January 17, 2012

Ajal imam dalam Sungai Baru

KU MUSTAFFA yang tidak sedarkan diri berjaya diangkat ke tebing Sungai Baru.

ALOR SETAR - Misteri atau sudah takdir? Dua bulan lalu, seorang imam terselamat apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Baru di Kuala Sungai di sini, namun kejadian serupa kelmarin tidak lagi menyebelahi warga emas itu apabila dia terkorban.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 malam, Ku Mustaffa Ku Shaari, 72, maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa terjunam ke dalam Sungai Baru.

Tragedi meragut nyawa Ku Mustaffa berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dan kereta sama yang dipandu mangsa pernah terjatuh ke dalam sungai itu.

Dalam kejadian dua bulan lalu, kereta dipandu Ku Mustaffa terjatuh ke dalam sungai itu ketika mangsa mengundur kenderaannya selepas selesai menikahkan pasangan pengantin di Masjid Sungai Baru tidak jauh dari situ.

Kosmo
17 Jan 2012

0 comments:

Post a Comment