July 28, 2010

Atlit bowling didakwa merogol kekasih berusia 13 tahun

NOR Afizal Azizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, semalam, atas tuduhan merogol teman wanitanya berusia 13 tahun 4 bulan. Gambar - Utusan 28 Jul 2010

MELAKA: Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 pada 2008 dan atlit Sukan Malaysia (Sukma) negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol teman wanitanya yang juga remaja bawah umur pada Mac lalu.

Lelaki terbabit, Nor Afizal Azizan yang pernah mewakili Kedah dan Negeri Sembilan, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Nor Afizal, 19, didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan antara jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi pada 5 Jun lalu di No 225, Tingkat 2, Kings Hotel, Ayer Keroh, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin mencadangkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam tertuduh, Azrul Zulkifli Stork memohon jumlah itu dikurangkan.

Azrul memberi alasan bakal penjamin tertuduh iaitu bapanya kini tidak bekerja, manakala ibunya hanya penolong pengurus di sebuah pusat boling.

Ifa kemudian memohon tarikh sebutan baru berikutan pihaknya belum menerima laporan perubatan mangsa.

Hakim Abu Bakar Katar menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang ditangkap 21 Julai lalu.

Tertuduh ialah anak kepada seorang jurulatih Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) dan mangsa ialah anak seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Sumber dari myMetro dan Utusan
28 Jul 2010

1 comment:

  1. Yang budak perempuan tu pun gatal. Yang ko pegi bilik hotel dia apa hal.

    ReplyDelete