July 12, 2010

Bapa saudara Khairy meninggal


KUALA LUMPUR 11 Julai - Bapa saudara kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Datuk Ahmad Ghazi Abdul Hamid (gambar) meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Ahmad Ghazi, 67, bekas Presiden Persatuan Koperasi Malaysia Bhd. dan bekas Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia meninggal dunia pada pukul 3.30 petang setelah dimasukkan ke hospital itu sejak 16 hari lalu selepas koma, menurut keluarga terdekatnya.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibu Khairy, yang merupakan kakak Ahmad Ghazi, Datuk Rahmah Abdul Hamid di 36, Jalan Setia Bistari, Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Isyak.

Allahyarham yang berkahwin dengan Datin Hasmah Abdul Hamid dikurniakan empat orang anak iaitu Adli, Aidi, Anisah dan Adilla.- BERNAMA

11 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment