September 22, 2012

Syarikat katering diperintahkan bayar RM2,300 kepada pelanggan


KOTA KINABALU: Seorang kakitangan kerajaan menang dalam satu kes tuntutan ganti rugi terhadap sebuah syarikat katering yang menyediakan makanan untuk sebuah majlis perkahwinan ahli keluarganya.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna, Datuk Dr Lawrence S.H. Thien telah memerintahkan Syarikat Yan Yan Trading supaya membayar RM2,300 kepada Mohd Syazril Amli Abd Karim selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak.

Thien berkata syarikat tersebut adalah bertanggungjawab di atas kerugian yang disebabkan perkhidmatan yang tidak memuaskan untuk majlis tersebut.

Mohd Syazril, 27, berkata keluarganya merasa tertipu dengan promosi makanan syarikat tersebut yang telah diadakan di sebuah dewan di Wisma Pertanian pada 5 Mei tahun ini untuk majlis perkahwinan ahli keluarganya.

Beliau berkata yang keluarganya telah menempah 6 jenis hidangan untuk 500 tetamu tetapi pada hari majlis itu berlangsung hanya 3 jenis hidangan sahaja yang telah disediakan.

Beliau berkata yang mereka telah membayar RM5,030 sebagai pendahuluan dari jumlah RM10,450 kepada syarikat tersebut dan enggan membayar bakinya kerana merasa tertipu.

"Semasa majlis tersebut berlangsung, makanan tidak cukup sehingga memaksa kami membeli makanan dari luar," katanya.

"Peristiwa ini amat memalukan kerana pakej makanan telah dipersetujui sebelum itu," katanya dengan menambah yang keluarganya kemudian membuat keputusan untuk membawa perkara ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

Syarikat katering tersebut pula menafikan yang mereka cuai dalam menyediakan perkhidmatan tersebut dan mengatakan yang makanan tidak cukup kerana jumlah tetamu yang datang adalah melebihi dari yang dianggarkan.

Walau bagaimanapun, Thien telah memerintahkan respondens supaya membayar keluarga Mohd Syazril RM2,300 dalam masa 14 hari.

 A civil servant was yesterday awarded RM2,300 in compensation for poor catering services provided at her family’s wedding reception.

Sumber The Borneo Post 20 Sep 2012

0 comments:

Post a Comment