June 17, 2012

Pemandu maut, seorang parah, 4 cedera dalam kemalangan


Maut rempuh pembahagi jalan


SLIM - Seorang maut, seorang cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 377.9 Lebuhraya Utara- Selatan, di sini, kira-kira jam 7.15   pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kesemua mangsa dipercayai dari Kuala Lumpur menuju ke Teluk Intan.

“Setiba di tempat kejadian, kereta jenis Proton Perdana yang dipandu mangsa, P Loganathan, 31, gagal dikawal lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Akibat kejadian itu kereta tersebut remuk teruk dan mangsa maut di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Othman berkata, mangsa berasal daripada Teluk Intan maut di tempat kejadian selepas mengalami  kecederaan teruk di kepala.

"Sementara itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah dikenali sebagai, P Nawaras, 22, yang juga penumpang hadapan, patah tangan kanan akibat kemalangan itu.

"Ketiga-tiga penumpang di bahagian belakang adalah wanita  berusia di antara 25 hingga 16 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

"Mayat mangsa dituntut oleh ahli keluarganya pada jam 12.30 tengah hari tadi (semalam)," katanya.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan  bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


17 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment