December 21, 2010

Kemalangan ngeri bas ekspres di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands - 27 maut


IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.

Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.

“Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.

Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.

“Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.

Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.

“Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.

“Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

“Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.

“Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya.

REMUK...keadaan bas yang terbabit dalam nahas ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.


BANTU...pasukan penyelamat merawat mangsa yang cedera di tempat kejadian, semalam.


ANGKAT...anggota Jabatan Pertahanan Awam membawa keluar mayat mangsa daripada bas terbabit.

RAWAT...seorang mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

TINJAU...Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha (kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan (dua dari kiri) melawat tempat kejadian.

LANGGAR...batu pembahagi jalan pecah akibat dilanggar bas pesiaran.


myMetro
21 Dis 2010


'Sangat laju, bergoyang'

IPOH: “Bas itu bergerak sangat laju dan bergoyang-goyang menyebabkan saya yang pada mulanya rasa mengantuk sukar melelapkan mata kerana takut,” kata seorang penumpang yang terselamat dalam kemalangan yang meragut 27 nyawa di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, dekat sini, semalam.

Lelaki warga Thailand itu yang yang hanya dikenali It Lok berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mampu menjerit apabila bas dinaikinya terbalik sebelum terhumban ke dalam longkang.

Dia yang ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hanya mampu bertutur dalam bahasa Thailand dan lebih banyak menggunakan bahasa isyarat ketika ditemubual kerana tidak memahami bahasa Inggeris.

Ditanya sama ada dia serik untuk ke Cameron Highlands selepas kejadian itu, It Lok menggelengkan kepala dengan menunjukkan isyarat tidak mahu.

Dia yang cedera di bahagian badan dan kedua-dua tapak kaki masih trauma dengan kejadian itu dan sesekali kelihatan termenung memandang siling selain enggan bercakap banyak.

It Lok turut terkejut dan sedih apabila ditunjukkan dengan tangan angka 27 iaitu jumlah mangsa yang mati dalam kemalangan ngeri itu.

Sementara itu, kehadiran misteri sekawan burung gagak yang muncul tiba-tiba sebaik bas persiaran yang membawa 35 pelancong Thailand tiba di hotel penginapan mereka di Cameron Highlands kelmarin, kini menjadi bahan bualan di kalangan penduduk tempatan termasuk kakitangan hotel berkenaan.

Ia berikutan kumpulan gagak berkenaan turut dilihat beredar pada masa sama bas membawa pelancong terbabit beredar selepas menginap semalaman di hotel itu dan tidak lagi kelihatan sebelum berita mengenai kemalangan mengorbankan 27 penumpang bas itu diketahui penduduk di Cameron Highlands.

“Kehadiran kawanan gagak itu yang seperti mengiringi ketibaan dan kepulangan bas yang membawa pelancong berkenaan seolah-olah membawa petanda mala petaka akan berlaku.

“Namun ia bukan perkara elok untuk diperkatakan lebih lanjut bagi menjaga aib mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri itu,” kata seorang penduduk berhampiran hotel penginapan pelancong terbabit yang hanya mahu dikenali Sham, 30.

myMetro
21 Dis 2010


22 maut serta-merta

IPOH: Dua puluh dua penumpang bas yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam mati di tempat kejadian manakala lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas dan pemandu pelancong manakala 10 lagi cedera parah.

Pada awal kejadian, keadaan di lokasi begitu mengerikan apabila lebih 10 mayat dilihat bergelimpangan atas jalan raya dan dalam longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam bas yang terbalik.

Kedua-dua tayar depan bas berkenaan tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan manakala bumbungnya pula ranap sama sekali dengan beberapa barangan milik penumpang turut tercampak keluar.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata dua daripada 27 pemandu bas dan pemandu pelancong warga tempatan yang terbunuh ialah pekerja syarikat Murni Travel & Tours iaitu Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis dan Soontorn a/l Kian, 38, yang berketurunan Siam.

“Bas persiaran dua tingkat yang terbabit dalam kemalangan itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Beliau berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu laju menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

“Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang di tepi lebuh raya.

“Ada antara penumpang tercampak dan tersepit di tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

myMetro
21 Dis 2010


Suara makin perlahan

IPOH: “Sayu hati saya dan rakan setugas sejurus tiba di lokasi kejadian apabila mendengar beberapa mangsa yang tersepit mengerang kesakitan dan suara mereka semakin perlahan sebelum keadaan menjadi sunyi.

“Lebih menyayat hati apabila beberapa mangsa lain bergelimpangan di atas jalan selain ada yang terhumban dalam longkang.

“Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan parah seperti patah anggota badan dan pecah kepala dengan serpihan otak serta daging bertaburan atas jalan,” kata Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminuddin Abdul Rahim.

Beliau bersama 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh antara pasukan penyelamat terawal tiba di lokasi kemalangan bas yang mengorbankan 27 nyawa berhampiran Kampung Juang, Simpang Pulai, dekat sini, semalam.

Menurut Ahmad Aminuddin, pasukannya yang tiba di tempat kejadian jam 12.10 tengah hari, turut terkejut melihat keadaan kemalangan yang disifatkan antara paling teruk pernah dilihatnya.

“Keadaan mangsa yang bergelimpangan atas jalan dan terhumban dalam longkang begitu teruk kerana ada antara mereka yang pecah kepala.

“Namun kami terpaksa mengetepikan perasaan sedih demi melaksanakan tanggungjawab dan fokus terhadap usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam bas terlebih dulu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Seramai 52 anggota membabitkan 14 dari Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, (18) Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng (enam). Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai (14) terbabit dalam operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Yahaya Madis berkata, pihaknya terpaksa menggunakan alat hidraulik dan mesin pemotong serta sebuah kren bagi kerja mengeluarkan mangsa.

“Kebanyakan mangsa yang tercampak atas jalan dan terhumban dalam longkang mengalami kecederaan parah di kepala serta semua mangsa dalam keadaan tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Mangsa pertama yang cedera dikeluarkan jam 12.13 tengah hari manakala mangsa terakhir jam 2.55 petang,” katanya.

myMetro
21 Dis 2010


Pemandu Bas Yang Maut Sempat Bawa Keluarga Melancong Ke Thailand

KANGAR: Omar Shahidan, 48, pemandu bas persiaran yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Isnin, sempat melancong ke Haadyai, Thailand bersama isteri dan tiga anaknya baru-baru ini.

Selepas pulang dari Thailand, Allahyarham meneruskan tugasnya membawa sekumpulan pelancong negara gajah putih itu ke Cameron Highlands, namun keluarganya dikejutkan pula dengan nahas ngeri membabitkan bas persiaran yang dipandu beliau.

Sepupu Allahyarham, Julie Mahmud, 33, berkata selepas gagal menghubungi dua telefon bimbit Omar, beliau menelefon syarikat bas itu di Jitra, Kedah pada kira-kira 3.30 petang yang mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan bas miliknya.

Omar, 48, kemudian disahkan terbunuh bersama 26 yang lain termasuk seorang pemandu pelancong berketurunan Siam dalam kejadian 11.40 pagi itu.

Julie berkata, Omar yang baru tiga bulan memandu bas persiaran dua tingkat itu dijadualkan pulang ke rumahnya di Behor Empiang dekat sini, esok.

Beliau berkata anggota keluarga terdekat Allahyarham bergegas ke Ipoh sebaik mendapat pengesahan bahawa Omar terbunuh dalam tragedi tersebut kerana sebelum itu, mereka masih samar-samar berhubung nahas berkenaan, sehinggalah menonton berita mengenainya di televisyen pada 1 tengah hari tadi.

Tinjauan Bernama di rumah Allahyarham mendapati persiapan telah dibuat untukmenyambut jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi esok. - BERNAMA

21 Dis 2010


Siasat syarikat pelancongan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan sudah memulakan siasatan ke atas syarikat SK Murni Tours & Travel Sdn Bhd termasuk mengemukakan surat tunjuk sebab bagi mendapatkan penjelasan mengenai kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Kawai, Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada jam 11.40 pagi, semalam.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan dalam satu kenyataan berkata, siasatan terperinci perlu dijalankan selaras dengan peruntukan mengikut Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999.

"Tindakan penggantungan atau pembatalan lesen bas persiaran ditentukan selepas mengambil kira hasil siasatan yang dijalankan semua agensi kerajaan yang terbabit dalam menyiasat kemalangan itu.

"Bas persiaran bernombor pendaftaran AFX 2266 milik syarikat SK Murni Tours & Travel didaftarkan sebagai kenderaan pelancongan pada 30 November 2009 dan tempoh sah lesen bas persiaran sehingga 30 November 2012," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kementerian melahirkan rasa simpati ke atas mangsa yang terbabit dan keluarga mereka.

Polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 24 rakyat Thailand daripada 27 orang yang terbunuh dalam kemalangan itu. - Bernama

21 Dis 2010


Maut sebelum sempat naik pesawat

PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

IPOH – Kegembiraan sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.

Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday pada pukul 11.40 pagi itu turut mengorbankan dua warga tempatan iaitu pemandu, Omar Shahidan, 48, dan pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia, Soontorn a/l Kian, 38.

Tragedi itu berlaku dalam jarak kira-kira 15 kilometer dari Simpang Pulai.

Polis tidak menolak kemungkinan tragedi berkenaan berpunca daripada masalah brek dan tayar tetapi siasatan lanjut mengenai nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, 22 mangsa maut di tempat kejadian manakala lima lagi mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Kosmo
21 Dis 2010


Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong

HOTEL yang menjadi tempat penginapan 35 pelancong Thailand sebelum 25 daripada mereka terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh semalam.

IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.

Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.

Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.

“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.

“Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo
21 Dis 2010


Ngeri lihat anggota badan putus

Mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

IPOH – Mendengar jeritan dan melihat anggota badan pelancong yang terputus merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang saksi kejadian yang berada di lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh, Mohd. Shafwan Mohd. Nan, 17, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pusat peranginan itu dengan menaiki sebuah bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands.

Katanya, ketika di atas bas, dia terkejut apabila melihat ada beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak terpelanting di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan ada yang telah mati.

“Walaupun cemas dan takut dengan keadaan itu, saya memberanikan diri untuk turun. Bas dua tingkat tersebut remuk dan apa yang memilukan, saya terdengar mangsa-mangsa yang terselamat menjerit dan merintih kesakitan minta diselamatkan.

“Beberapa minit kemudian, pasukan penyelamat tiba untuk mengeluarkan mayat yang tersepit dan ketika itulah saya ternampak ada anggota badan mayat yang terputus,” ceritanya lagi ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Kosmo
21 Dis 2010


Nahas paling ngeri

ANGGOTA polis serta Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran mengakibatkan 27 maut di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR dan CHINA PRESS

IPOH 20 Dis. – Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.

Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan , 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.

Ketika kejadian, terdapat seramai 37 orang dalam bas tersebut. Seramai 15 yang terbunuh dalam nahas itu adalah wanita manakala selebihnya 12 orang lelaki.

Dengan angka 27 kematian itu, nahas tersebut disifatkan terburuk dalam sejarah nahas kemalangan jalan raya di negara ini.

Ia meragut paling banyak nyawa selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, meragut 21 nyawa dan mencederakan lapan yang lain pada 13 Ogos 2007.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, seramai 22 mangsa mati di tempat kejadian, empat ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Bas persiaran dua tingkat itu dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit berdekatan Kampung Juang di sini.

“Bas itu kemudian terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam satu meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, bas itu menuruni Cameron Highlands kira-kira pukul 11 pagi menuju ke Kuala Lumpur kerana pelancong berkenaan dikatakan akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Polis terpaksa menutup laluan kedua-dua arah selepas kemalangan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Sebahagian anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat salah satu daripada 28 pelancong warga Thailand yang terkorban dalam kemalangan sebuah bas pelancong di KM 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, 20 Dis. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

Sementara itu, pengarah urusan syarikat berkenaan, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang,” katanya.

Menurut Eng Hock, syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, beliau berkata syarikat akan merancang sesuatu.

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Jalan tersebut juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi ke Gua Musang melalui Lojing, Kelantan.

Zakaria ketika ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek atau dipandu laju tidak menafikan kemungkinan tersebut dan akan menyiasat dua faktor berkenaan.

“Siasatan lanjut punca sebenar nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),” katanya.

Utusan
21 Dis 2010


'Lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan'


IPOH 20 Dis. - Sungguh mengerikan! Itulah gambaran suasana kemalangan terburuk di negara ini membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini.

Nahas ngeri itu disaksikan oleh seorang penumpang bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat peranginan tersebut.

Penumpang bas berkenaan, Mohd. Shafwan Mohd. Nan , 17, berkata, semasa kemalangan berlaku, bas yang dinaikinya berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya lihat ada beberapa penumpang termasuk seorang kanak-kanak terpelanting ke tepi jalan, selain ada mangsa menjerit kesakitan.

"Tidak lama kemudian pasukan penyelamat sampai dan mengeluarkan mayat penumpang dalam bas itu. Keadaan mayat sangat mengerikan kerana ada yang terputus anggota badan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad ketika ditemui semasa melawat Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, kerajaan negeri akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan rapi terhadap struktur jalan di tempat kemalangan.

Katanya, ini kerana sudah terlalu kerap kemalangan berlaku di tempat sama atau berdekatan.

Sementara itu, seorang penumpang warga Thailand yang terselamat, Iunthapa Chuchart, 53, berkata, kesemua mereka datang dari Bangkok untuk bercuti di Cameron Highlands sejak kelmarin.

Wanita itu yang parah di muka dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijadualkan menaiki pesawat pulang petang ini.

Iunthapa adalah antara 10 penumpang lain yang terselamat dan daripada jumlah mereka itu, tujuh dirawat di wad biasa, seorang di Unit Rawatan Rapi manakala dua lagi di zon kuning.

Utusan
21 Dis 2010


Nahas terburuk



ANGGOTA penyelamat membantu mengeluarkan mangsa kemalangan maut di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.


KAKITANGAN Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan PUSPAKOM memeriksa bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 27 nyawa di KM 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam. - Foto Ikhwan Munir / Berita Harian Dec 21, 2010 1:11 pm

27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh

SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.


KRONOLOGI

11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


INFO
Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai


Rakyat Malaysia

1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)


Rakyat Thailand (lelaki)

3. Poonporn Poolsaeng, 41
4. Charcart Knagsuwan, 48
5. Sumruay Swatphet, 48
6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
7. Thitisak Pongtanarat, 51
8. Ekachai Na Banexane, 64
9. Phayone Krujinli, 49
10. Weera Chungtanagon


Rakyat Thailand (wanita)

11. Natkritta Poolsaeng, 6
12. Thanyarat Poolseng, 36
13. Achara Wiwati, 36
14. Nutthiya Inyim, 50
15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
16. Sunchanchira Chaigueai, 40
17. Sriwai Swatphet, 42
18. Priya Prassakul Chai, 38
19. Chutima Throukooi, 25
20. Junpen Pongtanarat, 50
21. Mantana Phromduang, 51
22. Maliwan Mekmahaprom, 53
23. Ampaiwan Thianhtham, 50
24. Isariya Thiangtham, 25
25. Darunee Songsern
26. Rung Da
27. Areena Songserm

Berita Harian
21 Dis 2010


Nahas bas: Dua penumpang dalam senarai maut masih hidup

IPOH: Polis kini menjalankan siasatan terhadap identiti mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran di Simpang Pulai-Cemeron Highlands, semalam apabila dua nama dalam senarai awal didapati masih hidup.

Kedua-dua mangsa berkenaan cedera dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ipoh di sini.

Mereka dikenali sebagai Duranee Songsem, 59, dan anak saudaranya, Areena Songsem, 19, dari Kampung Jambu, Patanni, di Selatan Thai.

Sementara itu, bapa kepada Areena, Nasir Ismail, 51, ketika ditemui di Hospital Ipoh, pagi ini berkata anaknya yang tersenarai sebagai mangsa yang maut sebenarnya masih hidup.

Katanya, Areena, penuntut tahun tiga jurusan undang-undang cedera di kepala dan mungkin dibenarkan keluar hospital petang ini.

Berita Harian
21 Dis 2010


Mayat bergelimpang atas jalan, longkang

ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.

Bas melulu ketika turun bukit Cameron Highlands

SIMPANG PULAI: “Saya melihat bas persiaran itu terhoyong-hayang dan laju turun bukit membelok selekoh tajam. Selepas itu, bas dua tingkat itu terus langgar konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dengan bahagian bumbung menghentam batu bukit,” kata Monat Rahen, antara saksi terawal yang melihat kemalangan itu di Kilometer 15 di sini, pagi semalam.

Monat, 19, berkata, dia menyaksikan kejadian itu ketika bersama seorang lagi rakan menaiki kereta dalam perjalanan menghala ke Cameron Highlands.

“Kami lihat ada penumpang tercampak keluar dari bas, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keadaan menjadi cemas apabila kebanyakan penumpang cedera dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan itu, dia melihat ada seorang warga emas berusia lingkungan 60-an sudah tercampak keluar dari kenderaan itu.

Dia juga melihat mayat bergelimpang atas jalan raya, termasuk ada kanak-kanak terbaring dalam longkang dipercayai tercampak dari bas serta beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik.

“Saya bersama tiga lagi rakan lain dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands menaiki bas henti-henti bersama lebih 10 penumpang lain. Pemandu bas kami terpaksa menghentikan kenderaan selepas laluan itu ditutup. Saya dan penumpang lain berusaha membantu, tetapi keadaan terlalu ngeri.

“Tangisan dan jeritan meminta tolong kedengaran dari bas yang terbalik, selain kelihatan banyak darah di bahagian tempat duduk. Sejurus kemudian, pasukan penyelamat tiba dan saya melihat ada mayat dibawa keluar dari bas berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminudin Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari, beliau melihat ada beberapa tubuh bergelimpangan di jalan raya dan ada yang terhumban dalam longkang, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan kepala dan tubuh cedera parah, manakala semua mangsa dalam bas tersepit di tempat duduk.

“Saya ada nampak seorang kanak-kanak dalam bas dan mendengar bunyi orang mengerang kesakitan, jadi kami berusaha menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.

Beliau berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pada jam 12.13 tengah hari, manakala, mangsa terakhir pada jam 2.55 petang, manakala sebahagian besar mangsa duduk di tingkat atas bas berkenaan.

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.


MANGSA yang cedera teruk di kepala dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan.

Berita Harian
21 Dis 2010


Pemandu baru 3 bulan kendali bas

ANTARA mangsa kemalangan bas yang meragut 27 nyawa.

KANGAR: Pemandu bas, Omar Shahidan yang terbunuh bersama sebahagian besar pelancong Thailand, di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai semalam baru tiga bulan memandu bas dua tingkat yang baru dibeli pemiliknya.

Sepupunya, Julie Mahmud, 33, berkata beliau difahamkan Omar yang pernah menjadi pemandu lori pernah membawa keluarganya menaiki bas itu bersiar-siar di sekitar Perlis.

Seorang rakan Omar yang bertugas di syarikat pengangkutan sama berkata, pula berkata, beliau tidak pasti sama ada Omar atau pembantu pemandu yang baru bertugas memandu bas ketika kejadian.

“Omar adalah pemandu berpengalaman dan kerap diarah memandu bas membawa pelancong, terutama dari Thailand ke Malaysia. Bagaimanapun, saya mengesyaki bas itu dipandu pembantu pemandu ketika menuruni laluan berbukit di Cameron Highlands,” katanya.

Julie juga berkata, sepupunya itu sempat membawa isteri dan tiga anaknya melancong di Hatyai, Selatan Thailand, pada Jumaat lalu dan sejurus pulang, dia diarahkan pemilik syarikat, memandu bas dari Thailand ke Cameron Highlands pada Sabtu lalu.

Beliau dimaklumkan isterinya, Puspalela Ramli, 45, yang arwah akan pulang ke rumah esok dan bercadang melancong lagi ke Thailand sejurus selesai kerjanya.

“Saya tidak menyangka lawatan ke Hatyai bersama isteri dan tiga anak adalah yang terakhir bagi arwah,” katanya yang menetap berhampiran rumah Omar ketika ditemui di Behor Empiang, dekat sini petang semalam.

Beliau berkata, semua keluarga Omar, termasuk di sebelah mentuanya bergegas ke Hospital Ipoh sejurus dimaklumkan kemalangan pada jam 4.30 petang semalam.

“Mereka hanya mendapatkan pengesahan berhubung kematian Omar daripada pemilik syarikat bas berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

“Sebelum itu, keluarga di sini, masih samar-samar berhubung kemalangan selepas melihat berita terkini di televisyen kira-kira jam 1 tengahari,” katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati keluarga terdekat Omar sedang membuat persiapan menerima jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi ini.

Turut maut dalam nahas berkenaan, pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38 tahun.

Julie berkata, sebelum itu, anak sulung Omar, Siti Nazirah, 20, yang sedang berkerja di sebuah pasar raya di sini, menghubungi Puspalela untuk mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa ayahnya.

“Nazirah sudah dihubungi rakannya iaitu anak kepada rakan ayahnya yang bertugas sebagai pemandu yang memaklumkan kemalangan terbabit. Saya dan Pusparela dua kali menghubungi arwah menerusi dua telefon bimbit tetapi tidak dijawab walaupun ada nada dering selepas dimaklumkan kejadian itu. Dari situ, kami sudah mengesyaki sesuatu buruk berlaku," katanya.


KRONOLOGI

Nahas bas pada 2010

16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Berita Harian
21 Dis 2010


Kenderaan kemalangan ada tiga saman

IPOH: Bas persiaran milik SK Murni Tours & Travel Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran AFX2266 dikesan mempunyai tiga saman sejak Ogos tahun lalu bernilai RM500 dengan dua daripada kesalahan dilakukan di Perak dan satu di Melaka.

Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, saman pertama direkodkan pada 10 Ogos tahun lalu, di Teluk Intan, Perak membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala kesalahan kedua pada 18 Februari di Melaka Tengah kerana tidak mematuhi lampu isyarat lalu lintas.

“Kesalahan terbaru direkodkan pada 20 Jun lalu di Kampar, Perak membabitkan kesalahan memotong di kawasan yang tidak dibenarkan berbuat demikian," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan pengarah urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan membabitkan bas syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang," katanya.

Ditanya mengenai bantuan kepada mangsa, Sor berkata: Syarikat akan merancang sesuatu. saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa."

Berita Harian
21 Dis 2010


Mayat mangsa nahas bas dibawa pulang ke Thailand

IPOH 21 Dis. - Duta Thailand ke Malaysia, Thana Duangratana berkata, pihaknya akan membuat persiapan membawa pulang mayat mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan mengerikan di jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai semalam melalui pesawat khas yang berkemungkinan berlepas dari Ipoh. - Utusan

21 Dis 2010


Kaji semula guna bas bertingkat di laluan berbukit

KOTA BHARU: Parti Progresif Penduduk (PPP) menyaran agar kerajaan mengkaji semula penggunaan bas bertingkat di laluan sukar termasuk kawasan berbukit dan bercerun bagi mengelak kemalangan ngeri berlaku.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, berkata adalah perlu kajian menyeluruh dibuat bagi memastikan kemalangan yang meragut ramai penumpang tidak berulang lagi.

"Kita harap kerajaan dapat mengkaji kesesuaian struktur bas dua tingkat dengan jalan berbukit di negara ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini sebagai mengulas kemalangan yang meragut 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cemeron Highlands semalam.

Nik Sapeia berkata kebiasaan bas dua tingkat digunakan di bandar raya utama di dunia seperti United Kingdom, bukannya di jalan luar bandar yang mempunyai selekuh dan berbukit.

Beliau berkata laluan seumpama itu memberi kesan tidak baik terhadap bas yang berbadan lebih tinggi yang mungkin menyebabkan kemalangan berulang beberapa kali di negara ini.

"Kita tidak salahkan jalan, yang kita mahu kenderaan seperti itu dikaji, sesuai atau tidak diguna di laluan berbukit dan berselekoh tajam seperti sekarang," katanya.

Beliau juga meminta siasatan menyeluruh ke atas kemalangan yang menimpa kumpulan pelancong asing melawat negara ini kerana ini akan memberi kesan negatif terhadap industri pelancongan negara. - BERNAMA

21 Dis 2010


27 killed in Camerons crash




Thai holidaymakers die after bus hit divider and overturned

IPOH: Twenty-seven people were killed when their bus hit a divider and overturned on its way down from Cameron Highlands in what is possibly the worst road accident in Malaysian history.

The tragedy at KM15 of the Cameron Highland-Simpang Pulai road claimed the lives of 25 Thai nationals who had been on a holiday in the hill resort.

Perak deputy police chief Senior Asst Comm Datuk Zakaria Yusof said the other two casualties were driver Omar Shahidan, 48, and tour guide Soontorn Kian, 38. Both were Malaysians.

Horrific accident: Fire and Rescue Department personnel searching the crash site at the Cameron Highland- Simpang Pulai road yesterday.

“There were a total of 37 people onboard at the time, 34 were Thai holidaymakers from Bangkok and three others Malaysians,” he said.

The double-decker bus was heading from Cameron Highlands towards Kuala Lumpur at 11.40am yesterday.

“The driver was trying to negotiate a sharp bend but failed, causing the bus to hit a divider before overturning.

“The bus landed on its roof in a ditch about 51m away from the divider,” SAC Zakaria said.

He said the impact of the crash was so severe that bodies were flung several metres away from the wreckage while others were trapped deep in the mangled vehicle.

Twenty-two of the victims were killed on the spot. Five others died after being rushed to the Raja Permaisuri Bainun Hospital here.

SAC Zakaria said the cause of the accident could have been due to speeding or technical failure of the brakes.


It took about 100 personnel from the police, Fire and Rescue Department, Civil Defence Department and Public Works Department over three hours to retrieve the bodies.

The wreckage was finally towed downhill at about 4pm, causing massive jams on both sides of the road as far as 5km away.

It is learnt that of the 10 survivors, one was discharged after being treated for minor injuries; three were undergoing surgery and the rest warded as at 7pm.

SAC Zakaria said the bus was heading to Kuala Lumpur where the Thais were believed to have been scheduled to fly back to Bangkok.

The Cameron Highland-Simpang Pulai Road, which has many curves and gradients, was opened to traffic in 2003.

It is an alternative road to the highlands besides the Tapah route.

The Star
21 Dec 2010


Eerie silence at hospital mortuary

Badly injured: One of the few survivors, Iuntnapa Chuchart, 53, who is suffering from multiple laceration wounds on her face being kept at the hospital for observation.

IPOH: An eerie atmosphere hung over the Raja Permaisuri Bainun Hospital mortuary here as the bodies were brought in by two vehicles.

At 2.35pm, a police truck arrived with nine, followed by a Civil Defence Department truck with 12 bodies some 90 minutes later.

Those present at the mortuary fell silent as the black body bags were brought down from the vehicles.

Grim police, hospital and funeral parlour representatives helped to wheel the bodies into the mortuary.

Hospital staff also promptly began with post-mortem work.

As the day progressed, the remains of those who had survived the crash but died at the hospital, were brought to the mortuary.

“Never have we received so many bodies in a single day,” said a mortuary staff.

As at 8.30pm, the mortuary was still crowded with people as post-mortems continued.

Tourism Ministry officials were at hand to help the victims’ families.

Expressing his sadness over the tragedy after visiting the injured at the hospital, Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said the state crisis response team would be investigating the accident.

He added that the state would also look into the possibility of getting accommodation for families of the victims.

He said Thai Embassy minister counsellor Somphong Kang Thong had informed him that the families would be flying in from Bangkok today.

The Star
21 Dec 2010


Docs scramble to treat survivors

IPOH: Doctors and nurses at the emergency ward of the Raja Permaisuri Bainun Hospital here scrambled to save lives after the horrific bus crash.

There was blood everywhere on the floor as survivors of the double-decker bus crash near Simpang Pulai were given immediate medical attention.

Victims were being transferred in and out of the critical ward but doctors and medical officers declined to divulge information about the condition of their patients.

There were no family members seen at the mortuary as most of the victims were Thai nationals, whose families had yet to arrive.

Pressmen crowded the front of the mortuary to find out the number of victims involved in the accident.

The list of names of the deceased kept growing every hour as more bodies were identified.

First Secretary to the Royal Thai Embassy in Malaysia, Suwit Mangkhala, expressed his deepest regret over the accident.

He said they were trying to verify the identities of the Thai nationals and inform the Foreign Affairs Ministry in Bangkok.

“The families of victims have been contacting us and they are very worried,” he said, adding that the embassy was doing its best to provide information to the family members.

Iuntnapa Chuchart, 53, who is being warded at the hospital for multiple lacerations on her face, said the group had arrived from Bangkok on Dec 18.

The younger brothers of tour guide Soontorn Kian, 38, arrived at the mortuary at about 10pm.

“We will be taking his body back to our hometown in Alor Setar,” said Prishit Kian, 35, who came from Penang with another brother, Pranom Kian, 25.

The Star
21 Dec 2010


Locals and visitors express disbelief over accident

IPOH: Bus driver Omar Shahidan, who was killed in the accident, was a careful driver, said a relative.

Aswadi Baharuddin, 31, denied that Omar was a “speed demon”.

“He was a careful driver,” Aswadi said at the Raja Permaisuri Bainun Hospital mortuary here last night.

He said Omar had recently taken his family on a trip to Hadyai. Omar will be buried at Taman Tok Sri Manis in Kangar today.

Meanwhile, Cameron Highland Vegetable Farmers Association secretary Chay Ee Mong said he was shocked as the area of the accident had clear signage warning motorists of danger.

“There are yellow lines to warn motorists of the sharp bends,” said Chay, adding that several accidents had taken place there prior to 2004.

However, after 2004, the number of accidents was reduced when the divider and speed limit signs were put up.

Chay believed that the weight of the double-decker bus could have been a factor in the crash while the vehicle was negotiating the bend.

Bank officer Chang Kok Khan said speed bumps should be erected whenever there was a bend to prevent vehicles from speeding.

“Motorists are known to speed downhill,” said the 29-year-old Chang, who is a regular at the resort during the school holidays.

Engineer T. Shashi, 33, said he always feared that some heavy vehicle might lose control at that stretch and plough into his car.

The Star
21 Dec 2010


Crash horror probe on

Ministry spares no time investigating horrific Simpang Pulai bus crash

TERRIFYING ORDEAL: Fire and rescue personnel at the scene of the accident which left only 10 survivors — Pic: SHAHIR OMAR

PETALING JAYA: Less than 24 hours after the year's worst road accident in Simpang Pulai, Perak, which claimed 27 lives, the Transport Ministry will start preliminary briefings on the matter this afternoon.

Its minister, Datuk Seri Kong Cho Ha, confirmed this morning a preliminary briefing would "involve officials from the ministry, Road Safety Department (RSD), Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) and Road Transport Department (RTD)".

"We will discuss how we are going to deal with the matter and how the investigation will be conducted," he said, adding they may discuss the probe with the Tourism Ministry, which is not involved in today's preliminary meeting, depending on the outcome.

Expressing regret over the horrific road carnage, Kong stressed road safety should not be taken lightly and urged the public to adhere to laws and regulations.

Meanwhile, Miros director-general Prof Ahmad Farhan Mohd Sadullah confirmed the probe was on.

Via a text message reply this morning, he stated: "The probe is on but it will take some time for results."

In the 11.30am incident yesterday, a double-decker tourist bus skidded and overturned along KM15 of the Cameron Highlands-Simpang Pulai road, killing 25 Thai nationals and two Malaysians as well as injuring 10 others.

Meanwhile, Perak State traffic and public order chief Supt Wan Abdullah Ishak said as of 10am this morning, the number of fatalities remained at 27.

"The 10 injured are still warded at the emergency ward of Raja Permaisuri Bainun Hospital," he told The Malay Mail.


Thai man recalls lucky escape

IPOH: Thai national Gik Lak Lo (pic) was half asleep when the San Express Holiday double-decker bus he and 36 others were in began negotiating the twist and turns of the Cameron Highlands-Simpang Pulai stretch yesterday.

But when the smell of something burning jolted the 43-year-old businessman, little did he know he would be involved in one of the most horrific road accidents in Malaysian history.

Met at the Raja Permaisuri Bainun Hospital, Gik Lak Lo told The Malay Mail via an interpreter he could not remember much of what happened.

"I am still confused and not even sure where I am right now," he said.

"I arrived (in Malaysia) last Saturday alone. I never thought something like this would happen. I was supposed
to fly back to Chiang Mai at 8pm last night."

He said the bus driver, Omar Shahidan, who among the 27 fatalities, was not speeding.

"He was driving the bus in a courteous manner allowing us to enjoy the beautiful scenery on the way down from Cameron Highlands. But moments before the crash, I smelt something burning. All of a sudden, everyone started screaming. As the bus began to roll, I thought I would die."

Gik Lak Lo was one of only 10 survivors of the crash, suffering only a minor leg injury. Two others were reported to be in critical condition.

Meanwhile, Omar's family was still shocked over the death of the 48-year-old driver.

A relative, who declined to be named, told The Paper That Cares that Omar had recently expressed concern about the Cameron Highlands route.

"He drove there regularly but last month, he complained the route down appeared to be dangerous. I told him there was nothing to be worried about but I also advised him to be careful."

Omar's daughter, Siti Nazirah, 20, said they never thought their trip to Hat Yai with Omar last week would be the last holiday they would spend together.

"He was always busy with work. Last week was the happiest moment for all of us but now he is gone.

"All this happened so quickly and it is hard for us to deal with.

" I can still vividly remember last Saturday when father took us to Songkla for sightseeing and before that, last Tuesday, we went to Penang for shopping," said Nazirah as tears flowed down her cheek.

Omar's mother, Sabariah Abdullah, 72, said her son would be buried at his hometown in Kangar, Perlis, today.


Morgue freezers too full

TRAGIC: Hospital staff wheeling out one of the victims from the morgue — Pic: Shahir Omar

IPOH: It was the first time the Raja Permaisuri Bainun Hospital had handled so many fatalities in one day.

The Malay Mail was told hospital staff switched to emergency mode when ambulances, ferrying the dead and the injured from the bus accident at the Cameron Highlands-Simpang Pulai yesterday, began arriving about 2pm.

Some ambulances had to make several trips to and from the scene, about nine kilometres away.

"This is by far the largest body count we have ever handled. All of last year, the hospital handled 160 bodies. This year, we believe the number will easily increase to more than 180," said an official, who declined to be named.

"In this latest accident, 22 victims died at the scene, four en route to the hospital and one upon arrival here."

The official said because there were not enough chambers in the morgue to accommodate the bodies, eight remains were transferred to Batu Gajah Hospital for post-mortem.

Meanwhile, the bodies of 25 Thai nationals who died in the crash will be flown to their country in a special flight.

Ambassador from the Royal Thai Embassy, Thana Duangratana, said the families of the deceased were also expected to arrive in Ipoh via a special flight.

"We will get Thai and Malaysian authorities' permission to fly the special aircraft and land in Ipoh as soon as possible," he said after visiting the Raja Permaisuri Bainun Hospital mortuary at 11.30am today.

Major bus accidents since 2001

Dec 17, 2010: Four prison officers die after a Prisons Department bus plunges into a ravine along the hilly and winding Tambunan-Kota Kinabalu trunk road near Kampung Moyog, some 45km from Kota Kinabalu, Sabah.

Oct 29, 2010: Seven passengers, aged between 13 and 28, die after their bus skids and overturns at KM38 of the Genting Sempah road near the Pahang-Selangor border, while en route to Kuala Lumpur. It was later revealed the driver of the bus had no valid driving licence.

Oct 10, 2010: Thirteen die in a bus crash along KM223 of the North-South Expressway (NSE) near the Simpang Ampat toll plaza in Malacca. The bus driver is also killed in the incident. The express bus was heading north when it was involved in an accident with five other vehicles coming from the other direction.

Dec 25, 2009: Ten die after a double-decker express bus skids and hits a road divider at KM272.8 of the NSE after the Ipoh Selatan toll plaza (northbound) in Perak at 1am.

Dec 7, 2008: Ten die after an express bus skids and overturns at KM146.5 of the NSE, near Pagoh, Johor.

Aug 13, 2007: A bus crashes at KM229 of the NSE near the Bukit Gantang rest area in Perak. The bus overturns, tearing off the vehicle’s roof and flinging seats and passengers into the air, killing 22.

March 9, 2007: Six die after an express bus plunges into a ravine at KM254 of the NSE, near the Sungai Perak rest and recreation area in Perak.

July 30, 2006: Eleven pilgrims to the annual St Anne's Feast in Penang die after their chartered bus overturns at KM160.8 of the NSE, near the Jawi interchange at Nibong Tebal in Seberang Perai, Penang.

Nov 23, 2003: Fourteen die after an express bus collides with another bus at KM63 of Jalan Lipis-Merapoh near the Pahang-Kelantan border.

April 23, 2001: Thirteen people die after a bus packed with holiday-makers bound for a weekend in Langkawi crashes at KM11.2 of the Baling-Pengkalan Hulu main road. The impact of the crash rips the roof of the vehicle's main frame. The bus lands on its side and comes to a screeching halt 20m on. The 10.30am accident, described as the worst in Kedah in recent years, injures 34 people, including the driver.

Malay Mail
21 Dec 2010


Menangis lihat ibu masih hidup


IPOH: “Saya menganggap ibu seperti mati hidup semula sebaik melihatnya terbaring atas katil dalam keadaan masih bernyawa,” kata Faisal Ismail, 40, anak kepada Dariah Ismail @ Duranee Songserm, 59, seorang daripada mangsa kemalangan bas yang meragut 27 nyawa di Simpang Pulai, dekat sini kelmarin.

Faisal tiba di sini jam 3 pagi semalam dari Hatyai, Thailand bersama adik ibunya, Aida Mohammad @ Thainya Anusorn Sukhumalsakul, 36, yang pada mulanya bertujuan melakukan pengecaman ‘jenazah’ ibunya.

“Hancur luluh hati saya selepas melihat nama ibu berada dalam senarai mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu di Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Hati saya berdebar-debar ketika diminta masuk ke bilik mayat membuat pengecaman, tetapi terkejut apabila melihat mayat itu bukan ibu saya.

“Saya memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan hospital yang kemudian membawa saya ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mengecam sama ada salah seorang mangsa cedera dalam kemalangan itu ibu saya.

“Saya menangis kegembiraan apabila melihat ibu saya terbaring dan masih hidup. Dia bagaimanapun masih belum sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pernafasan kerana cedera di kepala dan dada. Saya berdoa ibu terus bertahan,” katanya dalam bahasa Melayu pelat Selatan Thai.

Sementara itu Aida berkata, dia menghubungi saudara di Pattani supaya menukar majlis tahlil kepada majlis kesyukuran apabila mendapat tahu kakaknya masih hidup.

“Saya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas menonton berita Buletin Utama TV3 di Hatyai pada malam tadi (kelmarin) dan menghubungi rakan yang bekerja sebagai pemandu bas pelancongan di negara ini supaya ke HRPB bagi mengenal pasti siapa terkorban.

“Hanya Tuhan tahu betapa pilu hati apabila rakan menghubungi saya dan memaklumkan nama kakak berada dalam senarai mangsa yang mati.

“Saya dan Faisal datang ke sini dan tiba di bilik mayat HRPB jam 3 pagi. Air mata kesedihan saya bertukar menjadi tangisan kegembiraan apabila mengetahui kakak saya masih hidup,” katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Hatyai.

Kegembiraan sama turut dikongsi bapa Areena Songserm, 20, yang juga anak saudara perempuan Dariah dan Aida, yang turut berada dalam senarai mangsa mati didapati masih hidup.

Nasir Ismail, 51, berkata, dia sudah bersedia menghadapi apa juga kemungkinan, terkejut apabila melihat jasad dikatakan mayat Areena itu bukan anaknya.

“Saya bersyukur kepada Allah apabila mendapati Areena cuma cedera dan berlaku kesilapan dalam penyenaraian nama mangsa yang mati.

“Areena yang cedera di kepala dan kaki, mungkin dibenarkan keluar hospital beberapa hari lagi,” kata Nasir yang memberitahu anaknya yang menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Walailak, Nakhon Si Thammarat, Thailand.

Dia mengikuti rombongan melancong ke negara ini bersama ibu saudaranya, Dariah, sempena cuti semester.

myMetro
22 Dis 2010


Adik terkedu

IPOH: “Abang begitu teruja menjadi pemandu pelancong selepas mendapat kerja itu kira-kira tiga bulan lalu dan sering menghubungi saya menceritakan pengalaman pahit manis setiap kali bertugas.

“Saya tidak sangka kegembiraannya itu bertukar menjadi kesedihan buat kami sekeluarga,” kata Pri Shit, 35, adik kepada pemandu pelancong, Soontorn Kian, 38, seorang daripada dua rakyat tempatan yang terbunuh bersama 25 pelancong Thailand dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Cameron Higlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang di sini, kelmarin.

Pri Shit yang tiba di pekarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dari Alor Setar, Kedah kira-kira jam 10 malam kelmarin dengan ditemani adiknya, Pranom, 25, masih terkejut dan seperti tidak percaya dengan kejadian ngeri itu.

“Pada mulanya saya hanya terkejut dan sedih dengan nasib penumpang yang terbunuh ketika mendengar berita mengenainya kira-kira jam 6 petang tadi (kelmarin).

“Namun, saya terkedu apabila mendapati Soontorn antara 27 mangsa yang terbunuh,” katanya.

Soontorn meninggalkan seorang isteri dan anak berusia antara lapan hingga 13 tahun dan mayatnya akan disemadikan mengikut agama Buddha di Kampung Pidalapan, Ayer Itam, dekat Alor Star.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Perak, Superintendan Wan Abdullah Ishak berkata, kegagalan pemandu mengetahui selok-belok laluan dipercayai menjadi antara punca kemalangan terburuk dalam sejarah negara ini.

Beliau berkata, ia antara kemungkinan selepas mendapati banyak syarikat bas pelancongan dikesan mengabaikan isu berkenaan sedangkan mereka tahu ia penting.

“Syarikat berkenaan perlu memaklumkan kepada pemandu secara terperinci berhubung laluan itu dan halangan yang bakal ditempuhi ketika memandu.

“Selalunya, pemandu bas pelancong hanya menuruti kehendak penumpang atau pelanggan yang mahu tiba ke sesuatu lokasi sedangkan mereka tidak mahir dengan laluan terbabit,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HRPB, kelmarin.

Beliau berkata, bagi mengelakkan kejadian sama berulang, syarikat bas perlu mewajibkan pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi terutama memberi penekanan terhadap sistem brek.

myMetro
22 Dis 2010


Sempat melancong ke Hatyai

IPOH: “Abah sempat membawa kami sekeluarga melancong ke Hatyai, Thailand Jumaat lalu dan sempat membelikan peralatan persekolahan saya.

“Saya begitu sedih dan tidak sangka ia menjadi kenangan terakhir bersama abah,” kata Muhammad Nizam, 14, anak kepada Omar Shahidan, 48, pemandu bas persiaran yang turut terkorban bersama 26 yang lain apabila bas dua tingkat dipandunya terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang di sini, kelmarin.

Muhammad Nizam, anak bongsu Omar daripada tiga beradik berkata, dia memang rapat dengan bapanya.

“Abah jarang ada di rumah kerana selalu sibuk dengan tugasnya. Namun, setiap kali abah cuti atau mempunyai masa, dia akan meluangkan masa bersama kami dan selalu membawa saya berjalan-jalan menaiki bas.

“Saya sedih dengan kejadian ini tapi reda menerimanya sebagai takdir,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, malam kelmarin.

Omar meninggalkan seorang balu, Puspalela Ramli, 40, dan tiga anak iaitu Siti Nazirah, 20, Hajaratul Syahmimi, 18 dan Muhammad Nizam.

myMetro
22 Dis 2010


Pesawat khas bawa pulang 25 warga Thailand

IPOH: Jenazah 25 rakyat Thailand yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, kelmarin dibawa pulang ke negara asal mereka dalam tempoh terdekat menggunakan pesawat penerbangan khas.

Duta Thailand ke Malaysia, Thana Duangrana berkata, pihaknya berusaha supaya penerbangan khas ke Bangkok itu berlepas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

“Permohonan dibuat kepada kerajaan Thailand supaya pesawat khas diterbangkan ke Malaysia bagi tujuan itu.

“Segala persediaan termasuk urusan dokumentasi dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan proses membawa pulang jenazah dibuat dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika melawat mangsa yang cedera dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Dalam kemalangan bas terburuk dalam sejarah negara jam 11.40 pagi kelmarin, 27 daripada 37 penumpang bas persiaran dua tingkat itu terbunuh, selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan lalu terbalik, sebelum terhumban dalam longkang di laluan bertentangan selepas terbabas ketika melalui selekoh tajam.

Daripada jumlah itu, 25 maut ialah pelancong Thailand, manakala dua lagi rakyat tempatan, pemandu bas dan pemandu pelancong. Jenazah pemandu bas, Omar Shahidan, 48, dan pemandu pelancong, Soonkorn a/l Kian, 38, sudah dituntut keluarga masing-masing.

Difahamkan, Kedutaan Thailand membawa waris mangsa dari Bangkok menerusi penerbangan komersial pagi ini untuk proses pengecaman mayat di Ipoh. Seramai 10 mangsa yang terselamat masih dirawat di beberapa wad termasuk Duranee Songserm, 59, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 11 mayat ditempatkan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, enam di Hospital Batu Gajah dan masing-masing empat mayat di Hospital Sungai Siput dan Hospital Hulu Kinta.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan, Kudratullah Fatimy Afandi berkata, pihaknya memberi surat tunjuk sebab kepada syarikat SK Murni Travel and Tours berhubung kemalangan itu.

Katanya, syarikat itu diberi masa tujuh hari memberi laporan lengkap mengenai kemalangan terbabit.

“Kami akan mendapatkan laporan daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis mengenai punca sebenar kemalangan,” katanya.

myMetro
22 Dis 2010


Tiada isu jalan licin

IPOH: Kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa kelmarin berpunca daripada sikap pemandu atau masalah mekanikal dan bukan disebabkan jalan di kawasan kejadian licin akibat terdapat tumpahan atau tompokan minyak.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, dua kemungkinan itu dibuat berdasarkan siasatan awal dilakukan pihaknya di lokasi kejadian di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini.

“Saya ingin tegaskan bahawa polis antara pasukan terawal tiba di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati tempat (jalan) itu kering. Selepas bas diangkat, baru nampak kesan tumpahan minyak berpunca daripada bas itu sendiri,” katanya sekali gus menafikan dakwaan dan spekulasi pihak tertentu mengaitkan kemalangan itu berlaku disebabkan terdapat tompokan atau tumpahan minyak atas jalan di lokasi kejadian.

Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam, beliau berkata, hasil siasatan awal juga, pihaknya menumpukan kepada faktor pemandu atau masalah mekanikal sebagai punca kemalangan.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi menentukan punca sebenar kemalangan itu.

“Polis sudah mengarahkan kedua-dua pengusaha atau wakil San Travel Holidays dan SK Murni Travel & Tours datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk memberi keterangan bagi menentukan siapa pemilik sebenar bas itu.

“Keterangan kedua-dua wakil syarikat itu penting untuk mengetahui sama ada bas itu mempunyai pemandu kedua atau pemandu pelancong rakyat tempatan yang terkorban itu turut bertindak sebagai pemandu kedua selain mengetahui jadual perjalanan rombongan 35 rakyat Thailand itu,” katanya.

Katanya, polis sudah dimaklumkan waris dan ahli keluarga rakyat Thailand semua mangsa yang terbunuh dijangka tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tengah hari ini bagi membuat pengecaman ahli keluarga mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk mengkaji melakukan penambahbaikan jalan raya Simpang Pulai-Cameron Highlands terutama di laluan Kilometer 15.

Pengarahnya, Datuk Dr Safry Kamal berkata, walaupun pihaknya berpendapat jalan raya berkenaan selamat digunakan, JKR bersedia melakukan penambahbaikan di kawasan terbabit seperti menambah papan tanda amaran serta memasang alat mengurangkan kelajuan kenderaan.

“Daripada segi struktur dan binaan jalan, laluan berkenaan adalah baik kerana JKR melakukan penyelenggaraan setiap bulan manakala satu pasukan pemantau sentiasa berada di situ setiap hari,” katanya.

myMetro
22 Dis 2010


Struktur bas dua tingkat bukan penyebab utama

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berpendapat struktur bas dua tingkat tidak seharusnya dijadikan penyebab utama kemalangan maut yang meragut 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cemeron Highlands, kelmarin.

Yang Dipertuanya, Tajudin Mohd Yunus berkata, sebaliknya kemalangan ngeri itu dapat dielak sekiranya had laju dan peraturan ditetapkan dipatuhi dengan cara pemanduan berhemah.

“Tidak adil menilai hanya dari segi struktur bas semata-mata, kerana tidak kira sama ada bas satu atau dua tingkat sekiranya dipandu dalam keadaan baik perkara seperti ini dapat dielakkan.

“Ini terbukti kerana ratusan bas dua tingkat yang dimiliki ahli Pembawa dapat dikendalikan dengan baik dan membawa penumpang dengan selamat biarpun melalui jalan berbukit dan berselekoh yang banyak terdapat di laluan Pantai Timur dan Utara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan beberapa pihak supaya kerajaan mengkaji semula penggunaan bas bertingkat di laluan sukar termasuk kawasan berbukit dan bercerun bagi mengelak kemalangan ngeri berlaku.

Kajian itu dikatakan perlu secara menyeluruh bagi mengelakkan kemalangan yang meragut nyawa ramai penumpang tidak berulang. Laluan seumpama itu juga dikatakan memberi kesan tidak baik terhadap bas yang berbadan lebih tinggi yang mungkin menyebabkan kemalangan berulang beberapa kali di negara ini.

Tajudin berkata, kemalangan meragut nyawa boleh dielak sekiranya bas dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum perjalanan dengan diselenggara secara berkala serta pemandu mematuhi had laju.

myMetro
22 Dis 2010


Pemandu kakitangan San Express Holidays

JITRA: Syarikat SK Murni Travel & Tours (SK Murni), yang berpangkalan di sini, semalam, menafikan pemandu bas persiaran dua tingkat terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Perak yang mengorbankan 27 mangsa kelmarin sebagai kakitangan syarikat itu.

Pengarahnya, R Shanmugan berkata, pemandu terbabit, Omar Shahidan, 48, antara mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah pekerja syarikat San Express Holidays Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kangar, Perlis.

Menurutnya, semua urusan pakej pelancongan, pengangkutan pelancong dari Thailand serta pemandu diuruskan San Express Holidays.

“Bas persiaran berharga RM300,000 itu adalah milik bersama SK Murni dan San Express Holidays. Kita membuat keputusan untuk berkongsi modal membeli bas itu kerana tidak layak menerima dana pelancongan Kementerian Pelancongan sebanyak RM900,000 kerana tidak melepasi syarat peratusan status Bumiputera ditetapkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, kos penyelenggaraan bas itu turut ditanggung San Express Holidays dan ia turut ditempatkan di ibu pejabat syarikat itu di Kangar.

Akhbar semalam melaporkan Omar pekerja SK Murni dan bas itu dimiliki San Express Holidays. Akhbar turut melaporkan Kementerian Pelancongan sudah memulakan siasatan terhadap SK Murni berhubung kejadian itu.

Shanmugan turut mengesahkan pihaknya sudah dihubungi wakil kementerian dan sudah menjelaskan perkara sebenar.

Sementara itu, Pengarah Urusan San Express Holidays, Sor Eng Hock, ketika dihubungi mengesahkan Omar kakitangan mereka.

myMetro
22 Dis 2010


Bas Terbabit Kemalangan Di Cameron Highlands Jenis 'High-Decker', Bukan Dua Tingkat

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lepas diistilahkan sebagai bas 'high-decker' dan bukannya bas dua tingkat.

"Sesebuah bas 'high-decker' mempunyai satu tingkat untuk penumpang dan tingkat yang lebih rendah untuk menyimpan bagasi. Biasanya ia merupakan bas persiaran.

"Bas jenis ini juga lebih tinggi daripada bas biasa tetapi bukanlah sama tinggi dengan bas dua tingkat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ditanya sama ada bas 'high-decker' sesuai digunakan di jalan raya yang berbukit-bukit, Kong berkata ia bergantung sama ada semua keperluan telah pun dipenuhi.

"Bagi kenderaan ini, selagi ia mematuhi semua keperluan dan spesifikasi teknikal yang diperlukan, kenderaan itu boleh digunakan di mana-mana sahaja jalan raya di negara ini," katanya.

Dalam kemalangan dua hari lepas, bas yang membawa 37 penumpang itu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, mengorbankan 25 pelancong rakyat Thai dan dua warga Malaysia, iaitu masing-masing pemandu bas dan pemandu pelancong.

Sepuluh pelancong Thai pula cedera. - BERNAMA

22 Dis 2010


Pesawat Tentera Thai Bawa Pulang Mangsa Kemalangan Berlepas Ke Bangkok

KERANDA yang membawa mayat mangsa kemalangan bas diangkat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibawa ke pangkalan TUDM Subang, Selangor pada Rabu. Mayat 25 warga Thailand yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa pulang menggunakan dua pesawat C130 ke Bangkok, Thailand. - Foto BERNAMA


UPACARA keagamaan sebelum kesemua 25 mayat rakyat Thailand yang maut dalam kemalangan melibatkan bas persiaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland dibawa ke Subang, Selangor untuk dibawa pulang ke Bangkok, di perkarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, 22 Dis. - Utusan/ROY AZIS ABD AZIZ


AUMMARINE Kamolkunpipat meratapi kematian isterinya, Piyanun Klingchua yang maut dalam nahas bas persiaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, ketika tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menuntut dan membawa pulang mayat isterinya ke Bangkok, di Ipoh, Perak, 22 Dis. - Utusan/ROY AZIS ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Mayat 25 pelancong Thai yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa pulang dengan dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand, Rabu.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Subang di sini pada pukul 5 petang.

Seorang daripada 10 pelancong Thai yang cedera dalam kejadian itu juga dibawa pulang ke Bangkok menerusi penerbangan itu.

Kesemua mayat itu dibawa dengan sebuah treler dan sebuah van dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan tiba di Subang pada 3.30 petang.

Tiga mangsa yang cedera dibawa dengan ambulans ke Bukit Kayu Hitam untuk dihantar ke Haadyai manakala enam lagi masih menerima rawatan di Ipoh.

Kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu turut mengorbankan pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-dua warga Malaysia. - BERNAMA

22 Dis 2010


Kemalangan Bas Di Cameron Highlands: Kerajaan Tubuh Badan Siasatan Bebas

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan supaya sebuah Badan Siasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat kemalangan bas di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai yang mengorbankan 27 orang baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata badan berkenaan akan turut meneliti struktur keseluruhan operasi kenderaan perdagangan.

Beliau berkata pengerusi dan anggota badan itu akan dilantik selepas kementerian mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.

"Perdana Menteri amat dukacita dengan insiden ini, malah kami semua sangat prihatin, maka sebab itulah kami mengambil serius perkara ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Rabu.

Dua puluh lima pelancong Thai dan pemandu bas serta pemandu pelancong warga Malaysia terbunuh selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik ketika sedang menuruni destinasi pelancongan tanah tinggi itu pada Isnin, dalam kemalangan jalan raya yang dipercayai paling buruk di negara ini.

Sepuluh pelancong Thai cedera dalam kemalangan yang berlaku pada 11.40 pagi ketika bas itu dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur di manamereka sepatutnya menaiki penerbangan untuk pulang ke Bangkok.

Kong berkata badan itu akan meneliti penyelarasan dan kebertanggungjawaban bukan sahaja membabitkan badan pelesenan tetapi juga pengusaha dan pemegang permit.

"Malah syarat yang ditetapkan kepada pengusaha, jenis kenderaan perdagangan, kecekapan pemandu dan sama ada syarikat terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan dalam permit," katanya.

Beliau berkata jika badan itu mendapati sebarang pelanggaran syarat, mereka yang bertanggungjawab akan didakwa, katanya. - BERNAMA

22 Dis 2010


Mangsa dakwa bas dipandu laju

IPOH 21 Dis. - "Bas dipandu laju". Itulah satu-satunya gambaran yang dapat difahami menerusi bahasa isyarat oleh seorang penumpang yang terselamat dalam tragedi bas persiaran mengorbankan 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands semalam.

Chirarot Bunthichinwiwatn, 43, ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini cuba menceritakan detik-detik cemas itu namun tidak dapat difahami kerana dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Thai.

Chirarot mengalami kecederaan pada badan dan kedua-dua tapak kakinya akibat kejadian tersebut.

Bapa kepada Areena Songserm, 19, iaitu Nasir Ismail, 51, berkata, dia mengetahui bahawa anaknya terselamat dan dirawat di HRPB selepas mendapat panggilan telefon pada pukul 3 petang semalam.

Nasir yang merupakan seorang pengusaha restoran berkata, ketika kejadian, anaknya yang juga penuntut tahun ketiga jurusan Undang-Undang Walailak University di Sala, Thailand sedang bercuti.

Menceritakan tentang pengalaman anaknya dalam nahas tersebut, dia berkata, anaknya memberitahu, dia ternampak asap di bahagian tepi bas ketika menuruni bukit.

"Anak saya kemudian menceritakan, dia sedar bas itu melanggar pembahagi jalan sebelum melambung dan masuk ke longkang.

"Anak saya terpaksa merangkak keluar daripada bas yang musnah dengan luka di kaki dan kepala," katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Thanvarat Poolsaeng, 36, tidak mampu bertutur lama dan sebutannya juga tidak jelas kerana kepalanya masih terasa sakit.

Namun, dia sempat bercerita kepada Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong yang mewakili minoriti Siam di negara ini bahawa dia kehilangan suami, Poonporn Poolsaeng, 41, dan anak perempuannya, Natkritta Poolsaeng, 6, dalam tragedi itu.

Somchai Polanan, 62, pula tidak mampu bertutur kerana kepalanya masih berbalut dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Seorang lagi penumpang, Rungnapa Klungsuwan juga sukar ditemu bual kerana hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Thai.

Rungnapa yang mengalami kecederaan pada bahagian mukanya dilihat termenung dan masih trauma dengan kejadian menyayat hati itu.

Achara Wiwat, 36, pula dilihat terbaring sahaja dengan kecederaan pada kedua-dua belah matanya.

Utusan
22 Dis 2010


Pemandu pernah suarakan kebimbangan

IPOH 21 Dis. - Pemandu bas persiaran yang maut dalam nahas di Simpang Pulai semalam, Omar Shahidan pernah meluahkan kebimbangannya mengenai keadaan jalan raya yang menghubungkan Simpang Pulai dan Cameron Highlands beberapa minggu sebelum terkorban dalam nahas ngeri itu.

Perkara itu didedahkan oleh saudara terdekatnya, Aswadi Baharuddin, 31, yang juga merupakan seorang pengusaha bas.

Menurut Aswadi, kira-kira sebulan lalu, Omar ada memberitahunya keadaan jalan di kawasan kemalangan itu agak licin dan berbahaya.

"Selepas kemalangan ini, saya baru teringat arwah ada merungut mengenai keadaan jalan di situ yang licin seperti ada tumpahan minyak sehingga bas yang dibawanya hampir terbabas bulan lepas," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam tadi.

Menurut Aswadi, Omar sudah lebih 10 tahun menjadi pemandu bas dan sudah kerap kali membawa pelancong ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Oleh itu, katanya, adalah mustahil arwah tidak mengetahui keadaan jalan berselekoh di situ kerana ini bukan kali pertama dia memandu bas ke kawasan peranginan itu.

Sementara itu, isteri Omar, Puspalela Ramli, 40, dan tiga orang anaknya; Siti Nazirah, 20, Hajaratun Shamimi, 18, dan Mohd. Nizam, 14, terlalu sedih dan tidak dapat ditemu bual oleh para pemberita yang menunggu ketibaan mereka di hospital itu lewat malam tadi.

Sementara itu, di KANGAR, Bernama melaporkan, jenazah Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Seri Mani, Jalan Raja Muda, kira-kira pukul 10 pagi ini, bersebelahan pusara bapanya, Shahidan Mat.

Jenazah itu tiba di rumah Allahyarham di Behor Empiang awal hari ini dari Ipoh. Antara yang turut menziarah ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Utusan
22 Dis 2010


A painful trip for high achievers

IPOH: The Thai tourist group in the high-decked bus that crashed on its way down from Cameron Highlands were in Malaysia to attend the Quantum Pendant multi-level achievers’ marketing dinner.

Injured victim Areena Songserm said they were among a large Thai delegation which had attended the recognition dinner in Serdang, Selangor, on Saturday.

The delegation had arrived from Bangkok at the KL International Airport early Saturday and three tour buses had picked them up.

Survivor Pramualat, 45, sadly staring into space with no appetite to eat

“We went to Cameron Highlands on Sunday,” the 20-year-old Walailak University student said at the Raja Permaisuri Bainun Hospital here where she is warded with nine other Thai nationals.

Yesterday, she gave police an idea of the situation on the bus in the final seconds before the accident and was overheard telling them that the driver had not been speeding while travelling downhill.

“There was, however, the smell of something burning,” she said.

Som Chai, 60, lies in pain from his injuries

Earlier during a press conference, Perak deputy police chief Senior Asst Comm Datuk Zakaria Yusof told reporters that there were no outstanding summonses against 48-year-old bus driver Omar Shahidan, who also died in the accident.

“So far, we have found his record to be clean. However, we will continue investigating. Right now, our priority is dealing with the deceased,” he said, adding that the police would not release the bodies of the victims unless they had been identified by their next-of-kin.

SAC Zakaria also noted that bus operator company Syarikat Bas SK Murni Tours and Travels had yet to furnish the police with the Thai group’s itinerary.

“We have instructed the company’s representatives to meet us and assist us but they have yet to do so,” he said.

On claims by Cameron Highlands MP Datuk S.K. Devamany, in a television interview, that an oil spill on the road had caused Monday’s crash, SAC Zakaria said: “There is no such thing. The police and Fire and Rescue Department were at the scene within 10 minutes of the accident.

“No one saw any oil on the road, not even after the wreckage was towed away.”

The Star
22 Dec 2010


Saya nampak penumpang pecah kepala - Mangsa

IPOH 22 Dis. - Perjalanan pulang semasa bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands kelmarin tidak mungkin dapat dilupakan oleh Arrena Songserm, 20, seumur hidupnya.

Percutian yang sepatutnya menjadi kenangan manis bagi pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Walailak, Sala, di Thailand itu bertukar menjadi tragedi ngeri yang akan menghantuinya seumur hidup.

Kira-kira 40 minit selepas bergerak dari Cameron Highlands, bas yang dinaiki Arrena terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 25 pelancong Thailand dalam bas itu.

"Ketika itu, saya rasa bas tidak dipandu laju tetapi setengah jam selepas bergerak dari Cameron Highlands, saya nampak asap tebal keluar dari tepi bas.

"Tidak lama selepas itu, saya rasa brek bas itu seperti tidak berfungsi apabila terus meluncur lalu melanggar tembok pembahagi jalan dan berpusing sebanyak dua kali sebelum terbalik.

"Saya tidak tahu berapa lama saya pengsan tetapi selepas sedar, saya terkejut melihat begitu banyak mayat bergelimpangan dalam bas. Ada di antaranya pecah kepala," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Menurut Arrena, selepas itu, dia menggagahkan diri merangkak keluar dari bangkai bas sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang tiba sejurus kemudian.

"Sehingga kini, saya masih terbayang asap tebal dan mayat-mayat yang bergelimpangan dalam bas.

"Namun, saya bersyukur kerana masih hidup," katanya dengan nada perlahan dalam bahasa Melayu pelat Selatan Thai.

Akibat kemalangan itu, Arrena yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala, badan dan kaki mungkin terpaksa menangguhkan pengajiannya yang kini sudah berada di tahun tiga.

Seorang lagi penumpang bas itu yang terselamat, Rungnapa Klungsuwan, 53, cuma dapat mengingati dia sedang makan semasa bas tersebut sedang melalui laluan yang berliku.

"Tiba-tiba saya terus tercampak dan tidak mengingati apa-apa selepas itu," katanya dengan menggunakan isyarat tangan untuk menerangkan apa yang berlaku.

Utusan
23 Dis 2010


Mangsa perasan bas agak laju lalui selekoh

IPOH: Kenyataan mangsa tunggal yang tidak pengsan sejurus insiden ngeri mengorbankan 27 nyawa menguatkan dakwaan bahawa bas persiaran dinaiki 35 pelancong Thailand itu dipandu agak laju ketika melalui selekoh sepanjang laluan menuruni bukit sebelum kemalangan berlaku di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang, di sini.

Areena Songserm, 20, pelajar jurusan Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Walailak, Thailand, ketika mengimbas semula kejadian itu berkata, dia terhidu bau hangit serta terdengar bunyi geseran dipercayai berpunca daripada brek dan tayar.

Menurutnya, dia asyik melihat pemandangan di luar sepanjang perjalanan manakala kebanyakan penumpang lain tidur, namun kira-kira 40 minit sebelum kemalangan berlaku, dia terhidu bau seperti benda terbakar dari arah belakang bas.

“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi geseran ketika bas melalui beberapa selekoh di jalan berkenaan. Namun saya tidak pasti sama ada bas dipandu mengikut kelajuan ditetapkan atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, saya sempat melihat pemandu bas (Omar Shahidan, 48) berhempas pulas mengawal kenderaan sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke dalam longkang di laluan bertentangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Areena yang duduk di barisan ketiga, berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan dia tidak sempat berbuat apa-apa.

Katanya, dia tidak ingat sama ada masih berada di tempat duduk asal atau tercampak ke depan kerana keadaan bas remuk teruk, namun menguatkan diri merangkak keluar dan melihat beberapa penumpang terbaring kaku atas jalan raya dengan berlumuran darah.

myMetro
23 Dis 2010


Tiba-tiba bas laju, penumpang menjerit

IPOH: “Saya seperti bermimpi dan ingatan saya terhadap kemalangan itu masih tidak jelas. Saya hanya mengingati bas tiba-tiba bergerak laju dan semua penumpang menjerit ketakutan,” kata Chuchart Klungsuwan, 48, seorang daripada 10 mangsa yang terselamat dalam kemalangan ngeri mengorbankan 27 penumpang termasuk anak perempuannya, Chutima Throukool Klungsuwan, 25.

Bagaimanapun hati wartawan tiba-tiba sayu apabila Chuchart memberitahu dia lega kerana isterinya, Rungnapa Klungsuwan, 53, dan anak perempuannya terselamat dalam kejadian itu.

“Doktor memberitahu keluarga saya selamat dan kini sedang dirawat kerana mengalami kecederaan. Kemalangan berlaku begitu pantas dan ketika kejadian saya berada di tepi tingkap dan isteri berada di sebelah.

“Saya tidak ingat anak perempuan duduk di mana kerana dalam sekelip mata, saya tercampak keluar melalui tingkap dan jatuh tersembam sebelum pengsan. Sebaik membuka mata, saya dapati sudah berada di hospital,” kata Chuchart ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Chuchart yang retak tulang rusuk dan cedera paru-paru, seorang daripada enam pelancong Thailand yang masih menerima rawatan di HRPB manakala empat lagi mangsa termasuk isterinya dibenar keluar untuk pulang ke negara mereka.

Tiga daripada mereka, Areena Songserm, 20, Rungnapa Klungsuwan, 53, dan Suchanchira Chaiaueai, 41, menaiki ambulans HRPB dihantar hingga ke Bukit Kayu Hitam di sempadan Thailand sebelum dipindah menaiki ambulans Hospital Hatyai bagi meneruskan rawatan di hospital negara mereka.

Seorang lagi mangsa, Pramualrat Phimpahu, 45, dibawa menaiki ambulans Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh dan dihantar ke Pangkalan TUDM Subang untuk diterbangkan ke Bangkok bersama jenazah 25 mayat rakan senegara dengan menaiki dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand.

Ketika ditemui sebelum dibawa menaiki ambulans berkenaan, Pramualrat berkata, dia menganggap kejadian itu seperti mimpi ngeri dan begitu sedih rakan baiknya, Junpen Pongtanarat, 50, turut terbunuh.

“Saya tidak pasti sama ada bas itu dipandu laju ketika kejadian berlaku. Namun sebelum tiba di tempat kejadian, saya beberapa kali terdengar bunyi seperti geseran tayar ketika melalui selekoh.

"Saya juga terlihat asap keluar dari bas tetapi tidak pasti sama ada berpunca daripada bahagian enjin atau akibat geseran tayar selain melihat pemandu seperti berhempas pulas mengawal stereng sebelum kejadian," katanya yang pengsan sejurus kemalangan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pejabat Kesihatan Awam Yala, Dr Plernpit Pongparinyagun berkata, enam lagi mangsa yang sedang dirawat, akan meneruskan rawatan dan hanya akan dipindahkan ke hospital negaranya apabila keadaan mereka stabil.

Menurutnya, kesemua 10 mangsa yang terselamat itu juga akan menjalani sesi kaunseling bagi memulihkan semangat mereka yang trauma dengan kejadian ngeri itu.

myMetro
23 Dis 2010


Empat mangsa nahas yang selamat dihantar pulang

RUNGNAPA Klungsuwan (depan) dan Suchanchira Chaiaueai menaiki ambulans untuk dibawa pulang ke Bukit Kayu Hitam dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

IPOH 22 Dis. - Empat daripada 10 penumpang bas persiaran warga Thailand yang terselamat dalam nahas ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands kelmarin, hari ini dihantar pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut di negara mereka.

Tiga daripada mereka iaitu Suchanchira Chaiaueai, 41, Areena Nasir (juga dikenali Arrena Songserm), 20, dan Rungnapa Klungsuwan, 53, dihantar pulang melalui jalan darat menggunakan ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ke Bukit Kayu Hitam, Kedah, pukul 11 pagi ini.

Mereka kemudian menaiki ambulans yang disediakan oleh Hospital Hatyai di Thailand untuk dirawat di daerah itu.

Seorang lagi mangsa, Pramuaalrat Phimpahu, 44, dibawa menaiki ambulans ke Lapangan Terbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) Subang, Selangor untuk dibawa pulang ke Bangkok, Thailand bersama 25 mayat pelancong Thailand yang maut dalam tragedi berdarah itu.

Mereka dibenarkan keluar dari HRPB di sini selepas perbincangan antara pihak Kedutaan Thailand dengan pihak hospital.

Ketika ditemui, mereka melahirkan rasa gembira kerana dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di hospital di Thailand.

Rungnapa berterima kasih kepada HRPB kerana membenarkan dia keluar wad untuk mendapat rawatan susulan di negara asalnya.

"Dengan mendapat rawatan di Hospital Hatyai, lebih mudah bagi keluarga serta rakan-rakan datang melawat saya kerana lebih dekat berbanding hospital di Malaysia," katanya..

Ketika ini, enam lagi mangsa yang terselamat dalam nahas ngeri itu masih dirawat di HRPB.

Utusan
23 Dis 2010

ARTIKEL BERKAITAN Laluan Maut Cameron Highlands Dinaik Taraf

1 comment: