July 5, 2010

Buru pemandu langgar polis

KANGAR: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang melanggar seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal hingga cedera parah dalam kejadian di Kilometer 12.8, Jalan Kangar-Alor Setar, berhampiran Permatang Bongor, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Mangsa, Kamaruzaman Mohd Yusof, ditemui parah dan tidak sedarkan diri di atas jalan raya selepas dilanggar dari belakang dalam perjalanan pulang ke rumahnya, kira-kira jam 12.05 tengah malam.

Mangsa ditemui seorang pengguna jalan raya yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan, Rosli Yahaya, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik kenderaan yang melanggar anggota terbabit.

myMetro
5 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment