January 17, 2012

Buka mata nampak perompak

RUMAH empat beranak di Kampung Melayu Sungai Sering, Ukay Perdana yang diceroboh perompak semalam. Gambar kecil, Noor Masaida menunjukkan kesan umpil pada tingkap di bilik air.

KUALA LUMPUR - Empat hari selepas rumah pengacara, Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa dimasuki pencuri, empat beranak yang tinggal di Kampung Melayu Sungai Sering, Ukay Perdana di sini pula mengalami kejadian sama semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, tiga suspek mengacu senjata ke arah empat mangsa yang terdiri daripada seorang wanita warga emas dan tiga orang anaknya yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun.

Ketika kejadian, tiga suspek disyaki masuk ke dalam rumah mangsa dengan mengumpil tingkap dapur menggunakan pemutar skru manakala seorang lagi rakannya menunggu di luar rumah.

Mangsa, Noor Masaida Ariffin, 21, ketika ditemui berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki penjenayah apabila tiga suspek bertopeng itu mengejutkan dia yang sedang tidur di ruang tamu dan mengacu pisau ke arahnya.

Tiga suspek yang membawa pemutar skru turut mengugut Noor Masaida supaya tidak menjerit.

"Saya yang nampak perompak terus menjerit meminta tolong sebelum menendang seorang daripada suspek itu," katanya yang memberitahu mulut dan kedua-dua tangannya turut ditutup menggunakan kain.

Kosmo
17 Jan 2012

0 comments:

Post a Comment