June 21, 2012

Disangkakan binatang liar, remaja ditembak


SIBU: Seorang pelajar politeknik nyaris maut apabila ditembak oleh seorang pemburu yang menyangkakan mangsa adalah seekor binatang liar.

Kejadian malang itu berlaku berhampiran Sungai Batu Licau Pasai pada Isnin malam.

Pada hari kejadian, mangsa dan dua orang rakannya pergi memancing di sebuah sungai yang berdekatan dengan kediaman mereka pada tengah harinya.

Sekitar pukul 10.30 malam, mangsa dan rakan-rakannya berhasrat untuk pulang apabila mereka terdengar seseorang melaung bertanya "Siapa tu?" sebelum disusuli dengan satu tembakan.

Tembakan tersebut mengenai lutut kiri beliau.

Dalam keadaan cedera, mangsa dan rakan-rakannya cuba mencari pemburu tersebut tetapi penembak berkenaan telah pun melarikan diri.

Sebelum itu, mereka ternampak suluhan lampu dari arah tembakan itu dilepaskan.

Mangsa dihantar ke Hospital Sibu oleh keluarganya pada tengah malam.

Keadaannya dikatakan stabil setelah dibedah untuk mengeluarkan peluru dari lutut kirinya semalam.

Sumber The Borneo Post 20 Jun 2012


0 comments:

Post a Comment