August 4, 2011

Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.

Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.

Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.

Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.

“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan.

“Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.

“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.

Berita Harian
4 Ogos 2011


Anak diliwat pelajar tahfiz

SUNGAI PETANI – Mengarut dan jiwa setan. Demikian luahan seorang bapa mangsa buli dan liwat terhadap pentadbiran sebuah sekolah agama di daerah Baling yang mendiamkan perbuatan terkutuk pelajarnya.

Bapa murid malang itu berkata, anak lelakinya yang berusia sembilan tahun bukan sahaja dipukul, didera dan dibelasah oleh tiga pelajar ‘senior’ sekolah terbabit namun turut diliwat setiap hari dalam masa sebulan lebih.

Katanya, niatnya menghantar anak ketiga daripada lima beradik itu ke sekolah agama terbabit bertujuan untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya sebak dengan kejadian yang menimpa anak saya ini kerana tindakan tiga pelajar berusia 12 tahun mendera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan pelbagai cara adalah tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul walaupun difahamkan pihak sekolah terdapat kesan lebam disebabkan alahan tetapi sebaik sahaja disahkan doktor, saya mula rasa tak sedap hati,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada 20 Jun lalu, dia mendaftarkan anaknya ke sekolah terbabit dan kesemua murid perlu melalui minggu orientasi selama 40 hari tanpa dibenarkan pulang atau berjumpa waris.

“Namun apabila tiba hari perjumpaan 30 Julai lalu, saya terkejut mendapati separuh mukanya lebam dan bengkak termasuk di bahagian tangan dan kaki selain telinga menjadi hitam, dan darah keluar melalui hidungnya membuatkan saya terus membawanya ke hospital,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu, anaknya menjadi pendiam, lemah, mengalami muntah dan trauma sehingga ke hari ini.

“Apabila dipujuk baru diceritakan bahawa dia pernah dipukul di bahagian belakang sampai patah kerusi, diterajang, dicekik, disuruh telan tulang cencaru, dipaksa makan nasi dengan banyak dan kemudian ditampar pipi, dan paling teruk dia pernah diliwat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusan asrama namun mereka disarankan agar tidak membuat laporan polis dan cuba selesaikan secara aman.

Katanya, beliau sendiri pengsan sebaik sahaja mengetahui berita itu dan menjelaskan kepercayaannya kepada sekolah berkenaan sudah tiada.

Selain beliau, seorang lagi bapa turut mendedahkan kejadian serupa juga berlaku ke atas anak lelaki kembarnya yang berusia lapan tahun. Mereka juga didera dan dipukul pelajar senior sekolah yang sama.

Kedua-dua bapa mangsa ditemui wakil Sinar Harian di rumah saudara mangsa pertama di Sungai Petani.

“Saya mula menyedari bahawa kedua-dua anak dipukul sebaik sahaja pihak pengurusan sekolah menghubungi ibu bapa bertanyakan sama ada mereka menghidap penyakit alahan selepas tiga minggu mendaftarkan mereka.

“Namun keesokan harinya, pihak sekolah ada menghubungi semula untuk memaklumkan bahawa kedua-duanya akan dibawa menjalani rawatan akibat penyakit tersebut,” katanya.

Beliau berkata, dia segera ke sekolah bagi melihat sendiri penyakit alahan kerana dihubungi kali ketiga oleh pihak sekolah supaya mengambil mereka berdua akibat penyakit berlanjutan.

“Saya juga terkejut apabila doktor mengesahkan kesan lebam di mata kedua-dua anak adalah akibat dipukul,” katanya yang terus membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian berkenaan.

Menurutnya, anaknya pernah dikurung dalam almari sehingga berpeluh, dipukul dengan batang paip, ditampar di bahagian muka dan turut mengalami kesan lebam serta hidung berdarah.

Mangsa yang liwat menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala pasangan kembar dirawat di Hospital Kulim. Masing-masing menjalani rawatan selama tiga hari.

Beliau berkata, sebagai ibu bapa mereka meminta pihak berkuasa membuat siasatan terperinci ke atas perkara tersebut secepat mungkin dan tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas tiga murid terlibat serta pengurusan sekolah yang membiarkan perkara itu berlarutan.

“Kami juga akan membawa perkara ini ke mahkamah supaya pengadilan sewajarnya diterima pihak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

Menurutnya, tiga murid yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 377 (a) bagi siasatan lanjut.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian mendapatkan reaksi pihak sekolah gagal apabila panggilan tidak berjawab.

Sinar Harian
4 Ogos 2011


3 murid sekolah tahfiz ditahan

SUNGAI PETANI 4 Ogos – Polis menahan tiga murid sekolah maahad tahfiz berusia 12 tahun selepas didakwa terlibat melakukan aktiviti luar tabii terhadap pelajar baru di asrama sekolah terbabit di Kuala Pegang, Baling dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan berkata, suspek yang merupakan pelajar senior sekolah itu ditahan di rumah masing-masing sekitar Baling, semalam.

“Siasatan kes itu dilakukan di bawah Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Polis akan mengambil keterangan mangsa-mangsa dan juga pengurusan sekolah terlibat bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, seorang murid tahfiz berusia sembilan tahun terlantar di hospital sejak beberapa hari lalu dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh murid senior berusia 12 tahun mereka di sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kuala Pegang, Baling.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa terbabit mengikuti sesi orientasi dan suai kenal selama 40 hari bermula Jun lalu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa kepada tiga daripada mangsa terlibat membuat laporan di Balai Polis Baling pada 30 Julai lalu.

Mat Daud berkata, kesemua suspek itu kini dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan.

“Polis akan menjalankan siasatan lengkap termasuk mengenal pasti kemungkinan terdapat mangsa lain dalam kes berkenaan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan media supaya tidak mensensasikan laporan kes itu memandangkan ia melibatkan pesalah juvenil.

Sementara itu, seorang murid yang ditemui pemberita memberitahu, kejadian tersebut berlaku kira-kira dua minggu selepas mereka mendaftar sesi orientasi pada 26 Jun lalu.

Katanya, semasa berada di asrama, dia dan dua lagi rakan masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun, tidur di asrama sekolah berkenaan.

“Kami ditangkap oleh tiga senior dan dipaksa tidur meniarap. Saya tidak dapat bertindak kerana badan ditindih dari belakang,” katanya.

Murid itu berkata, dia dan rakan-rakan tidak berani melaporkan kejadian itu kerana diugut selain dipukul oleh suspek.

Utusan
5 Ogos 2011


Siasat terperinci kes murid diliwat

SUNGAI PETANI 4 Ogos - UMNO Bahagian Baling mendesak Kementerian Pelajaran dan polis menjalankan siasatan rapi ke atas kes sekumpulan murid sekolah maahad tahfiz yang dipercayai diliwat dan dipukul oleh senior mereka dalam kejadian di Kuala Pegang, Baling dekat sini, baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim berkata, kes berkenaan dianggap amat serius memandangkan ia melibatkan pelaku dan mangsa di kalangan murid sekolah rendah.

Menurut beliau, kejadian tersebut juga jelas merosakkan imej pusat pengajian berkaitan agama yang banyak terdapat di daerah Baling.

"Kita berharap polis dapat menyiasat dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan meskipun melibatkan pelaku di bawah umur. Perkara sebegini tidak patut berlaku di kawasan sekolah lebih-lebih lagi sekolah agama yang diharap mampu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang soleh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga murid termasuk satu pasangan kembar yang menjadi mangsa liwat dan buli di Bandar Puteri Jaya di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, seorang murid tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak beberapa hari lalu dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh murid senior berusia 12 tahun di sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kampung Lanai, Kuala Pegang, Baling.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa terbabit mengikuti sesi orientasi dan suai kenal selama 40 hari bermula Jun lalu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa kepada tiga daripada mangsa terlibat membuat laporan di Balai Polis Baling pada 30 Julai lalu.

Abdul Azeez berkata, berdasarkan maklumat daripada beberapa waris, pihak sekolah juga dikesan cuba menutup kes tersebut dengan meminta mereka menyelesaikan secara dalaman kerana khuatir ia diketahui umum.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Baling turut meminta kementerian menjalankan siasatan berhubung status sekolah berkenaan yang dikatakan meragukan.

Utusan
5 Ogos 2011


Kencing dalam mulut

SUNGAI PETANI: “Depa (tiga pelajar senior) melakukan seks bahagian belakang menyebabkan saya berasa sakit dan mahu menjerit, tetapi depa tutup mulut saya dengan tangan, selain diberi amaran tidak melaporkan kejadian kepada ibu bapa.”

Begitu kata murid yang mahu dikenali sebagai Din, sembilan tahun, dipercayai menjadi mangsa liwat tiga pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz di Baling, dekat sini, pada bulan lalu.

Kejadian berlaku pada minggu kedua selepas mangsa memasuki sekolah itu pada 20 Jun lalu, namun kejadian terbabit hanya diketahui ibu bapanya ketika dijemput selepas sesi orientasi selama 40 hari pada 30 Julai lalu berikutan terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

Din mendakwa dia bukan sahaja diliwat berulang kali oleh tiga pelajar berusia 12 tahun terbabit, malah dipukul dengan pelbagai objek selain diugut tidak menceritakan segala kejadian kepada sesiapa.

Menurutnya, perbuatan terbabit dilakukan tiga pelajar itu setiap hari, adakalanya pada waktu tengah hari, tetapi lebih kerap pada malam sama ada dalam bilik asrama, bilik air, surau dan tandas.

“Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 malam walaupun saya sedang tidur dalam bilik, tetapi mereka mengejutkan saya dan meliwat berulang kali. Saya hanya menangis kerana amat sakit.

“Saya tak boleh menjerit kerana mereka menutup mulut. Perbuatan itu berlaku beberapa minit sahaja dan sebelum keluar, mereka memberi amaran dan mengugut akan melakukan perbuatan lebih teruk jika diketahui orang lain,” katanya.

Selain diliwat, dia mendakwa dipukul dengan pelbagai objek antaranya kayu, kerusi, besi, penyangkut baju, getah paip serta ditumbuk, malah ketiga-tiga pelajar itu membuang air kencing ke dalam mulutnya.

Menurut Din, dia dan murid lain tidak mampu melawan kerana takut dengan tiga pelajar terbabit.

“Kejadian liwat dan dera berlaku berulang kali, namun saya tidak berani melaporkan kepada pengurusan sekolah kerana takut dipukul. Sebelum itu saya pernah dipukul dengan batang paip plastik kerana enggan bercakap akibat dipaksa makan tulang ikan oleh tiga pelajar itu.

“Pada mulanya, saya mahu memberitahu kejadian kepada ayah yang datang pada 25 Julai lalu, namun terpaksa berdiam diri dan memberitahu saya sihat kerana diberi amaran oleh pelajar itu dan pengurusan.

“Namun, saya lega apabila ayah datang pada 30 Julai lalu dan membawa saya keluar dari tahfiz itu sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan perubatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Johari Pak Zain, 44, berkata kejadian menimpa anaknya disedari ketika datang ke tahfiz berkenaan pada 25 Julai lalu selepas rakannya membuat laporan polis berhubung kecederaan yang berlaku terhadap anak kembarnya.

Menurutnya, pada mulanya dia terkejut melihat ada kesan lebam dan kecederaan pada muka dan telinga anaknya, lalu bertanya kepada pengurusan tahfiz itu, namun diberitahu Din mungkin mengalami alahan manakala cedera di telinga akibat bermain.

“Saya cuba bertanya kepada anak, namun memberitahu dia sihat dan tidak ada apa yang berlaku. Saya akur penjelasan daripada pengurusan sekolah lalu pulang.

“Tetapi, saya terkejut apabila mendapati ada kesan lebam pada tubuh anaknya apabila kembali melawatnya pada 30 Julai lalu. Justeru, saya kini akan membuat laporan polis lagi terhadap pengurusan tahfiz berkenaan untuk tindakan,” katanya.

myMetro
5 Ogos 2011


Mangsa trauma, muntah darah

SUNGAI PETANI – Mangsa liwat berusia sembilan tahun yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini masih berada dalam keadaan trauma dan mengalami muntah berdarah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani awal pagi semalam.

Ibu saudara mangsa berkata, keadaan mangsa kembali lemah sebelum dilaporkan ceria kelmarin dan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sejak malam kelmarin, dia mengalami muntah. Apabila saya lihat dia muntah darah, ia menyebabkan saya meminta kedua ibu bapa mangsa membawanya ke hospital kira-kira jam 6 pagi,” katanya.

Menurutnya, doktor menasihatkan keluarga perlu lebih prihatin dengan keadaan kesihatan mangsa kerana sekiranya mengalami beberapa alahan lain, mereka diminta membawa mangsa menerima rawatan secepat mungkin.

Bagaimanapun, keadaan mangsa dilaporkan tidak bermaya apabila tidak mampu memberikan respons apabila wartawan bertanyakan soalan.

Difahamkan, keluarga mangsa kembali ke sekolah agama terbabit semalam bagi mengambil semula beg pakaian dan semua peralatan persekolahan milik abang mangsa yang turut ditempatkan di sekolah sama, namun cawangan berbeza.

Menurutnya, sehingga kini tiada maklum balas yang diterima oleh pihak pengurusan sekolah sejak perkara berkenaan tersebar.

Bagaimanapun, keluarga mangsa masih berharap tindakan sewajarnya dapat diambil setelah apa yang berlaku ke atas anak mereka.

Sinar Harian
6 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment