December 14, 2010

6 pekerja pelantar minyak Terengganu cedera dalam kebakaran

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (kiri) melawat dan bertanya khabar dengan mangsa letupan paip gas di Pelantar Minyak Bekok C milik Petronas, Alias Abdullah, 52 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini. - Foto Nazdy Harun / Berita Harian Dec 14, 2010 2:59 pm

KUALA TERENGGANU: Enam pekerja pelantar minyak milik Petronas di luar pantai Terengganu dilaporkan cedera apabila pelantar yang sedang dalam penyelenggaraan berkala terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pelantar Bekok C yang terletak kira-kira 200 kilometer dari pantai terbakar tetapi api dapat dikawal daripada marak.

Seramai 102 kakitangan pelantar kendalian Petronas Carigali Sdn Bhd itu berjaya dipindahkan ke pelantar berhampiran.

Setakat ini punca kebakaran belum dapat dipastikan.

Berita Harian
14 Dis 2010


Six Petronas workers injured in platform fire

KUALA LUMPUR: Six people were injured when fire broke out at the Bekok C platform operated by Petronas Carigali Sdn Bhd, 200km off Terengganu, early Tuesday.

They were sent to the Kuala Terengganu Hospital while their 102 colleagues were evacuated to nearby platforms.

The blaze was contained by the platform's emergency response team.

In a statement, the company said 108 personnel were at the platform when the incident occured just after midnight.

It said Bekok C was undergoing a scheduled shutdown for planned maintenance activities at the time of the incident.

Petronas Carigali, which is in the midst of determining the cause of the fire, has notified the relevant authorities of the incident. - Bernama

14 Dec 2010


6 dibaham bebola api


KUALA TERENGGANU: “Saya nampak satu bebola api menuju ke arah kami ketika saya dan rakan dalam proses menamatkan syif di pelantar minyak Bekok C.

“Saya dan lima rakan lain terkena bebola itu menyebabkan kami mengalami lecur di beberapa anggota badan termasuk di muka,” kata Alias Abdullah, 52, seorang daripada enam pekerja yang terbabit dalam kebakaran pelantar minyak milik Petronas, kira-kira 200 kilometer dari perairan Terengganu.

Dia yang mengalami lecur kecil di muka menceritakan kejadian itu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam kelmarin, seramai 108 pekerja berada di pelantar itu, tetapi hanya enam pekerja mengalami kecederaan. Kebakaran dipercayai berpunca daripada paip gas yang bocor.

Menurut Alias, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia bersama rakan tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat bebola itu meluru laju ke arah mereka.

“Kami diberikan rawatan awal di pelantar minyak sebelum diterbangkan dengan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke hospital ini untuk rawatan lanjut.

“Saya bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak begitu parah dan hanya mengalami lecur akibat disambar api pada muka,” katanya.

Selain Alias, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Rishauddin Ismail, 37, Mohd Hamzah Abdullah, 32, Mohd Fauzi Ibrahim, 37, Mohd Arif Farimi, 28, dan Zamri Wagiman, 32.

Mohd Hamzah ketika menceritakan kejadian itu kepada Ahmad Said pula berkata, api menyambar mereka pada hujung waktu bertugas di pelantar itu.

“Ketika itu kami sibuk menyiapkan tugasan dan saya tidak tahu bagaimana kebakaran itu boleh berlaku,” katanya.

MANGSA LETUPAN...(atas dari kiri) Mohd Hamzah, Alias, Mohd Fauzi dan Zamri manakala (bawah) Mohd Rishauddin dan Mohd Arif dirawat di HSNZ.

Sementara itu, Petronas Carigali Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar berkata, kejadian berlaku di pelantar Bekok C yang berkedudukan 200 kilometer dari pantai Semenanjung Malaysia sejurus selepas tengah malam dan api berjaya dikawal pasukan tindakan kecemasan pelantar terbabit.

“Terdapat 108 pekerja di pelantar itu ketika kejadian dan enam daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan. Baki 102 pekerja lagi dipindahkan ke pelantar berhampiran,” katanya.

Menurut kenyataan itu, aktiviti di Bekok C dihentikan sementara dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ahmad Said yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, beliau bersyukur kerana kemalangan itu tidak mengorbankan nyawa.

“Mujur pelantar tidak meletup akibat kejadian itu kerana bilangan pekerja ketika kejadian ramai,” katanya.

myMetro
15 Dis 2010

0 comments:

Post a Comment