June 18, 2012

Maut diseret 100 meter


PORT DICKSON – Seorang lelaki maut selepas diseret sejauh hampir 100 meter dalam satu kejadian langgar lari awal pagi semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi di Kilometer 10.5 Lebuhraya Port Dickson-Seremban dan mangsa, Subramaniam, 35, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badannya.

Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang motosikal bersendirian sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju dari arah belakang sebelum diseret.

Pemandu kereta yang melanggar mangsa melarikan diri dan di lokasi  kejadian turut ditemui beberapa serpihan kereta terbabit. Polis akan menjalankan siasatan berkenaan kejadian tersebut.

Kejadian tersebut disedari rakannya yang menunggang sebuah motosikal lain dan membuat laporan polis.

Mayat kemudian  dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja’afar untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian 18 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment