July 5, 2010

Budak koma dirempuh van

BEGINILAH keadaan Daniel Gabrial masih koma ketika ditemui di Hospital Serdang semalam.

SUBANG JAYA - Nyawa seorang kanak-kanak ibarat telur di hujung tanduk apabila dia kini koma selepas menjadi mangsa langgar lari membabitkan sebuah van dalam kejadian di Saujana Puchong di sini kelmarin.

Lebih malang apabila Daniel Gabrial Abdullah, 4, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang disahkan mengalami keretakan tengkorak, pendarahan otak dan patah buku lali.

Selain itu, sebahagian rambut anak sulung dari tiga beradik itu turut tercabut manakala telinga kirinya koyak.

Ia ekoran kanak-kanak yang bakal menyambut hari lahirnya kali kelima pada Disember ini dikatakan bukan sahaja telah dilanggar sebanyak dua kali oleh van yang sama malah tercampak sejauh 11 meter dari hadapan rumahnya.


Oleh NOR AZIRAN MOHD. YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

Kosmo Online
5 Jul 2010


Boy fights for his life after crash



Happier times: Danial (left) with his cousin while celebrating her birthday last month.

SUBANG JAYA: A little boy is fighting for his life after suffering serious head and body injuries in an accident involving a speeding van outside his home in Saujana Puchong, near here, on Saturday night.

Danial Gabrial Abdullah, who will turn five in December, is believed to have been flung more than 10m due to the impact.

Worse still, the van allegedly rolled over his leg as the child laid motionless.

Doctors at the Serdang Hospital later told his mother Nor Saliha Mining, 25, that Danial suffered a cracked skull, internal brain haemorrhage and a broken ankle.

Part of his scalp was scraped off and his left ear was torn off. He has been warded at the hospital’s intensive care unit.

Nor Saliha lodged a police report at the Bukit Puchong police station where she learnt that the driver had also lodged a report at the station.

Her husband technician Mohd Brian Gabrial, 34, who was at work at the time of the incident, rushed home when he heard about it.

“When I arrived, my wife had accompanied Daniel to the hospital. I was shaking on seeing the pool of blood on the road,” he said.

Recalling the horrifying incident, Nor Saliha said it happened at around 9pm. She had told Danial not to go out of the house while she looked for the cable to a laptop for him to play with.

“Despite my warning, he went out.

“Then, he opened the gate and stepped out to the road,” she sobbed, alleging that the speeding vehicle, with the words Polis Bantuan on its sides, slammed into her child.

She claimed that the van did not stop and as it continued to drive away, it also rolled over Gabrial’s leg.

The child’s screams drew the attention of the neighbours. Nor Saliha said she shouted at the driver who briefly stopped and stepped out of the vehicle.

The driver, however, did not stop to look at the boy. He got back into the van and drove off.

Nor Saliha said that the driver returned about five minutes later, accompanied by another person.

She said: “The driver’s friend took a look at my son but as he too tried to move away, my neighbours stopped him. The van driver sped off.”

The housewife and mother of two other children – a two-year-old boy and a 10-month-old girl – said her neighbours helped to rush Danial to hospital.

Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said he would call a press conference today on the incident.

By STEVEN DANIEL
stevend@thestar.com.my
The Star Online
5 Jul 2010


Peluang hidup tipis

SUBANG JAYA: “Peluangnya untuk dia terus hidup tipis kerana kecederaan otaknya amat kritikal,” kata Nor Saliha Miming, 25, ibu kepada kanak-kanak malang, Daniel Gabriel Abdullah, yang cedera parah selepas dirempuh van polis bantuan di Jalan Saujana Puchong, di sini, kelmarin.

Akibat kemalangan ngeri itu, mangsa yang berusia lima tahun kini koma dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, di sini.

Saliha berkata, doktor memberitahu peluang untuk anaknya kembali normal terlalu tipis berikutan kecederaan dialaminya.

“Malah saya terkilan apabila Daniel tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran adiknya, Danny untuk kali ketiga esok (hari ini) seperti tahun lalu. “Daniel insan paling gembira setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran adiknya. Dia seorang abang yang amat menyayangi kedua adiknya,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, di sini, semalam.

Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pemandu van terbabit yang juga seorang polis kerana tidak mempunyai tanggungjawab membantu orang awam.

“Malangnya, pemandu itu langsung tidak menghulurkan bantuan sedangkan dia melihat keadaan anak saya ketika itu.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu terbabit dan mahu nasib anak saya dibela. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku ke atas Daniel,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Balai Polis USJ8, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami (polis) sudah mengambil keterangan pemandu dan ibu mangsa, tetapi keterangan antara kedua pihak bercanggah. Kami perlu menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung kes ini.

“Pemandu van itu dipercayai ke kawasan perumahan itu untuk bertemu dengan penyelianya dikatakan memandu secara laju sebelum merempuh mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pemandu terbabit sebenarnya anggota Polis Bantuan Felda Gemencheh, Negeri Sembilan dan van dipandunya menggunakan lambang polis sehingga menyebabkan berlaku salah faham.

Menurutnya, van terbabit akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia bagi mendapatkan kesahihan.

“Pemandu yang berusia 23 tahun itu baru enam bulan memulakan tugasnya sebagai polis bantuan di Felda itu. Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 43(1) kerana memandu secara merbahaya,” katanya.

myMetro
6 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment