January 1, 2013

Askar tak mengaku cabul gadis 12 tahun


MELAKA: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak pada September tahun lalu.

Tertuduh, Norazhar Nazar, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pertuduhan pertama, Norazhar didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dengan mencium pipi dan lehernya dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di ruang tamu sebuah rumah di Taman Desa Tun Razak, Sungai Udang pada jam 12.30 tengah malam, 1 September 2012.

Pertuduhan kedua, Norazhar didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan meraba buah dada dan menyuruh mangsa memegang kemaluan tertuduh dengan niat mencabul kehormatannya di dalam sebuah bilik di lokasi sama pada jam 5 pagi 5 September 2012.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semua dan lantikan peguam.

myMetro 1 Jan 2013

0 comments:

Post a Comment