April 27, 2012

3 beradik didera guna kayu hoki


JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang suami isteri rakyat Singapura dua hari lepas kerana dipercayai mendera tiga anak mereka di Kampung Melayu, Gelang Patah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, bapa kandung dan ibu tiri yang berumur 40 dan 39 tahun itu ditahan pukul 2 petang di rumah mereka di kampung tersebut selepas polis menerima laporan mengenai jenayah berkenaan pada pukul 11 pagi pada hari yang sama.

“Laporan polis dibuat oleh mangsa, seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dengan ditemani guru sekolahnya. Turut dipercayai menjadi mangsa dera itu adalah seorang adik perempuannya yang berumur 12 tahun dan adik lelaki berumur lapan tahun,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.

Menurut beliau, mengikut keterangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah itu, ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah berkenaan bersama ayah kandung dan ibu tiri yang kedua-duanya merupakan guru muzik sejak tahun 2007.

Kosmo 27 Apr 2012



Tiga beradik mangsa dera

NUSAJAYA: Sepasang suami isteri yang juga guru muzik tinggal di Gelang Patah di sini, sanggup memukul tiga anak mereka dengan kayu hoki selain membotakkan kepala dua anak perempuan kononnya akibat kenakalan tiga beradik berkenaan, sejak hampir dua tahun lalu.

Akibatnya, tiga beradik berusia 8, 10 dan 15 tahun itu bukan setakat cedera di beberapa bahagian badan, malah trauma dengan hukuman dikenakan bapa serta ibu berasal dari Singapura itu.

Difahamkan, ketiga-tiga beradik itu menjadi mangsa bapa kandung berusia 40 tahun dan ibu tiri, 39, sejak hampir dua tahun iaitu selepas lelaki terbabit bercerai dengan isterinya.

Malah, dalam tempoh itu, tiga beradik itu mendakwa mereka tidak dibenarkan bertemu ibu kandung yang tinggal di daerah lain dalam negeri ini.

Perbuatan pasangan suami isteri terbabit terbongkar apabila anak sulung keluarga itu menceritakan kejadian menimpa mereka tiga beradik kepada guru sekolahnya yang kemudian membuat laporan polis.

myMetro 27 Apr 2012

0 comments:

Post a Comment