan kes sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini dibaling dengan bahan letupan sehingga menyebabkan seekor anak anjing terbunuh selepas menahan seorang wanita Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata wanita berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi di rumahnya di Simpang Ampat.

"Kejadian membaling letupan itu berlaku pada pukul 3.30 pagi ketika mangsa seorang wanita berusia 46 tahun sedang tidur...kejadian itu menyebabkan anak anjing mangsa yang berada di luar rumah mati," katanya kepada pemberita di  sini hari ini.

Katanya, siasatan forensik mendapati bahan letupan itu diperbuat daripada gumpalan mercun bola yang banyak sehingga menghasilkan percikan api dan bunyi sangat kuat. Shafien berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca  daripada kegagalan membayar hutang. - Bernama

30 Jul 2012



Anjing mati kena mercun bola
NIBONG TEBAL - Angkara pertikaian hutang RM6,000 antara dua rakan, seekor anak anjing menjadi korban letupan mercun bola yang dibalingkan ke sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini baru-baru ini.

Kejadian pada pukul 3.30 petang Jumaat lalu bukan saja menakutkan penghuni rumah yang gagal membayar hutang malah turut menggemparkan penduduk lain di seluruh taman itu yang mulanya menyangka letupan tersebut berpunca daripada ledakan bom.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, polis mulanya menerima maklumat terdapat kejadian letupan bom di halaman sebuah rumah di Taman Tang Ling

"Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebelum siasatan mendapati bunyi letupan kuat yang disangka bom sebenarnya letupan segumpal mercun bola.

"Akibat letupan kuat tersebut, seekor anak anjing milik penghuni rumah terbabit mati dipercayai terkena percikan api daripada mercun tersebut," kata beliau.

Kosmo 31 Jul 2012

Adinda Sultan Selangor Mangkat



SHAH ALAM: Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, awal pagi Isnin.

Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam akibat barah.

Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.

Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. -BERNAMA

30 Jul 2012

Dua anak yatim Al-wadi maut



BALING - Dua penghuni Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-wadi maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 33.8 Kampung Binjul Luar kira-kira 12 tengah hari, kelmarin.

Ahmad Osman Nazir, 21, dari Kampung Seberang Ketil dan Mohd Aswad Azizan, 18, Kampung Seberang Pekan maut di tempat di kejadian setelah motosikal mereka bertembung dengan sebuah lori muatan tong gas.

Ketua Polis Daerah Baling, Supretendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke pertubuhan anak-anak yatim tersebut.

Menurutnya, penunggang motosikal terbabit dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga mengakibatkan pertembungan sebelum terbabas di bahu jalan.

"Penunggang motosikal, Ahmad Osman terpelanting dan terseret sejauh enam meter dari motosikalnya manakala rakannya  Mohd Aswad melambung dan terjatuh di dalam tali air berdekatan jalan itu.

"Penunggang terbabit  mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan paha manakala rakan mangsa dipercayai lemas di dalam tali air itu," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian 30 Jul 2012

Penyamun pelancong diberkas di Genting Highlands



KUANTAN - Polis memberkas seorang lelaki yang menyamun seorang pelancong wanita China di sebuah hotel di Genting Highlands, tengah malam semalam.

Polis turut menemui dadah pada badan suspek yang berumur 38 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di kawasan peranginan tanah tinggi tersebut.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata siasatan awal mendapati suspek turut memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan beserta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya Pindaan 1952, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes samun itu berlaku pada Jumaaat lepas apabila mangsa yang berumur 37 tahun didatangi suspek yang dikenalinya di pusat peranginan itu, di bilik penginapannya.
   
"Pada 4.30 pagi itu, pintu bilik mangsa diketuk dan ketika dibuka, suspek meluru masuk lalu menerkam mangsa sebelum mengikatnya dengan wayar pengecas telefon.

"Suspek kemudiannya bertindak menggeledah bilik mangsa sebelum melarikan tiga telefon bimbit dan wang tunai RM1,900. Kerugian keseluruhan yang dialami mangsa hampir RM5,000," katanya.

Noor Asyikin berkata polis kemudiannya melancarkan gerakan mengesan dan memburu suspek sebelum berjaya memberkasnya di sekitar kawasan berkenaan pada pukul 12.30 malam semalam.  - Bernama

30 Jul 2012

Budak hidap tujuh penyakit perlu bantuan



Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menghidap tujuh jenis penyakit, memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli peralatan perubatan membabitkan kos RM22,600.

Aqil Harits Mohd Najib, anak juruteknik pendingin hawa, Mohd Najib Husain, dan suri rumah, Noriah Abdullah, disahkan menghidap lumpuh otak (cerebral palsy) sejak berusia sembilan bulan. Noriah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu lahir tidak cukup bulan dan diserang lumpuh otak selepas lambat mendapat rawatan demam kuning.

"Ketika berusia setahun pula, anak saya disahkan menghidap Laryngomalacia, iaitu masalah saluran pernafasan yang sempit sehingga dia terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk menyedut oksigen.

"Justeru, Aqil menjalani pembedahan 'tracheostomy' yang mana lehernya ditebuk dan dipasang tiub bagi memudahkan dia bernafas," katanya ketika hadir bersama suami dan anaknya itu di Balai Berita di sini, semalam.


Tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan

Selain itu, Aqil Harits juga menghidap penyakit gastro-esophageal reflux, epilepsi, central sleep apnea, insomnia dan pneumonia yang berulang, menyebabkannya tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan, sukar tidur, nafas sering terhenti ketika tidur dan mengalami radang paru-paru.

Noriah berkata, bagi menampung kos rawatan Aqil Harits yang mencecah RM3,000 sebulan, mereka hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang kurang RM2,000 sebulan, selain menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sumbangan zakat.

Untuk mengurus dan merawat Aqil Harits di rumah, mereka memerlukan lapan peralatan perubatan yang menelan perbelanjaan berjumlah RM22,600 di mana RM10,000 daripadanya sudah disumbangkan Garden International School.

Orang ramai yang ingin menderma baki RM12,600 diperlukan, boleh menyerahkan cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd serta menulis nama Aqil Harits Mohd Najib di belakang cek dan menghantarnya kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Berita Harian 30 Jul 2012

Padah niat tak baik



DUNGUN: Dua pemuda bukan saja gagal mencuri duit tabung masjid, malah mereka terpaksa bermalam di lokap apabila ditangkap penduduk kampung selepas dipercayai cuba mencuri duit tabung masjid Kampung Batu 7, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, kedua-dua suspek 20-an dari Kampung Pulau Serai, di sini, dikatakan menaiki sebuah motosikal memasuki kawasan masjid itu, kira-kira jam 1.20 pagi.

Sumber berkata, seorang daripada suspek dikatakan masuk ke dalam masjid, manakala rakannya menunggu di atas motosikal dan pergerakan kedua-dua suspek sebenarnya diperhatikan oleh dua pemuda kampung 20-an yang curiga dengan pergerakan dua lelaki terbabit ketika berada di kawasan masjid.

Menurutnya, sebaik meninggalkan kawasan masjid, kedua-dua suspek ditahan penduduk kampung sebelum cuba melarikan diri apabila disoal penduduk berkenaan sebelum ditahan.

“Penduduk kemudian menghubungi polis yang bergegas ke tempat kejadian sebelum membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut.

myMetro 30 Jul 2012

Kanak-kanak terselamat dalam kebakaran



KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terkurung di dalam sebuah bilik terselamat dalam kebakaran sebuah rumah apartmen di Taman Sepakat Indah, Sungai Chua, di sini, semalam.

Kanak-kanak itu dikatakan terkurung selepas pintu utama rumahnya tertutup dan terkunci dari dalam sebaik ibu dan adiknya melarikan diri.

Menurut ibu mangsa, S Prema, 32, ketika kejadian kira-kira jam 12.35 pagi itu, dia dan dua anaknya sedang tidur dalam sebuah bilik sebelum terhidu bau hangit kain terbakar.

“Sebaik terhidu bau berkenaan saya keluar memeriksa dan mendapati ruang tamu sudah dipenuhi asap tebal manakala kerusi sofa saya terbakar.

“Saya kemudian berlari semula ke dalam bilik untuk mendapatkan kedua-dua anak perempuan saya berusia tujuh bulan dan empat tahun sebelum membawa mereka keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Kajang.

Katanya, ketika dia sedang berusaha membuka pintu dan jeriji rumah, anak perempuannya yang berusia tujuh bulan menangis kerana sesak nafas.

“Malangnya, ketika saya keluar, anak sulung terkurung di dalam rumah dan tidak sempat keluar kerana pintu tertutup semula dan terkunci dari dalam,” katanya.

Dia yang gagal membuka pintu meminta bantuan jiran untuk memecah masuk dan memadamkan api serta menghubungi pasukan bomba.

Katanya, dia bersyukur anaknya masih terselamat dan sedang terbaring di dalam bilik tidur meskipun mengalami kecederaan dan melecur lebih 35 peratus sebaik pintu berjaya dibuka.

Difahamkan, anak sulung mangsa masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala anak bongsunya yang mengalami sesak nafas dirawat di Hospital Serdang.

Sementara itu, Bilik Gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Kajang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kejadian berlaku akibat litar pintas.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, api sudah terpadam sepenuhnya hasil bantuan penduduk apartmen berkenaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sinar Harian 30 Jul 2012

Biar anak didera mati di hospital


KUALA LUMPUR 1 Ogos 2012 - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Datuk Ku Chin Wah hari ini meminta orang ramai membantu mengenal pasti kanak-kanak berusia lingkungan 5-10 tahun yang mati didera semasa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini oleh seorang wanita. - Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.

“Ketika dibawa ke PPUKM, kanak-kanak terbabit yang tidak sedarkan diri ditempatkan di unit kecemasan untuk rawatan.

“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, beberapa kakitangan unit kecemasan PPUKM yang menyedari tindakan itu cuba mengejar mereka namun terlambat.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kanak-kanak itu mendapati mangsa didera ibu bapanya berikutan wujud kesan calar dan lebam di seluruh badannya.

Selepas disahkan meninggal dunia, doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki ibu bapa mangsa.

myMetro 30 Jul 2012


Police tracing family of dead toddler

KUALA LUMPUR (Aug 1, 2012): Police are looking for the family of a dead toddler, aged four, who is believed to be an abuse victim and abandoned at the University Malaya Medical Centre (PPUKM) on July 28.

Kuala Lumpur CID chief Datuk Ku Chin Wah said the victim was taken to PPUKM by a couple in a Proton Iswara Aeroback before they disappeared.

"The victim at that time was very weak and unconscious and he died soon after his arrival at the hospital," he told a press conference, here, today.

He said a port-mortem revealed the victim had internal injuries and bruises on the body.

"Until today, the identities of the pair is not known and police are investigating the case. Those with information on the case can contact the nearest police station," he said.

A newspaper reported recently about a husband-and-wife from Bandar Sri Permaisuri who abused their child until he became unconscious and abadnoned the child at PPUKM.

The report also mentioned that the male toddler, who was treated at the emergency unit could not be saved and was confirmed dead at 6.15am.

At the same press conference, Ku also reminded the public not to lodge false reports following a false report by a man who claimed to have lost RM300,070 on July 26.

The alleged victim claimed that four local males had aimed something like a pistol at him befor running off with three bags containing cash while he and a friend were at the traffic lights at the Kampung Pandan Roundabout," he said.

However, police investigations revealed the report to be false. Ku said police did not rule out the report was lodged by the suspect to settle his gambling debt of RM1.2 million. "We will lodge a report on the case and conduct an investigation," he said. – Bernama

2 Aug 2012

Lelaki londeh seluar di mahkamah disahkan tidak alami masalah mental



KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda yang melondehkan seluarnya di dalam kandang tertuduh di Mahkamah Majistret, baru-baru ini, sekali lagi dihadapkan ke mahkamah itu semalam.

Ini disebabkan laporan doktor mengesahkan dia tidak mengalami masalah mental setelah hampir dua bulan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru.

Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 26, berdepan dakwaan melakukan pecah rumah dan mencuri burung banji serta arnab milik Kedai Menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang 3, pada Mei lalu.

Keputusannya, Mohd Khairul Hamimi yang sebelum ini menggemparkan mahkamah dengan aksi separuh bogelnya itu telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai milik Lim Chew Siang, 41, dengan mencuri 50 ekor burung banji dan 45 ekor arnab dalam sangkar besi yang dianggarkan bernilai RM5,000 pada 22 Mei lalu, kira-kira jam 7 petang hingga 23 Mei lalu jam 8.55 pagi.

Mohd Khairul Hamimi yang berasal dari Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang, mengaku salah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Mohd Khairul Hamimi merayu mahkamah memberikannya hukuman denda sahaja kerana dia ingin menyambut hari raya bersama keluarga.

Berdasarkan fakta kes, kejadian disedari pemilik kedai berkenaan pada hari kejadian kira-kira jam 8.55 pagi selepas mendapati ada kesan potong pada jaring besi kedainya serta keadaan di dalam kedai berselerak.

Hasil pemeriksaan mendapati haiwan peliharaan telah lesap. Setelah yakin kedainya dipecah masuk, dia membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Susulan itu, Mohd Khairul Hamimi ditangkap pada jam 5 petang hari sama dan hasil soal siasat, dia mengaku telah menjual sangkar berisi arnab kepada seorang lelaki di rumahnya di Kampung Cherong Lanjut, manakala sangkar berisi burung dijualkan kepada seorang lelaki yang membuat kerja kontrak di Pulau Kambing, di sini.

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan laporan mengenainya yang dituduh mencuri di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, melondehkan seluarnya sejurus masuk ke dalam kandang tertuduh.

Perlakuan tertuduh yang separuh bogel itu telah membuatkan suasana mahkamah kecoh sebelum Majistret mengarahkan polis bertugas menggari tangannya sepanjang pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan majistret mengarahkan dia dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri.

Sinar Harian 30 Jul 2012

Mati sebelum berbuka puasa


SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.

Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo 30 Jul 2012


Kes mati mengejut

Kakitangan TV9 ditemui tidak sedarkan diri

Petaling Jaya: Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian kakitangan TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29, di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, malam kelmarin sebagai mati mengejut. Ditemui tak sedarkan diri

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata Nur Syaleza, ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah, dalam salah sebuah bilik di kediaman pasangan itu jam 7 malam.

“Suaminya kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan wanita itu dikejarkan ke Hopsital Sungai Buloh (HSB) sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya semalam.

Polis sudah merakam percakapan dari suaminya selain keterangan beberapa saksi termasuk jiran mangsa.

Bapanya, Jaffar Bakri, 60, yang ditemui di bilik mayat HSB berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian jam 9.30 malam sebelum bergegas ke hospital berkenaan dari Segamat, Johor.

“Nur Syaleza ada menghubungi saya Jumaat lalu dan kami berbual seperti biasa dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.

Kali terakhir bertemu anak keduanya itu ketika dia pulang ke kampung bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sebulan yang lalu namun tidak melihat sesuatu yang mencurigakan.

Sementara itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau menghubungi Rakan Cop Polis Selangor, talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.

Berita Harian 30 Jul 2012


Eksekutif Wanita TV9 Ditemui Mati

PETALING JAYA: Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling, Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.

"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. BERNAMA

30 Jul 2012


'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati

PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas  panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

Sinar Harian 30 Jul 2012


Polis sahkan eksekutif stesen TV mati dijerut

SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

30 Jul 2012


Suami didakwa bunuh eksektutif TV9

Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.

PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.

Akhbar sebelum ini melaporkan  seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama

10 Ogos 2012


Pernah lukakan tangan

Shah Alam: Pendiam, suka menyendiri dan lebih gemar menghabiskan masa bersama anak. Itu antara perubahan sikap Eksekutif Pentadbiran TV9 selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita sekitar 2009.

Perkara itu didedahkan Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, juga tertuduh dalam kes pembunuhan isterinya, Nur Syaleza Jaffar ketika disoal peguam bela, Shah Rizal Abdul Manan yang mewakilinya.

Norazman yang juga seorang eksekutif teknologi maklumat di syarikat gas dan minyak berkata, kisah hubungan sulit bersama rakan sekerja itu diketahui selepas wanita terbabit berhubung dengan isterinya melalui Facebook (FB) menggunakan identiti berbeza.

“Ketika mengetahui perkara itu (hubungan sulit), isteri sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki kami. Selepas mendapat tahu, dia mula berubah sikap, kami sering bertengkar dan isteri pernah mencederakan diri sendiri dengan melukakan tangan dan betis.

“Saya tidak membuat laporan polis mengenai kejadian dia mencederakan dirinya sendiri atas permintaan isteri selain saya tidak mahu masalah rumah tangga kami diketahui orang lain,” katanya ketika memberi keterangan pada hari pertama prosiding pembelaan di Mahkamah Tinggi, semalam.

myMetro 28 Mac 2015


Suami bebas tali gantung

Shah Alam: “Kemurungan dialami Nur Syaleza tidak dapat dibendung lagi. Lantas jalan pilihan diambil Nur Syaleza menamatkan kehidupannya lebih awal lagi dengan menggantung diri .

“Saya ingin mengingatkan, jagalah hati isteri masing-masing. Penyesalan jika ada pada Norazman tidak mengembalikan satu kehidupan,” itu kata Hakim Datuk Abdul Halim Aman ketika membacakan penghakiman kes pembunuhan Eksekutif Pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaffar, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Semalam, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, atas tuduhan membunuh isterinya tiga tahun lalu selepas pembelaan berjaya membangkitkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Sejurus keputusan dibacakan Abdul Halim, suasana di galeri awam menjadi hiba apabila ibu Norazman serta-merta melakukan sujud syukur atas pembebasan anaknya itu manakala keluarga Nur Syaleza kelihatan sugul sebaik mendengar keputusan itu.

Abdul Halim berkata, kecurangan dilakukan Norazman bersama seorang wanita lain menyebabkan rumah tangga mereka bermasalah dan Nur Syaleza bertukar sikap menjadi seorang yang murung dan ia diakui rakan sekerja dan ahli keluarga Nur Syaleza.

Menurutnya, Norazman punca kejadian yang menyebabkan Nur Syaleza mengambil keputusan menamatkan hidupnya dengan menggantung diri.

“Pendakwaan khususnya ketika penyiasatan dijalankan tidak dibuat secara terperinci dan kemas. Pegawai penyiasat gagal menyiasat isu kemurungan walaupun telefon bimbit Nur Syaleza dan tertuduh dirampas. Ini menimbulkan keraguan yang tiada jawapan,” katanya.

Norazman dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

myMetro 29 Mei 2015