2MM

TERIMA KASIH

Kepala kereta api terbakar, 600 penumpang terkandas

Pasukan bomba membuat pemeriksaan kebakaran pada gerabak bahagian enjin keretapi di Segambut, Kuala Lumpur. 2 Dis. 2011. - Utusan/RASHID MAHFOF

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kira-kira 600 penumpang terkandas apabila kepala kereta api Senandung Langkawi yang dalam perjalanan ke Hadyai terbakar dalam kejadian berdekatan bulatan Segambut di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 9.35 malam sebelum menghantar empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Balai Bomba Pusat berserta 30 anggota ke tempat kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api Senandung Langkawi yang berlepas dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Hadyai kira-kira 9.15 malam.

"Kebakaran melibatkan bahagian hadapan kepala kereta api itu yang sedang menarik 12 gerabak. Tiga gerabak akan ke Hadyai dan sembilan lagi ke Padang Besar.

"Dalam masa setengah jam kita dapat padam kebakaran sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Azizan berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kereta api yang turut dinaiki 30 warga asing itu. - Bernama

2 Jan 2011

No comments:

Post a Comment